Friday, February 1, 2019

Apakah Inkues Punca Kematian Allahyarham Mohd. Adib Cuma Satu Drama


Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengetepikan perintah koroner supaya pegawai pengendali menyediakan kenyataan untuk 7 saksi di jadualkan memberi keterangan dalam inkues bagi mengenal pasti punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim...


Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman berkata, "Kenyataan saksi tidak boleh di gunakan dalam inkues kerana peraturannya berbeza dengan peraturan perbicaraan jenayah"...

"Ini bukan perbicaraan jenayah di mana seseorang di dakwa melakukan kesalahan"... katanya ketika membenarkan permohonan kerajaan untuk terbalikkan perintah koroner Rofiah Mohamad pada 18 Januari 2019...

Koroner tersebut bergantung kepada Seksyen 402B Kanun Peraturan Jenayah ketika memerintah pegawai pengendali Hamdan Hamzah menyediakan kenyataan saksi 6 doktor dan pegawai penyiasat...

Karim berkata, "Koroner tersebut tiada budi bicara untuk mengeluarkan perintah demikian kerana ia hanya boleh di gunakan untuk perbicaraan jenayah"...

Hamdan, yang juga Timbalan Pendakwa Raya, sebelum ini memberitahu, kerajaan tidak setuju dengan perintah di keluarkan Rofiah memandangkan inkues tersebut merupakan perbicaraan khas...

"Dalam inkues, koroner boleh juga bertanya berkenaan saksi, tidak seperti dalam perbicaraan di mana pendakwa dan peguam bela boleh soal dan soal balas saksi dan yang tertuduh" katanya...


Peguam, M Visvanathan, yang mewakili pasukan petugas kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, Subang Jaya, Selangor memberitahu inkues adalah siasatan di jalankan dalam bilik mahkamah...

Tidak boleh bergantung kepada kenyataan saksi...

"Kalau tidak, ia menjadi preseden buruk dalam perbicaraan serupa nanti" katanya...

Kenyataan Saksi Di Tolak, Sebab Itu Peguam Negara Wujudkan Inkues Dan Bukan Pinda Pertuduhan 



Waktu Dato' Loman Noor Adam membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Peguam Negara kerana di syaki melindungi pembunuh Allahyarham Adib, mereka sumbat beliau dalam lokap...

Hari ini sudah terjawab kenapa Peguam Negara beria2 tak mahu meluluskan permohonan pihak PDRM supaya tuduhan di bawah seksyen 307 Kanun Kesiksaan ke atas '4 individu istimewa' kerana melakukan kesalahan cubaan membunuh, di tukar kepada pendakwaan di bawah seksyen 302 Kanun Kesiksaan kerana melakukan kesalahan membunuh...  

Sebaliknya inkues di wujudkan untuk mengetahui punca kematian Adib... 

Apakah 4 'Individu Istimewa' Ini Akan Terlepas
Dari Kesalahan Membunuh Allahyarham Adib?

Sedangkan pihak PDRM telah pun mengambil kira keterangan saksi dan laporan bedah siasat Allahyarham Adib sebelum melakukan pendakwaan di bawah seksyen 307 keatas '4 individu istimewa' ini...

Jelaslah sekarang kenapa Tommy Thomas tidak meluluskan pindaan pertuduhan dari seksyen 307 Kanun Keseksaan kepada seksyen 302 Kanun Keseksaan dan sebaliknya mewujudkan inkues...

Hakikatnya, inkues hanya di lakukan sekiranya punca kematian masih menimbulkan keraguan dan siasatan penuh pihak polis menemui jalan buntu untuk mencari sebab kematian yang di percayai ada unsur jenayah...

Namun dalam kes inkues kematian Allahyarham Mohd. Adib, sisatan lengkap pihak polis telah mengesahkan bahawa punca kecederaan yang akhirnya membawa kematian Allahyarham Mohd. Adib adalah kerana di pukul dan ianya telah pun di sahkan dalam lapuran lengkap bedah siasat yang di jalankan...

Tidak ada keraguan dalam menentukan punca kecederaan yang menyebabkan kematian...

Tidak ada keraguan dalam menentukan suspek yang melakukan jenayah pembunuhan Allahyarham Mohd. Adib...

Tidak ada keperluan menjalankan inkues terhadap punca kematian Allahyarham Mohd. Adib!!!

Nampaknya, maklumat awal yang kita terima, bahawa ada pihak yang meminta kerajaan 'menukar' punca kematian Allahyarham Adib daripada cedera parah akibat di pukul '4 individu istimewa' berdasarkan bedah siasat dan keterangan saksi, kepada mati akibat kemalangan apabila keterangan saksi sudah di tolak bukan lagi khabar angin...  

Mungkinkah mimpi ngeri ini akan berlaku?  

Ikuti drama seterusnya...




Kredit :

》Dato’ Lokman Noor bin Adam
Pengerusi
Sekretariat Suara Rakyat UMNO

》Free Malaysia Today

0 comments:

fda

Archives