Monday, February 4, 2019

Jangan GELAK Bila BERSIH Tuduh BN Lebih Banyak Kesalahan PRK Dan Rasis?


Dalam sidang media, Thomas Fann, Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dakwa, sepanjang PRK Cameron Highland, sebanyak 23 kes kesalahan etika pilihanraya di lakukan oleh calon dan parti2 yang bertanding...

Daripada kesemua 23 kesalahan itu, sebanyak 14 kes didakwa dilakukan oleh Barisan Nasional (BN), lima kes oleh Pakatan Harapan (PH), dua kes melibatkan Pas dan tiada kes bagi kedua2 calon bebas...

Antara kesalahan pilihanraya yang di kesan BERSIH 2.0 sepanjang tempoh itu ialah pemberian hadiah (empat kes), penyalahgunaan sumber negeri (tiga kes), rasuah dan pengaruh tidak wajar (dua kes), menyentuh sensitiviti kaum dan agama dalam kempen (empat kes) dan berkempen pada hari mengundi (sembilan kes)...

Adakah Bersih 2.0 Menjadi Alat Pada Kerajaan Pakatan Harapan

BERSIH 2.0 dakwa mereka memandang berat kepada kempen menyentuh sensitiviti kaum dan agama untuk meraih sokongan pengundi dan ia sesuatu yang membimbangkan...

BERSIH 2.0 berikan 2 contoh apa yang di maksudkan kempen menyentuh sensitiviti kaum dan agama...

Contoh pertama yang di nyatakan oleh BERSIH 2.0 ialah ceramah di Kampung Keledek pada 18 Januari, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di lapor mengatakan bahawa jika calon DAP menang, ia akan membahayakan Melayu dan Islam...

Kalau kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMMO tu di anggap berbau perkauaman, macam mana pula dengan kempen melalui kenyataan dan edaran risalah oleh Lim Guan Eng nie :

1) "Jika Barisan Nasional menang di Cameron Highland, ORANG BUKAN ISLAM tidak akan dapat jadi Menteri, bahkan Ahli Parlimen nanti!!!"

2) Edaran risalah bertajuk 'KERAJAAN BARU, HARAPAN BARU, PENDIDIKAN CINA SEMAKIN HEBAT'



Risalah yang jalas memfokuskan pada KEPENTINGAN KEPADA HANYA KAUM CINA (tajuk dalam kotak merah pada risalah) yang menjanjikan :

》Peruntukan kepada Sekolah Rendah Cina (tulisan pada ketul emas dalam risalah)...
》Peruntukan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (tulisan pada kaetul emas dalam risalah)...
》Peruntukan kepada Pusat Pengajian Tinggi Swasta - Persendirian Cina (tulisan pada ketul emas dalam risalah)...
》Peruntukan kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (tulisan pada ketul emas dalam risalah)...

Contoh kedua yang di nyatakan oleh BERSIH 2.0 ialah Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi pula mendakwa DAP akan menghapuskan Islam sebagai agama Persekutuan dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata dalam video bahawa jika orang bukan Islam ingin selamat, jangan undi DAP, (tapi) undi calon Islam, semua akan selamat, umat Islam dan bukan Islam akan selamat...

Celah mana yang boleh di katakan PAS memainkan isu perkauman dan keagamaan...

Hasrat DAP mahu menghapuskan Islam sebagai agama Persekutuan adalah sangat jelas dan tak perlu di sembunyikan lagi...



Malah perkara ini di akui dalam mahkamah oleh Teresa Kok, salah seorang menteri kabinet dari DAP (BACA DI SINI)...

Mencabar sesuatu perkara yang sememangnya jelas tercatit di dalam Perlembagaan negara, pasti akan menimbulkan kemarahan yang membawa huru hara...

Ini terbukti di dalam isu ICERD...

Kata2 Presiden PAS dan Ketua Dewan Ulamak PAS hanyalah peringatan mengenai sikap sebenar parti DAP yang boleh membawa kepada ketidakstabilan politik negara..

Begitu juga kenyataan yang di buat oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, adalah satu peringatan sikap DAP yang meletakkan calon mereka dalam PRK Cameron Highland...

Tapi kalau kenyataan itu di anggap rasis dan memainkan sentimen perkauman, macam mana pula kenyataan2 ini...

Calon PH/DAP, M. Manogaran :


》Orang Melayu tak beli kuih orang asli, saya tak fikir mereka (orang Melayu) akan mengundi orang asli...

》Orang Melayu akan tanya, kenapa tak ada calon orang Melayu, kenapa letak orang asli, orang Cina, India juga tak akan undi orang asli!!!

Apakah kenyataan2 begitu tidak bersifat perkauman?

Mengapakah kenyataan2 yang di ucapkan oleh Lim Guan Eng dan M. Manogaran hilang dari radar BERSIH 2.0!!!

Jawapannya mudah, seperti kata Bossku, BERSIH begitu konsisten menyokong Pakatan Harapan terutamanya DAP, dan sentiasa akan mencari kesalahan Barisan Nasional terutamanya UMNO  (BACA DI SINI)...

Sidang Media Malu Nak Gunakan Bahasa Kebangsaan
Kemeja T Bertulisan Cina
Tapi Bercakap Tentang Politik Perkauman!!!

Kesimpulannya, BERSIH sendiri tebal dengan sikap perkauman mereka!!!







Sumber :

FB Dr. Asyraf Wajdi Dasuki (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO)

0 comments:

fda

Archives