Sunday, May 26, 2019

Sebab Sebenar Kenapa Kit Siang Tarik Diri Dari Debat Dengan Datuk Seri Najib


Menarik dan sangat menarik bila ada ura2 mengatakan Lim Kit Siang dan Datuk Seri Najib akan mengadakan debat...

Cadangan untuk debat bermula bila DS Najib cabar Kit Siang untuk mengadakan debat antara mereka berdua selepas Kit Siang sering kali mengkritik DS Najib hingga DS Najib menggelar Kit Siang, MENHEN, (Menteri Hal Ehwal Najib)...

"Sekiranya dia cukup lapang untuk menulis pelbagai kenyataan setiap hari, dia sepatutnya lapang untuk berdebat", kata DS Najib dalam membuka gelanggang pada Kit Siang (BACA DI SINI)...

Cabaran DS Najib di sambut dengan 'gentel'man oleh Kit Siang (BACA DI SINI)... dengan tajuk yang Kit Siang sendiri berikan :

'Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimana kita boleh kembali menjadi sebuah negara terulung yang berintegriti'...

Segala2 persiapan rancak di atur...

Rakyat yang mahu melihat kebenaran, menunggu2 debat antara 2 tokoh politik negara...

Kerana inilah debat yang akan menelanjangkan yang batil dan mengangkat yang hak...

Tapi sayang seribu kali sayang, rakyat Malaysia sangka panas sampai ke petang, tapi hujan di tengahari...

Terbukti bahawa Kit Siang seorang yang 'gentel'man dan bukannya 'gentleman' bila takut berhadapan dengan DS Najib dan menarik diri dengan alasan2 merapu (BACA DI SINI) dan (DI SINI)...

Kit Siang Terperangkap Dalam Jerat Sendiri


Tajuk nie di berikan oleh Kit Siang sekiranya mahu dia bersetuju berdebat dengan DS Najib...

Mungkin Kit Siang tak sedar sebenarnya dia sedang menggali kubur bukan untuk diri dia saja tapi juga untuk sekutu2 dia yang lain seperti anak beliau Lim Guan Eng, Mahathir dan beberapa pemimpin PH...

Seperti yang kita jangkakan (tapi tak seperti yang Kit Siang jangkakan), DS Najib pasti akan menerima tajuk tersebut dengan lapang dada...

Walaupun tajuk itu mungkin agak menyerang peribadi namun ianya memberi kelebihan kepada DS Najib...

Antara soalan2 DS Najib yang hampir pasti akan di tanya pada Kit Siang :

》Bagaimana seorang kleptokrat boleh memajukan pertubuhan ekonomi negara sepanjang 9 tahun?

》Bagaimana seorang kleptokrat mampu memberi perbagai manfaat kepada rakyat, tidak seperti Guan Eng yang menarik hampir segala2nya?

》Bagaimana seorang kleptokrat boleh membina aset² negara berkali ganda yang mana pada hari ini, aset² itu di jual oleh mereka dan tidak tahu ke mana hasilnya pergi?

》Bagaimana seorang kleptokrat boleh memastikan simpanan Petronas, KWSP bertambah dan membiak tanpa menjarah seteruknya seperti yang berlaku hari ini?

》Bagaimana seorang kleptokrat boleh keluar dari kemelut kemelesetan ekonomi global yang di katakan paling teruk di dunia sedangkan hari ini, negara serantau membina kekayaan tetapi di Malaysia sebaliknya?

Tentu tergeliat lidah Kit Siang nak jawab dengan fakta2 yang sahih...

Sudah pasti sukar sebab gelaran kleptokrat yang di tuduh ke atas DS Najib hanyalah persepsi dan fitnah politik PH selama ini...

Tapi kleptokrasi bukan lah 'keyword' dalam perbahasan nie...

Tetapi kunci yang sebenar adalah perkataan integriti...

Nie lagi akan menelanjangkan Kit Siang dan akan menjadikan beliau seorang BADUT di atas pentas debat...😂😂😂

Mesti melopong mulut Kit Siang bila DS Najib tanya :

》Bagaimana anda ingin membina sebuah negara berintergriti sekiranya Menteri Kewangan boleh di lepaskan begitu sahaja terhadap skandal² banglo dan terowong?

》Bagaimana anda ingin membina sebuah negara berintegriti apabila sebelum ini anda menyerang Mahathir dengan pelbagai dakwaan, tiba² hari ini anda lupakan dakwaan² tersebut?

》Bagaimana anda ingin bina sebuah negara berintegriti apabila janji menifesto anda sendiri anda mungkiri?

》Apakah definasi intergriti dalam kamus diri anda sebenarnya?

Sebenarnya, perbahasan ini akan jadi lebih menarik sekiranya ianya benar² berlaku...

Kita akan lihat bagaimana DS Najib akan 'meratah' dan 'menelanjangkan' Kit Siang serta pemimpin2 PH dengan mudah...

Sesungguhnya kebenaran tidak pernah tewas dengan kebatilan...

Apabila hijab kebenaran di buka dengan kehendak Allah SWT, pasti kebatilan akan terbongkar...

Pentas debat ini sebenarnya adalah pentas terbaik DS Najib buktikan kepada rakyat Malaysia terutama yang masih 'beriman'dengan 'fatwa2' PH terutamanya DAP, bahawa beliau adalah mangsa fitnah yang paling jijik dalam sejarah peradaban Malaysia...


Kit Siang sudah pasti melihat segala kemungkinan ini (BACA DI SINI)...

Untuk terus menyembunyikan 'kebenaran' fitnah yang di tabur selama ini, maka adalah adalah lebih selamat untuk beliau menarik diri dari perdebatan ini...

Ya, beliau akan di malukan dan di perlekehkan dengan panggilan pengecut dan sebagainya...

Bagi Kit Siang dan DAP, apalah sangat maruah diri dan integriti kalau di bandingkan dengan kuasa dan agenda Malaysian Malaysia...

Menarik diri, hanya beliau sahaja yang kena...

Namun jika di teruskan, bukan setakat beliau, anak beliau, Mahathir dan seluruh jentera pakatan Harapan akan menerima tempiasnya...

Bukan itu sahaja, beliau juga membantu DS Najib membersihkan diri dari segala bentuk persepsi yang beliau telah tanam dalam minda rakyat sejak sekian lama...

Kali ini, Kit Siang terperangkap lagi sekali entah kali yang keberapa dengan DS Najib dalam permainan yang beliau sendiri cipta...

Kit Siang perlu belajar dan akur pada sesuatu...

DS Najib adalah pencatur yang hebat...

Beliau boleh menyusun buah² catur dengan baik dan kemas hingga musuh sukar melihat ruang² kelemahan...

Kit Siang sanggup mengorbankan 'queen' bagi memastikan kelangsungan survival Pakatan Harapan...

DS Najib sudah di uji dengan pelbagai ujian dalam politik bukan sahaja di dalam negara tetapi juga luar negara...

Dan hari ini beliau di uji dalam bentuk yang berbeza dan lebih mencabar...


Infografik di atas menterjemahkan, bagaimana halus dan jijiknya fitnah dan permainan persepsi DAP (BACA DI SINI)...

Sekiranya beliau berjaya dengan ujian ini, maka telah lengkap sebuah bulatan dalam kehidupan karier politik beliau...

Sudah pasti, selepas itu beliau akan menjadi seorang negarawan yang terulung dan sukar di tandingi oleh sesiapa...

Namun jika berlaku sebaliknya, maka tamatlah legasi kehebatan Tun Abdul Razak...

Kisah ini masih belum tamat...

Banyak lagi episode yang akan menyusul...

Dan sama² kita melihat hingga episode terakhir - Game of Thrones ini...

0 comments:

fda

Archives