Monday, April 20, 2020

Dr. Dzulkefly Bersilat Lagi, Seeloknya Kalau Tak Membantu, Jangan Ganggu


Mantan Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly bersilat lagi.

Kali ini beliau cuba meletakkan kesalahan ke atas bahu, Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin, yang beliau dakwa ketika menjadi Menteri Dalam Negeri telah meluluskan permit Perhimpunan Jemaah Tabligh, Masjid Sri Petaling sebagai punca wabak Covid-19 menular di Malaysia.

Betulkah apa yang Dr. Dzulkefly dakwa?

Benar, di era Kerajaan Pakatan Harapan, Muhyiddin merupakan Menteri Dalam Negeri.

Juga benar, kelulusan permit untuk mengadakan perhimpunan awam adalah di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri.

Tetapi, sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu, keputusan yang dibuat Muhyiddin sudah pasti berdasarkan pendirian kerajaan.

Apa pendirian Kerajaan Pakatan Harapan mengenai wabak Covid-19 ketika itu?


29 Juanuari 2020, Dr. Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu mengecam tindakan menghalang pelancong asing dari melawat masjid (BACA DI SINI).

Beliau menyifatkan ianya sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab.

AJK Masjid Putrajaya menghalang pelancong asing dari memasuki masjid kerana ragu dengan tahap kesihatan pelancong- pelancong tersebut memandangkan wabak Covid-19 sudah mula tersebar di seluruh dunia terutamanya di Wuhan, China.


Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Dr. Wan Azizah, pada hari yang sama, juga keluarkan kenyataan yang senada dengan Dr. Mahathir.

Malah memberi kebenaran untuk orang ramai mengadakan perhimpunan besar-besaran (BACA DI SINI).



Malah dalam satu sidang media Dr. Wan Azizah yang turut sama dihadiri oleh Dr. Dzulkefly, Wan Azizah menyatakan pendirian kerajaan untuk tidak menaikkan status berjaga-jaga terhadap wabak Covid-19, walau pun ketika itu Kerajaan Singapura telah melakukannya (BACA DI SINI).


Dr. Dzulkefly sendiri, ketika menjadi Menteri Kesihatan masa itu, membantah pengumuman yang dibuat oleh Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bagi rantau Asia Pasifik, Dr. Takeshi Kasai, yang menasihatkan Kerajaan Malaysia supaya mengambil semua langkah yang perlu untuk menghadapi kemungkinan penyebaran wabak Covid-19 di Malaysia (BACA DI SINI).

Dr. Dzulkefly menyifatkan peringatan datmri Dr. Takeshi itu sebagai tidak perlu malah hanya akan mencetuskan panik di kalangan rakyat Mslaysia!!!

Jadi, apakah ada asas untuk Muhyiddin sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu untuk mengeluarkan arahan supaya PDRM batalkan permit perhimpunan Jemaah Tabligh di Masjid Sri Petaling?

Isu wabak Covid-19 ialah isu kesihatan, mengapa Dr. Dzulkefly sebagai Menteri Kesihatan ketika itu tidak memberikan nasihat kepada Menteri Dalam Negeri supaya tidak mengeluarkan apa-apa permit perhimpunan awam?

Apa pilihan yang Kementerian Dalam Negeri ada, bila Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan sendiri ambil sikap sambil lewa dan lebih mementingkan kejayaan Tahun Melawat Malaysia dari nyawa rakyat Malaysia?


Tapi begitulah sikap Dr. Dzulkefly, sentiasa rasakan dirinya hebat dan betul (BACA DI SINI), tidak peduli dengan nasihat dan pandangan dari pihak lain.


Tahniah, kerana dengan 'kehebatan dan kebijaksanaan' beliau, dalam Malaysia, Selangor menjadi negeri yang paling parah dijangkiti wabak Covid-19 kerana mempunyai ketua pasukan khas memerangi wabak Covid-19 bernama Dr. Dzulkefly (BACA DI SINI).

Kalau tidak mampu jadi garam, janganlah pula menjadi langau yang akan membusukkan daging.

Buat kata orang Negeri Sembilan, eloklah Dr. Dzulkefly duduk ontok-ontok dan jangan menyibuk.

0 comments:

fda

Archives