Thursday, February 28, 2019

Bila Dah Kantoi Dengan Mahathir, Anwar Spin Isu Konon PAS Bayar Clare Untuk Alih Perhatian


Tiba2 Anwar berminat dengan isu fitnah RM90 juta yang di katakan duit 1MDB di masukkan ke dalam akaun PAS...

Bila SPRM jelaskan, siasatan yang di buat SPRM mengesahkan tiada kemasukan duit RM90 juta dari 1MDB ke dalam akaun PAS, Anwar cuba timbulkan isu yang langsung tak ujud (BACA DI SINI)...

Setiausaha Agung PAS Berikan Penjelasan Pada Menteri Di Jabatan BAKAL Perdana Menteri


Jadi untuk puaskan hati Anwar, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berikan penerangan :

Perintah Persetujuan (Consent Order) yang di rekodkan menyatakan pihak yang menuntut tidak meneruskan tuntutannya, manakala pihak defendan tidak meneruskan tuntutan balas serta tiada perintah mengenai kos...

Berdasarkan kepada Perintah Persetujuan di atas, maka selain daripada kedua2 pihak bersetuju tidak meneruskan tuntutan dan tuntutan balas masing2, mahkamah tidak membuat sebarang perintah mengenai kos kepada mana2 pihak...

Dengan kata lain pihak yang menuntut, YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, (dalam pliding Mahkamah di sebut sebagai 'Mr. Awang') tidak membayar apa2 bayaran atau pun kos kepada pihak defendan untuk penyelesaian kes ini di luar mahkamah...

Perlu di jelaskan juga bahawa, PAS lagilah tidak membayar apa2 bayaran di mana2 peringkat kes ini kerana PAS bukanlah satu pihak dalam tindakan ini (PAS is not even a party to the suit)...

Kenapa Anwar Tiba2 Beria2 Bangkitkan Isu Ini


Cubaan Anwar untuk spin isu tersebut adalah langkah terdesak beliau untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu krisis keyakinan Pakatan Harapan terhadap Mahathir...

Tak perlulah Anwar cuba nak mengalihkan perhatian rakyat apa lagi perhatian Mahathir dalam usaha membuat undi tak percaya...

Walau pun admin bukanlah penyokong Mahathir, tapi admin akui, apa yang Mahathir pernah katakan dulu adalah benar...



Tujuan Anwar masuk politik hanyalah semata2 untuk menjadi perdana menteri...

Sejarah berulang kembali, tentu ramai masih ingat lagi bagaimana kerakusan Anwar untuk menjadi perdana menteri, beliau telah gunakan Ketua Pergerakan Penuda UMNO di waktu itu, Zahid Hamidi, untuk menimbulkan isu kronisme sewaktu Persidangan Agung UMNO...

Tujuannya tak lain dah tak bukan adalah untuk beri tekanan pada Mahathir supaya berundur...

Kini cara yang sama Anwar gunakan di pentas yang berbeza...

Dan nasib yang sama juga bakal Anwar terima...

Sebagaimana Mahathir telah menghidu niat busuk Anwar sewaktu mereka berada dalam UMNO, begitu jugalah Mahathir telah hidu niat busuk Anwar di dalam Pakatan Harapan...



Isyarat dan amaran yang cukup jelas telah Mahathir beri pada Anwar dan parti2 komponen PH...

Gerakan menjatuhkan Mahathir menghadapi situasi di telan mati emak, di luah mati bapak!!! 



Majoriti PH di Dewan Rakyat bukanlah majoriti 2/3 tetapi cuma majoriti mudah...

Sekiranya ada parti yang berpaling tadah maka dengan sendirinya PH akan kehilanhan kelayakan membentuk kerajaan...

Ini bermaksud, sekiranya Mahathir dapat di gulingkan dengan undi tak percaya, pastilah Mahathir akan membawa semua ahli parlimen Bersatu bersamanya dan bila tiada gabungan parti politik atau mana2 parti politik tidak mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan, maka parlimen MESTI di bubarkan untuk mengadakan pilihanraya umum bagi membentuk kerajaan baru...

Dalam keadaan sekarang kerana kegagalan kerajaan PH mentadbir negara dengan baik dan di tambah dengan kemarahan penyokong2 setia Mahathir kerana usul undi tak percaya yang di lakukan, apakah Anwar, DAP dan PAN yakin masih boleh memenangi pilihanraya umum?

Sekali lagi kegopohan Anwar akan menyusahkan penyokong2 beliau...

Jadi, tak perlulah Anwar Ibrahim cuba menangguk di air yang tak berapa nak keruh tu...

Rakyat sudah penat dengan kerenah2 PH!!!

Situasi semasa menunjukkan sokongan dan keyakinan rakyat dah berbalik pada Barisan Nasional...

Bukan saja rakyat dah menolak Anwar malah jenama PH sendiri dah di tolak rakyat...

Berhentilah mengejar kepentingan peribadi...

Gunakan sisa2 masa yang ada dalam penggal nie untuk buat sesuatu yang boleh di kenang oleh rakyat...

Sekurang2nya rakyat akan kata, ada juga jasa PH pada rakyat, walau pun cuma sepenggal menjadi kerajaan!!!

0 comments:

fda

Archives