5 April 2019, Mahathir mengumumkan kerajaan Malaysia akan batalkan penyertaan dalam Statut Rome (BACA DI SINI)...
Dalam satu sidang media yang penuh emosi, Mahathir, otai politik tanahair, yang sebelum ini berjaya mengawal perasaan marah di depan wartawan, pada hari tu di lihat gagal mengawal kemarahan beliau...
Selepas Mahathir membuat pengumuman, timbul beberapa persoalan di kalangan rakyat terutamanya pemimpin pembangkang...
Apakah memadai, penarikan diri Malaysia dari Statut Rome di umumkan hanya dengan satu sidang media?
Ini bukan satu isu yang kecil dan terpinggir!!!
Penarikan diri setelah memberi persetujuan menyertai satu deklarasi antarabangsa TIDAK hanya melibatkan kerajaan PH tapi melibatkan keseluruhan rakyat Malaysia!!!
Timbul desakan dari pemimpin pembangkang supaya keputusan kerajaan PH itu di bentangkan di parlimen supaya di catitkan dalam 'hansard parlimen'...
Kebimbangan timbul di kalangan pemimpin pembangkang memandangkan sikap kerajaan PH yang 'consistently inconsistent'...
Terlalu banyak U-Turn atas keputusan2 yang telah di buat sendiri oleh kerajaan PH tanpa desakan dari mana2 pihak!
Tapi desakan dari pemimpin pembangkang di pandang sinis dan di perlekehkan oleh Mahathir dan menteri kabinetnya!!!
Kenapa Rakyat Menolak Keputusan Kerajaan PH Menyertai Statut Rom?
Sikap Berdolak Dalih Kerajaan
Sebab yang paling utama ialah sikap kerajaan PH yang tidak mahu terus terang dan berdolak dalih...
Kerajaan melalui Menteri Luar, Saifuddin Abdullah, telah menipu bila mengatakan SPB YDP Agong dan Majlis Raja Raja sudah di beri nasihat dan sudah memperkenankan penyertaan Malaysia dalan Statut Rom...
Bila di asak oleh pemimpin pembangkang dalam Dewan Rakyat, Saifuddin berdolak dalih hingga akhirnya di sedari bahawa SPB YDP Agong dan Majlis Raja Raja belum memberi perkenan!!!
Kalau benar Statut Rom membawa kebaikan, kenapa Saifuddin menipu, apakah agenda sebenar yang cuba di sembunyikan oleh kerajaan PH hingga sanggup mengkhianati Majlis Raja Raja dan menipu dalam parlimen?
Lebih menimbulkan tanda tanya, selepas Mahathir membuat pengumuman Malaysia membuat keputusan membatalkan penyertaan dalam Statut Rom, kenapa Peguam Negara dan beberapa pihak yang menggelarkan diri mereka G25 pula membuat forum kononnya untuk memberikan penjelasan kepada rakyat tentang salah faham mengenai Statut Rom...
Apa perlunya lagi membuat forum2 begitu bila Mahathir sendiri membuat sidang media untuk menyampaikan keputusan kabinet beliau...
Tommy Thomas sepatutnya memberikan penjelasan itu kepada SPB YDP Agong dan Majlis Raja Raja tetapi GAGAL melaksanakan tanggungjawab tersebut...
Kenapa Kerajaan PH Beriya2 Mahu Menyertai Statut Rom?
Tanpa memberi penjelasan kepada rakyat, kerajaan PH di lihat bersungguh2 mahu meratifikasi Statut Rom...
Apa kebaikannya pada rakyat dan negara?
Kalau benar Statut Rom memang mempunyai banyak kebaikan, kenapa negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan negara2 ASEAN enggan menandatangani ratifikasi Statut Rom...
Sekali lagi kita terkejut bila dalam carian di internet mendapati sebenarnya MALAYSIA MASIH LAGI MENGANGGOTAI STATUT ROM (BACA DI SINI)...
1 Jun 2019 ini, adalah tarikh terakhir bagi Malaysia untuk meratifikasi sepenuhnya Statut Rom...
Apa sebenarnya matlamat kerajaan PH mahu meratifikasi Statut Rom?
Apakah untuk kepentingan rakyat dan negara ini atau untuk kepentingan peribadi mereka sendiri?
0 comments:
Post a Comment