Monday, May 27, 2019

Mahathir Tak Pernah Pinjam 1 Bilion, Cuma Seleweng RM100 - 150 Bilion?

Ratib Dan Zikir Mahathir Setiap Hari


Di dalam satu forum terbuka yang diadakan di Pusat Konvensyen Straits Quay Pulau Pinang yang dihadiri lebih kurang 600 orang, Mahathir telah memburuk2kan Dato’ Seri Najib Tun Razak berkenaan 1MDB...

Beliau berbohong dengan mengatakan "Semasa saya menjadi Perdana Menteri, seingat saya, saya tidak pernah meminjam RM1 bilion...

Betulker apa yang Mahathir cakap tu?

Skandal Maminco Sdn. Bhd. Dalam Perdagangan Industri Logam Di Bursa Logam London


Pada awal tahun 1980'an, Mahathir pernah terlibat dalam satu perdagangan penuh spekulasi dengan menggunakan sebuah syarikat RM2 yang bernama Maminco Sdn. Bhd (BACA DI SINI)...

Syarikat Maminco Sdn Bhd di gunakan untuk membeli kontrak masa depan timah dan mengumpul stok komoditi...

Semua urusan di jalankan secara rahsia dan bertujuan untuk mengapung harga komoditi tersebut di Bursa Logam London, pusat dunia untuk perdagangan industri logam...

Bagi membiayai skim tersebut, dengan kuasa dan pengaruhnya, Mahathir telah membantu Maminco untuk mendapatkan pinjaman RM1.5 bilion dari Bank Bumiputra....

Tiada siapa tahu nilai sebenar pinjaman yang di buat oleh Mahathir...

Perbandingan dengan nilai hari ini, ianya di anggarkan bernilai tidak kurang daripada RM7 bilion, atau mungkin 7 kali ganda lebih daripada nilai yang di nafikan oleh Mahathir!!!

Rancangan Mahathir pada permulaan urus niaga berjaya dan menyebabkan harga bijih timah meningkat...

Ianya telah memberikan keuntungan kepada Maminco, namun tidak kekal lama...

Tekanan permintaan menyebabkan peningkatan pengeluaran bijih timah dan memaksa AS melepaskan simpanannya...

Apabila harga bijih timah jatuh, Maminco berdepan kesukaran untuk membayar pinjaman...

Hal itu memaksa Mahathir terlibat dalam satu lagi konspirasi...

Skandal Makuwasa Sdn. Bhd. Untuk Menampung Kerugian Maminco Sdn. Bhd.


Beliau membenarkan jualan 'saham bumiputera terpelihara' yang baru pada nilai par kepada Makuwasa Sdn Bhd, satu lagi syarikat RM2 yang baru di tubuhkan...

Makuwasa Sdn Bhd di jadikan sebagai perantara pelaburan bagi KWSP, semua saham yang di beli terdiri daripada saham yang di pesongkan daripada dana simpanan untuk menyelamatkan Maminco (BACA DI SINI)...

Semua urusan di jalankan secara rahsia dan hanya di ketahui oleh Mahathir dan beberapa orang kepercayaannya...

Makuwasa pula telah menjual saham tersebut pada harga pasaran untuk dapatkan keuntungan, di mana sebahagiannya di salurkan oleh Mahathir kepada Maminco Sdn. Bhd. untuk menebus kerugian yang di alami di tangan spekulator Amerika Syarikat...

Jadi Mahathir bukan sahaja memainkan peranan dalam perdagangan spekulatif, malah beliau begitu bijak menggunakan dana yang sepatutnya di gunakan untuk bumiputera, bagi menyelamatkan sebuah syarikat yang mempunyai tunggakkan pinjaman bank yang sangat besar...

Skandal Perdagangan Matawang Asing Menyebabkan Bank Negara Malaysia Di Isytihar Muflis


Skandal Makuwasa-Maminco bukanlah satu2nya untuk dana awam di gunakan dalam perdagangan spekulatif oleh Mahathir...

Pada pertengahan tahun 1980'an, Mahathir terlibat dalam perdagangan mata wang spekulatif melalui Bank Negara Malaysia dan menyebabkan bank pusat muflis hampir sedekad kemudian...

Semuanya bermula pada tahun 1985, apabila Bank Negara Malaysia (BNM) mencatatkan penyusutan rizab pertukaran asing bernilai sekitar USD5 bilion...

Kemerosotan secara tiba2 itu berlaku semasa perjanjian yang di persetujui oleh pemimpin2 negara G-5 ketika tu di Plaza Hotel New York...

Perjanjian tersebut membawa ke arah langkah perlindungan oleh Amerika Syarikat, yang sengaja menurunkan nilai mata wangnya sebanyak lebih kurang 50% bagi mengurangkan kerosakan cagaran antara rakan perdagangan strategik...

Bagi menebus kerugian, Mahathir bersekongkol dengan Gabenor BNM ketika itu, Tan Sri Jaffar Hussein untuk merampas pasaran mata wang dengan membuat spekulasi ke atas mata wang utama global...

Bank pusat di katakan telah bergantung pada maklumat yang diperolehi daripada bank2 pusat yang lain untuk mendapatkan keuntungan jangka pendek daripada perbezaan kadar faedah dan perubahan kadar pertukaran...

TS Jaffar mencetuskan aliran rentas sempadan 'hot money' dan berjaya membuatkan bank2 pusat yang lain mengikutnya...

TS Jaafar telah melakukan sesuatu yang luar biasa dengan jayanya dalam pasaran pertukaran wang asing di bawah pengawasan Mahathir dan Daim Zainuddin...

Negara2 Asia secara tidak langsung mengiktiraf TS Jaafar sebagai perintis dalam pasaran pertukaran mata wang, di mana semua bank di rantau ini mengambil petunjuk daripadanya...

Pada tahun 1990, ketiga2 mereka, Mahathir, Daim dan Jaafar membuat keputusan yang cukup mengerikan...

Mereka mengambil keputusan untuk terjun dalam paun strrling British dengan menjual wang tersebut dalam jumlah yang sangat besar...

Langkah tersebut di kira bertepatan dengan perjanjian yang di tandatangani oleh United Kingdom dan negara2 Eropah lain...

Kerana perjanjian tersebut memerlukan British mematuhi Mekanisma Kadar Pertukaran (ERM) sebagai langkah keselamatan...

ERM membataskan negara2 yang mengambil bahagian untuk 'margin kadar pertukaran' yang ketat, bagi menstabilkan mata wang Eropah...

Dengan menspekulasikan pound, BNM berjaya menurunkan mata wang British sebanyak 4 sen apabila Britain menghantar kelulusan keahliannya kepada ERM...

Langkah spekulatif Jaafar menghasilkan wang besar, yang kemudiannya masuk ke dalam akaun penama dan sebahagiannya di gunakan untuk membantu pembiayaan PRU tahun 1990...

Tapi sebahagian besar daripada jumlah wang itu masih belum di pulangkan kepada UMNO atau belum di pulangkan kepada kerajaan persekutuan...

Ianya di percayai telah di letakkan atas penama2 tersebut untuk kepentingan perniagaan mereka di seluruh dunia...


Tahun 1992, Britain bertindak balas terhadap spekulasi yang di lakukan oleh Jaafar ke atas mata wang pound sterling...

United Kingdom telah menarik pelabur untuk pound sterling dengan menaikkan kadar faedah bagi mengapungkan nilai mata wang tersebut...

Secara tiba2, United Kingdom menarik diri dari ERM...

Lanhkah itu turut menjatuhkan pound sterling seperti seguni kentang panas dan membebani kerajaan Malaysia dengan kerugian yang di anggarkan sebanyak USD3.6 bilion!!!


Memburukkan keadaan, pada tahun 1993, Mahathir, Jaafar dan Daim telah kerugian lebih kurang USD2.2 bilion lagi dalam perdagangan spekulatif...

Ekoran dari kesan kerugian tersebut, bank pusat telah di isytiharkan muflis (BACA DI SINI)...

Tetapi di selamatkan oleh Kementerian Kewangan yang ketika itu di pegang oleh Anwar Ibrahim...

Jaafar telah meletakkan jawatan, walau pun beliau dan Mahathir telah di siasat kerana peranan mereka dalam melesapkan berbilion ringgit tetapi tiada tindakan di kenakan terhadap mereka...

Kerugian pada masa itu telah meningkat pada jumlah yang tidak pernah benar2 di ambil kira...

Mahathir berulangkali menuduh DS Nsjib melesapkan RM50 bilion dana 1MDB dan mengambil RM2.6 bilion daripada firma pelaburan strategik...

Mahathir tetap sombong dan degil, enggan mengakui hakikat bahawa 5 panel bebabs terikat dengan pelbagai undang2 telah membersihkan nana DS Najib dari sebarang perilaku jenayah...

Mahathir juga enggsn akui kerugian BNM ysng di catatkan pada pertengahan 90'an yang di anggarkan bernilai RM30 bilion...


Mengikut nilai hari ini ia bernilai tidak kurang dari RM150 bilion!!!

Tidak termasuk dengan RM7 bilion untuk skandal Maminco - Makuwasa...

Kepada rakyat Malaysia semua, fikirkanlah, siapakah Raja Kleptokrasi yang telah menyebabkan Bank Negara Malaysia pernah di isytiharkan muflis dan negara dan rakyat Malaysia rugi ratusan bilion ringgit...

Mahathir atau DS Najib?



Kredit :

Malaysia Today

0 comments:

fda

Archives