Thursday, May 2, 2019

Mahathir Punca Islam Di Hina Di Bumi Malaysia?


Admin sebenarnya bukanlah pengikut setia Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin @ Dr. Maza...

Ye lah, Dr. Maza di katakan antara pendokong tegar fahaman Wahabi kat Malaysia nie, betul atau tak, admin tak nak komen sebab bukan nak tulis pasal Dr. Maza pun...

Tapi Rasulullah SAW ada bersabda :

"Jangan lihat siapa yang bercakap tapi dengarlah apa yang dia cakap"...

Jadi bila admin terbaca komen Dr. Maza yang mengatakan Islam di buli, tidak selamat di bawah PH (BACA DI SINI), admin nampak ada kebenarannya dakwaan Dr. Maza...

Apa Puncanya Islam Di Hina Di Bumi Malaysia?


Kalau kita toleh ke belakang, antara manusia yang paling suka dan kerap menghina Rasulullah SAW dan ugama Islam ialah manusia yang jadi Perdana Menteri Malaysia sekarang iaitu Mahathir bin Mohamad...

Dulu, kini dan selamanya, Mahathir sentiasa konsisten keluarkan kenyataan2 yang menghina dan memperlekehkan Rasulullah SAW dan juga ugama Islam...

Kalau tak percaya, admin ada kumpulkan antara koleksi kata2 penghinaan Mahathir terhadap Rasulullah SAW dan juga Islam :

1982

》Mahathir mengatakan politik suku dan agama suku...

Mahathir telah di tegur oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan di minta menarik balik kenyataan serta memohon maaf...

》"Kita tidak perlu berterima kasih kepada Nabi Muhammad SAW"...

"Jika tidak Nabi Muhammad SAW, orang lain akan di utuskan untuk menyampaikan agama Islam"...

"Oleh itu tidak perlulah kita mengagung2kan Nabi Muhammad SAW"...

"Memadailah dengan bersyukur kepada Allah SWT sahaja..."

》"Hukum hudud tiada didalam Quran, ia hanya ciptaan manusia"...

Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997

》"Siapa tau janggut Nabi macam mana?"...

"Siapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar?"...

"Kita tak tau"...

"Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat"...

"Ada yang special sikit macam tu (ketawa)"...

"Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam"...

"Kononnya Sunnah Nabi"...

"Kita tak tau"...

"Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (nabi) sambil menahan ketawa"...

"Di zaman itu nak cukur pun mudah ke?"...

"Dia bukan ada Gillette"...

"Zaman nabi ada Gillette ke?"...

"Tak dak"...

"Pisau cukur pun tak dak masa tu"...

"Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu"...

"Lepas itu, dia (nabi) berjalan sana sini naik unta"...

"Bukan nak dapat air banyak"...

"Padang pasir!!!"...

Kenyatan Mahathir Kepada Wartawan Di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim (3 Mac 1994)

》"Hukum rejam kepada penzina adalah primitif"...

Ucapan Mahathir Di Perjumpaan Ketua Ketua UMNO Bahagian Johor (30 April 1992)

》"Saya nak tahu siapakah di antara ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud di laksanakan di Kelantan...

"Barangkali Nik Aziz akan melakukannya"...

"Jika benar, kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti"...

》"Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam"...

"Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam"...

Ucapan Mahathir Di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan (3 Mac 1994)

》"Apakah hukum hudud mesti di laksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam"...

"Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti di laksanakan?"...

》"Hudud tidak boleh di laksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik"...

》Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam"...

Temubual Antara Mahathir Dengan Media (14 Julai 1992)

》"Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan"...

"Ini sangat memalukan umat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja"...

Ucapan Mahathir Di Pasir Mas, Kelantan (14 Ogos 1994)

》"Al-Quran perlu di tafsirkan semula untuk di sesuaikan dengan keadaan masa kini"...

》"Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama) ialah mengajar, bukan mentadbir"...

"Kerajaan Pusat akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud"...

Temubual Antara Mahathir Dengan Media Selepas Sidang Majlis Tertinggi UMNO (1994)

》"Saya akan mempastikan bahawa negeri2 yang di perintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud"...

Temubual Antara Mahathir Dengan Media (18 Ogos 1991)

"Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam di potong tangannya dan di lakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak di kenakan"...

Sebenarnya banyak lagi koleksi kata2 penghinaan Mahathir pada Rasulullah SAW dan hukum2 yang di tetapkan oleh Allah SWT pada manusia...

Seolah2 Mahathir merasakan kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia sudah layak mencabar dan memperlekehkan Allah SWT dan RasulNya...

Bila pemimpin yang mengaku dirinya Islam, yang merasakan dirinya berkiblatkan Kaabah dah bersikap biadap sebegitu, maka apa yang boleh kita harapkan dari pemimpin dan rakyat yang lain...


Maka terjadilah isu2 penghinaan kepada Allah SWT dan RasulNya secara terang2an...

Maka golongan2 yang mengamalkan amalan hidup yang songsang akan merasa lebih selesa dan lebih terbela...

Kebiadapan Mahathir Pada Raja Raja


Siapakah yang Mahathir maksudkan dengan 'NANGOI'!!!


Kalau budak belasan tahun menggunakan istilah yang biadap begini, kita boleh faham kebiadapan tu adalah kerana akal fikirannya yang tidak matang...

Tapi, apakah tauladan yang dapat kita kita contohi bila kata2 biadap ini di keluarkan dari mulut seorang pemimpin tua yang berumur 93 tahun!!!



Jadi tak hairanlah, bila penyokong dan pemimpin PH juga bersikap biadap...

Secara asasnya, dalam menjalani kehidupan sebagai manusia, Rasulullah SAW mengingatkan kita supaya menjaga :

1) Hubungan dengan Allah SWT...

2) Hubungan dengan manusia...

Rakyat Malaysia MESTI ingat, pemimpin adalah ikon masyarakat...

Dalam masyarakat, kedudukan pemimpin adalah ibarat seorang ketua keluarga...

Apa saja yang di lakukan oleh seorang ketua keluarga PASTI akan di anggap tidak bersalah dan di ikuti oleh ahli keluarga yang lain...

Apakah Malaysia mahu melahirkan generasi yang biadap?

Apakah kita akan merasa bangga dan seronok bila melihat anak2 kita kurang ajar?

Atau apakah kita merasakan semakin kita bersikap biadap, maka semakin negara kita maju?

Sudah tiba masanya kita menolak pemimpin yang tidak berakhlak...


Bukankah Allah SWT telah mentarbiahkan kita dalam soal memilih pemimpin...

0 comments:

fda

Archives