24 April 2019, laman blog nie pernah siarkan tulisan bertajuk Mahathir Merajuk, Arahkan Majlis Tertinggi PPBM Pujuk (BACA DI SINI)...
Yang pro Kerajaan PH cuba sedaya upaya nafikan apa yang admin tulis, ada yang kata tu cuma persepsi admin jew, ada pula yang kata nama blog nie Unspinners tapi spin benda yang tak wujud...
Lagi cytro pro Kerajaan PH yakin bila Din Pagoh selepas tu di lihat keluarkan kenyataan2 yang menyokong Mahathir (BACA DI SINI)...
Apa lagi bila Din Pagoh keluarkan kenyataan menafikan adanya sengketa antara beliau dan Mahathir (BACA DI SINI)...
Cytro pro Kerajaan PH terlupa sebenarnya, nie bukan kali pertama Din Pagoh tersepit sebab kegelojohan dia dalam mendaki hiraki politik...
Din Pagoh Tersalah Letak Buah Catur Yang Di Gerakkan
Dalam isu penolakan Man Datsun, mantan MB Johor oleh pihak istana, Mahathir keluarkan fatwa pada Din Pagoh yang waktu itu menjadi Pengerusi Bersatu Johor :
Tiada rombakan barisan Exco kerajaan negeri Johor!!!
Itu arahan Mahathir tapi yang menjadi masaalah pada Din Pagoh ialah, DYMM Sultan Johor meletakkan syarat supaya di lakukan rombakan barisan Exco Kerajaan Negeri Johor sebagai syarat untuk baginda menerima Dr. Sahruddin Jamal sebagai MB Johor baru yang di cadangkan kepada baginda (BACA DI SINI)...
Menggunakan alasan terpaksa mengikut titah DYMM Sultan Johor, Din Pagoh melihat ini adalah satu peluang keemasan untuk beliau mengukuhkan pengaruh di negeri Johor dengan meletakkan Solihan Badri dan Tosrin Jarvanthi (BACA DI SINI)...
Inilah punca kepada retak yang menanti belah hubungan antara Din Pagoh dan Mahathir...
Setelah Lama Menunggu Peluang, Akhirnya Din Pagoh Berikan Mahathir Bola Tanggung
Percaturan Mahathir mudah, Azmin akan menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri dengan syarat Boboi mestilah di lantik sebagai Timbalan Perdana Menteri...
Bila Mahathir meletak jawatan nanti, Azmin sama ada akan di lantik sebagai Pengerusi Bersatu atau Azmin perlu menumbangkan Anwar dalam PKR...
Perancangan nie nampaknya mudah untuk Mahathir laksanakan...
Sebab itu, sejak kebelakangan nie, Azmin di lihat mengeluarkan kenyataan2 yang 'mengipas' Mahathir sebagai membuktikan kesetiaan beliau pada Mahathir...
Yang menjadi masaalah kepada Mahathir ialah bagaimana untuk singkirkan Din Pagoh sebab, tak mungkin Boboi boleh di nobatkan sebagai pengganti Azmin sedangkan hiraki Din Pagoh adalah lebih tinggi dari Boboi dalam Bersatu...
Tapi Mahathir ialah seorang strategis yang sabar...
Peluang yang Mahathir tunggu, akhirnya tiba bila Din Pagoh serahkan tengkuk untuk Mahathir sembelih...
Langkah sumbang yang Din Pagoh lakukan dalam menangani krisis MB Johor membolehkan Mahathir menunjukkan pintu keluar pada Din Pagoh...
Pura2 terkejut, pura2 merajuk, pura2 menangis dan yang paling 'WIN' ialah pura2 nak letak jawatan adalah senjata yang Mahathir dah gunakan berkali2 tapi masih ramai pentaksub Mahathir yang 'beriman' dengan taktik Mahathir tu...
Bila Din Pagoh engkar dengan arahan Mahathir dalam menangani krisis MB Johor, Mahathir melihat ini sebagai bola tanggung yang tak boleh di biarkan...
Mahathir sekali lagi menggunakan senjata politik yang dah berkali2 dia gunakan dengan berjaya...
Mahathir memanggil semua MPT Bersatu untuk membuatkan persembahan terbaik malam tu...
Antara skripnya ialah WAJIB mengeluarkan memorandum sokongan padu pada Mahathir dan yang paling 'WIN' ialah mendesak Din Pagoh untuk meletak jawatan...
Dan sebagai langkah pertama untuk menyekat pengaruh Din Pagoh terutamanya di Johor, Din Pagoh di kehendaki meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu Johor (BACA DI SINI)...
Kepentingan Peribadi Mengatasi Segala2nya
Matlamat Mahathir kembali ke dunia politik, hanyalah satu, untuk memastikan anaknya Boboi menjadi Perdana Menteri, bukan Anwar, bukan Muhyiddin dan Azmin hanyalah sebagai transit sebelum Boboi menjadi Perdana Menteri (BACA DI SINI)...
Dan hasrat nie dah terpendam lama, malah dah terlalu lama...
Sejak Boboi dalam UMNO lagi, Mahathir dah mula menggerakkan buah caturnya...
Mula2 Mahathir mahu Boboi menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO tapi Boboi kalah kepada KJ pada 2013...
Mahathir secara terang2 menyatakan rasa kecewa beliau bila Boboi tewas di tangan KJ dalam perebutan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO (BACA DI SINI)...
Pada waktu itu, Mahathir masih lagi boleh mengawal emosinya dengan hanya menjadi Tok Dalang kepada Boboi...
Tapi bila Boboi di singkirkan dari jawatan MB Kedah (BACA DI SINI), Mahathir merasakan, kalau mahu meralisasikan percaturannya, beliau mesti menggerakkannya sendiri...
Tapi untuk kembali berkuasa, Mahathir perlukan sebahagian besar dari sokongan ahli UMNO dan Boboi di lihat tak punya pengaruh yang besar dalam UMNO...
Di sinilah bermulanya konspirasi Mahathir dan Din Pagoh yang ketika itu menjadi Timbalan Presiden UMNO (BACA DI SINI)...
Mahathir menjanjikan jawatan Perdana Menteri kepada Din Pagoh sekiranya konspirasi mereka berjaya...
Tapi Mahathir tetap akan menjadi Mahathir, matlamat akan menghalalkan cara, selepas mendapat sokongan dari sebahagian ahli UMNO dan membawa mereka keluar dari UMNO, Mahathir umumkan akan menjadi Perdana Menteri dan membiarkan Din Pagoh terpinga2...
Walau pun Din Pagoh cuba memulakan langkah lebih awal dengan cuba 'bermesra' dengan DAP yang di lihat mendominasi PH, tapi kem Mahathir lebih cekap untuk mengambil hati DAP...
Jadi, tak hairanlah, kalau Din Pagoh cuba ambil kesempatan mengukuhkan pengaruh di akar umbi Bersatu dengan 'menderhaka' pada Mahathir...
Tapi gerak dan langkah Mahathir lebih halus dari Din Pagoh dan sekali lagi Din Pagoh di lihat terkulai di tangan Mahathir...
Jadi apakah Din Pagoh dengan rela meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu Johor atau kem Mahathir 'memecat' Din Pagoh?
0 comments:
Post a Comment