Tak boleh nak dihadamkan dengan perangai segelintir masyarakat tipikal Malaysia yang masih lagi mahukan layanan istimewa dari kerajaan dan petugas-petugas barisan hadapan (frontliners) yang bertungkus lumus berperang dengan wabak Covid-19 demi untuk selamatkan nyawa rakyat Malaysia.
Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, bukan sahaja keselamatan nyawa rakyat yang berada dalam negara difikirkan, malah rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga turut difikirkan keselamatan mereka, terutamanya yang berada di negara yang kini mempunyai kes penularan Covid-19 yang tinggi seperti di Itali, Jerman, Amerika Syarikat, United Kingdom dan lain-lain.
Maka kerajaan mengumumkan, mulai 3 April 2020, rakyat Malaysia yang balik dari luar negara melalui pesawat yang ditempah khas (maksudnya kerajaan akan bayar kos pengangkutan) oleh kerajaan, WAJIB menjalani kuarantin selama 14 hari (BACA DI SINI).
Sepanjang tempoh kuarantin, segala kos penginapan dan makan minum akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Sumber memberitahu, kebanyakan mereka yang balik dari luar negara, ditempatkan di hotel-hotel 5 bintang sebagai pusat kuarantin, siap ada Wi Fi percuma lagi.
Tapi inilah perangai manusia yang tak sedar diri dan tak tahu nak bersyukur pada nikmat Allah SWT di saat rakyat marhaen bergelut dengan kesusahan dan kegelisahan akibat wabak Covid-19.
Bukan setakat tidak berterimakasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia yang membiayai kos penerbangan, tempat tinggal mewah dan makan minum mereka, malah mereka merungut dengan alasan-alasan yang tidak masuk akal.
Hotel 5 bintang yang dilengkapi penyaman udara 24 jam, yang selama ini dipuji oleh pelancong luar negara kerana mempunyai kemudahan asas bertaraf dunia, dikatakan mereka panas!!!
Selama nie, manusia yang bajet 'have have' duduk dalam peti sejuk ker apa???
Makanan pula 'mamat dengan minah-minah over' nie kata sangat tidak menyelerakan mereka...🤦♂️🤦♂️🤦♂️ (BACA DI SINI).
Habis tu, korang nak makan apa?
'Chicken chop', 'lamb chop' atau 'dizzling steak'?
Weyyy, 'frontliners' yang merisikokan nyawa mereka, tinggalkan anak bini mereka pun makan makanan yang tak jauh beza dari korang!!!
Yang paling menjengkelkan ialah manusia-manusia yang tidak sedar diri ini enggan memberikan kerjasama kepada 'frontliners' untuk membuat saringan dan pemeriksaan ke atas mereka (BACA DI SINI) dan (DI SINI).
Tetapi bukan semua yang berperangai begitu, cuma sebahagian sahaja dan dimaklumkan, kebanyakan pelajar kita yang baru balik dari luar negara serta rakyat Malaysia yang sudah bertahun-tahun berkerja di luar negara memberikan kerjasama sepenuhnya, malah turut menawarkan diri untuk membantu 'frontliners'.
Yang berperangai buruk ialah rakyat Malaysia yang balik melancong dari luar negara.
Mereka pergi melancong ke luar negara sebelum kerajaan mengumumkan arahan PKP kerana mengambil kesempatan tawaran tambang murah dari syarikat penerbangan dan ajen-ajen pelancongan.
Senang cerita, duduk luar negara tak sampai pun sebulan, pergi melancong pun dengan pakej bajet, balik ke Malaysia pula dengan tambang 'free' tapi dah bajet diri tu 'good good' yang 'have have', lalu 'demand' layanan istimewa.
Dicadangkan kerajaan hantar jer abam-abam polis atau abam-abam tentera untuk pastikan golongan tak sedar diri nie memberikan kerjasama sepenuhnya dengan 'frontliners' dan tak 'demand' yang bukan-bukan.
Kuaranti 14 hari jer pun, bukannya 14 tahun!!!
0 comments:
Post a Comment