Orang tua2 cakap :
Siakap Senohong Gelama Ikan Duri...
Bercakap Bohong, Lama Lama Jadi Pencuri...
Puak PH modified jadi :
Siakap Senohong, Gelama Ikan Duri...
Pandai Berbohong, Boleh Kekal Jadi Perdana Menteri...
Nilai Dakwaan Ikut Peluang Kemenangan
Formulanya mudah, kalau saingan antara PH dan gabungan BN dan PAS sengit, nilai pendakwaan tu kena up...
Kalau harapan PH nak menang dalam PRK cerah, nilai pendakwaan tu boleh bagi diskaun...
Ingat lagikan fenomena 'terkezut' dulu, tempat jatuh lagikan di kenang, inikan pula fenomena 'cuci dosa', betultak cai?
Sebelum admin tulis lagi, admin nak tanya sikit, betulker kerajaan PH makin di tolak sebab tegas melawan rasuah?
Biar gambar berbicara...🤔🤔🤔
Fitnah Rasuah Pertama Di PRK Semenyih
Mula2 fitnah di taburkan, kononnya PAS terima RM90 juta dari 1MDB...
Bila SPRM sendiri buat kenyataan yang tiada 'money trail' yang menunjukkan adanya duit sebanyak RM90 juta ke akaun PAS dari 1MDB, Anwar tukar cerita lain...
Bang Non kata bukan dari akaun 1MDB ler, tapi dari akaun UMNO...
Bang Non nie reti bahasa ker tidak?
SPRM keluarkan kenyataan TIADA WANG SEBANYAK RM90 JUTA MASUK KE AKAUN PAS!!!
Maksudnya, sama ada dari 1MDB ker atau dari UMNO bukan isunya, yang menjadi pokok utama ialah TIADA WANG SEBANYAK RM90 JUTA MASUK KE AKAUN PAS...
Bila fitnah RM90 juta tak laku, Bang Non cuba fitnah Presiden PAS, TG Hj. Hadi Awang...
Kali nie Bang Non bagi diskaun...
Bukan sikit, tapi dari RM90 juta, Bang Non kurangkan pada RM1.4 juta...
Beriya2 Bang Non cuba nak spin, siap tunjukkan kertas fotostat hitam lagi...😂😂😂
Tapi lepas jer calun PH kalah dalam PRK Semenyih, cerita RM90 juta senyap, cerita RM1.4 juta pun lenyap...
Sebab apa pula Bang Non yang beriya2 nak taburkan fitnah, sedangkan yang bertanding ialah calun Bersatu?
Sebab yang pertama ialah Selangor ialah kubu kuat PKR...
Malu wehhh, kalah dalam PRK sedangkan kerajaan negeri dan kerajaan pusat ialah PH, apa lagi kat kubu kuat sendiri!!!
Sebab yang kedua ialah Bang Non rasa dah terlampau bosan jadi Menteri di Jabatan Bakal Perdana Menteri...
Dah terlampau lama daahhh...
Lebih2 lagi bila TG Hj. Hadi dan kepimpinan PAS jumpa Atok serta secara terbuka nyatakan sokongan pada Atok kalau wujud undi tak percaya dan secara jelas, omputeh kata 'loud and clear', Atok pula bagi signal yang dia dah tahu wujudnya konspirasi untuk jatuhkan Atok dengan undi tak percaya di Dewan Rakyat...
Tu yang Bang Non menggelabah puyuh, terpaksalah buktikan taat setia yang sebenarnya palsu pada Atok...
Jadi 'all out' Bang Non nak menangkan calun pilihan Atuk di PRK Semenyih...
Sebab tu lah, mula2 nilai fitnah tu RM90 juta tapi terpaksa bagi diskaun sampai di turunkan ke RM1.4 juta...ðŸ¤ðŸ¤ðŸ¤
Fitnah Rasuah Kedua Di PRK Rantau
PRK Rantau ialah PRK yang MESTI PH terutamanya PKR menang...
Ibarat 'do or die' bagi PKR terutamanya Bang Non...
Kenapa?
Pertama ialah kerana Dr. Streram, calun PH/PKR ialah calun 'pojaan hati' Bang Non dan dari PKR...
Sebenarnya perjuangan Bang Non bermula sebelum penamaan calun lagi...
Geng Kartel bawah pimpinan Azmin mahukan calun lain dari PKR...
Bersatu pula ada cuba merisik khabar untuk letakkan calun...
Tapi Bang Non nak buktikan bahawa dia bijak pilih calun, tak macam Atok dengan DAP dalam PRK Semenyih dan PRK Cameron Highland!!!
Sebab kedua ialah kerana calun BN ialah Tok Mat Hassan...
Musuh yang paling di takuti PH...
Sebab berjaya menggerakkan penyatuan ummah dan menyatukan UMNO dengan PAS untuk membentuk kerjasama politik yang paling di takuti PH...
Tok Mat Hassan MESTI di tumbangkan di kampung halaman dia sendiri supaya penyatuan ummah tak jadi kenyataan...
Sebab tu Bang Non 'berkhemah' di Rantau untuk taburkan fitnah RM10 juta atas diri Tok Mat Hassan...
Kali nie Bang Non tak bagi diskaun pada fitnah dia...
Kalau Tok Mat Hassan tumbang di Rantau, Bang Non boleh jalan mengepak sambil mendabik dada...
Laluan untuk Bang Non jadi PM akan jadi lebih mudah tapi sangat merbahaya untuk 'anak2 ikan' di luar sana!!!
Apakan daya, Tok Mat Hassan menang bergaya, maka selamatlah 'anak2 ikan' buat seketika...
Maka fitnah RM10 juta atas Tok Mat pun hilang buat selama2nya...😉😉😉
Cubaan Ketiga Dengan Bantuan SPRM
PRK Sandakan just 'around the corner'...
Gabungan BN dan PAS dah bersetuju tak letakkan calun tapi akan menyokong calun dari PBS, bekas parti komponen BN...
Calun yang akan bertanding bagi PH pula ialah Vivian Wong, 'amoi' anak kepada bekas penyandang kerusi parlimen Sandakan, mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt...
Calun PBS yang dapat sokongan dari BN dan PAS pula ialah Linda Tsen...
Parlimen Sandakan adalah kubu kuat DAP dan Vivian akan gunakan pengaruh mendiang ayah beliau untuk meraih undi, tu dah pasti...
Tapi langkah awal Vivian sumbang dan timbulkan kemarahan masyarakat Islam di Sandakan...
Vivian dan geng2 amoi DAP yang kononnya nak buat kerja amal, pergi bersihkan tanah perkuburan Islam di Sandakan...
Jelas walau pun dah berpuluh tahun menjadi rakyat Malaysia tapi DAP masih tak tahu atau sengaja tak mahu tahu tentang sensiviti keagamaan khususnya masyarakat Islam di Malaysia...
Bagi masyarakat Islam, surau, masjid dan tanah perkuburan adalah tempat yang sangat2 di jaga kesuciannya...
Tak salah mahu lakukan kerja amal di tanah perkuburan Islam MESTI jaga adab...
Sedangkan pelancung asing yang datang melawat Makam Pahlawan di Masjid Negara atau mana2 perkuburan Islam akan mengenakan selendang untuk menghormati kod pakaian umat Islam...
Bila permulaan langkah dah salah, PH mula rasa tertekan...
Sesuatu mesti di lakukan untuk timbulkan kemarahan pengundi Sandakan supaya menolak calun yang di sokong oleh BN dan PAS...
Ini adalah kerusi parlimen, PH terutamanya DAP tak boleh kehilangan kerusi parlimen di Dewan Rakyat...
Dengan bantuan SPRM, Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Mokhtar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette pun di dakwa SPRM...
Tapi di sebabkan parlimen Sandakan boleh di kategorikan sebagai kerusi selamat DAP, diskaun besar di berikan dalam tuduhan rasuah kali nie...
Sebab tu tuduhan rasuah kali nie cuma RM2.8 juta...
Kita tak marah kalau betul Bung Mokhtar di dakwa kalau memang ada mengamalkan rasuah masa jadi Pengerusi Bukan Eksekutif di Felcra...
Tapi cuba baca surat SPRM, katanya DAH DAPAT IZIN dakwa Bung Mokhtar...
Izin siapa yer...
Agak2nya, kalau tak ada PRK Sandakan, SPRM dapat tak keizinan tu...
Pengundi PRK Sandakan, buatlah pilihan yang bijak...
Tolak calun yang mentah dan tak beradab...
Pilihlah calun yang berpengalaman menjadi ahli parlimen Batu Sapi selama 2 penggal...
Jadi ingat PRK, ingat SPRM!!!
0 comments:
Post a Comment