Mula2 Timbalan Menteri Luar, Senator Marzuki Yahya, kantoi sebab mengaku memiliki ijazah dari Cambridge University, England...
Bila netizen bongkar penipuan Marzuki, dia mula pusing cerita dan cakap, bukan Cambridge Universitylah tapi Cambridge International University, Australia...πππ
Tenguk video klip tu, terbukti kefasihan Marzuki 'speaking London', cuma bila nak baca perkataan Inggeris jer, mata Marzuki tak berapa nampak, tapi perkataan Melayu, mata Marzuki nampak dengan amat terang dan nyata...πππ
Dasatlah korang nie, 3 tahun dia belajar nak dapat ijazah dari situ tau...πππ
Tapi bila di minta tunjukkan transkrip, Marzuki sekali lagi berpeluh...π₯π₯π₯
Ingatkan 'game over' dah, tapi Marzuki gunakan talian hayat...πππ
Marzuki pun tunjukkan transkrip dari Cambridge International University, tapi sekali lagi kantoi, bila transkrip tu meragukan...
Paling bisa bila Presiden MCA, Datuk Seri Wee Kah Siong perli :
"Bro, berapa lama nak edit transkrip universiti" (BACA DI SINI)...π€π€π€
Timbalan Presiden Bersatu, Mukhriz Mahathir aka Bo-boi-boi, cuba pertahankan Marzuki dalam isu ijazah palsu...
Admin menyeru rakyat Malaysia agar menghormati segala fakta dan dalil2 yang di kemukan oleh Boboi dalam usaha pertahankan Marzuki (BACA DI SINI)...
Sebab Boboi adalah antara manusia genius dalam dunia nie sebab dia jer yang mampu menamatkan pengajian ijazah di Universiti Sophia, Jepun dalam masa SATU (1) TAHUN jer (BACA DI SINI)...π€«π€«π€«
Terror tak boboi...πππ
Lepas Marzuki Kantoi, MB Perak Dengan Johor Pula Kantoi Tipu Kata Ijazah
Rupa2nya bukan Marzuki sorang jer yang buat kerja tak bermoral tu...
Ramai lagi rakan2 seperjuangan Marzuki dalam menipu kononnya ada ijazah ada dalam PH tu...
Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, pun tipu kata ada ijazah...π€¦♂️π€¦♂️π€¦♂️
Bila rakyat dah desak dan tak boleh nak mengelak, baru mengaku tak ada ijazah (BACA DI SINI)...
Paling syahdu, MB Johor, Osman Sapian boleh buat tak tahu bila wartawan tanya pasal dakwaan menipu kata ada ijazah dari UPM, Seman Seman, dah lah menipu, berlagak pulak tu...
Kata ada ijazah dari UPM, tapi rupa2nya menipu (BACA DI SINI)...
Isu Ijazah Palsu @ Menipu Ada Ijazah Buat Pemimpin PH Jadi Kelam Kabut Ayam
Kelam kabut masing2 kata tak pernah mengaku ada ijazah...π€π€π€
Zuraidah kata dia tak pernah mengaku graduan dari National Universiti Singapore (BACA DI SINI)...π€π€π€
Nie mesti Bernama yang salahkan...πππ
Mat Sabu punya skrip pulak sama macam Zuraidah, saya tak pernah kata ada ijazah tapi walau pun tak ada ijazah dalam kulinari, saya pandai memasak (BACA DI SINI)...π¨π³π¨π³π¨π³
Mungkin Mat Sabu lupa yang dia Menteri Pertahanan dan bukannya pengacara masak memasak!!!
Nie lagi syahdu, dia kata orang fitnah, kata dia ada ijazah (BACA DI SINI) dan juga (BACA DI SINI)...
Anak siapalah yang buat fitnah tu...πππ
Menteri Kewayangan, LGE, punya cerita lain sikit...
Memang betul dia ada ijazah, tapi mau kasi 'up' sikit...
Perasan dan mengaku akauntan bertauliah...
Dapat tauliah bukan dalam Malaysia, tapi 'obersee'!!!
Tapi kantoi (BACA DI SINI)...π€π€π€
Nie Semua Salah Najib
Bila dah tak tahan dan tak boleh nak jawab isu ijazah palsu dan menipu ada ijazah, PH mula gunakan strategi lapuk 'semua salah Najib'...
Untuk alihkan perhatian rakyat pada pemimpin PH yang beli ijazah dan menipu ada ijazah, PH cuba 'divert' perhatian dengan cuba pertikaikan ijazah Datuk Seri Najib...
DAP melalui ADUN Keranji, Perak, Chong Zhee Min, cuba mengalih isu ijazah palsu dan menipu mempunyai ijazah pemimpin PH dengan mengatakan dakwaan Datuk Seri Najib mempunyai ijazah dari Universiti Nottingham, UK, di ragukan kerana beliau tidak menamatkan pelajarannya di sana (BACA DI SINI)...
Dakwaan Chong Zhee Min ternyata palsu kerana Datuk Seri Najib bukan saja membuktikan ijazah yang di perolehi adalah sah secara lisan dan bertulis (BACA DI SINI)...
Malah Malay Mail, melapurkankan menerima e mail dari Universiti Nottingham, UK, yang mengesahkan Datuk Seri Najib menamatkan pengajian Ekonomi Perindustrian pada peringkat Ijazah Pertama di sana...
Manifesto Tipu, Ijazah Palsu, Patitlah Kerajaan Pun Merapu!!!
Apa lagi yang boleh kita harapkan dari kerajaan Pakatan Harapan!!!
Memang betul dan tak siapa nafikan, semua ahli politik di pilih oleh rakyat dan ia bukannya jawatan yang di lantik...
Memang betul, kelayakan akademik bukan syarat utama untuk menjadi ahli politik...
Tapi untuk menjadi menteri dan timbalan menteri, kelayakan akademik memainkan peranan yang penting di samping integriti dan dedikasi seseorang...
Bolehkah seorang yang cuma berkelulusan UPSR atau PT 3 di lantik mengetuai sebuah syarikat bertaraf korperat atau konglomerat dengan cuma berdasarkan integriti dan dedikasi yang ada padanya?
Jawapannya, dah tentu TIDAK!!!
Kalau untuk mengetuai sebuah syarikat yang bertaraf dunia pun tak layak, apakah dalil yang membolehkan mereka di lantik memegang jawatan menteri yang bertanggungjawab untuk mentadbir negara?
Apa pula penerimaan negara luar bila mendapat tahu barisan menteri kita terdiri dari pelajar2 yang keciciran dalam pelajaran?
Di mana pula integriti mereka bila menipu seluruh negara dengan mengaku mempunyai ijazah?
Menteri Kesihatan Sepanyol, Carmen MontΓ³n melatakkan jawatan kerana rahsia memiliki ijazah sarjana palsu terbongkar (BACA DI SINI)...
Tapi di Malaysia, menteri, timbalan menteri yang memiliki ijazah palsu, menipu ada ijazah, di pertahankan...
Memalukan bila jawatan menteri kanan kita di pegang oleh manusia penipu seperti Guan Eng dan Mat Sabu...
Menteri Besar, Menteri dan Timbalan Menteri pula di pegang oleh penipu seperti Faizal Azumu, Osman Sapian, Zuraidah, Marzuki, Mahfooz...
Menteri kanan penipu dan menteri kiri pun penipu...
Patutlah kenyataan, keputusan dan dasar2 yang di buat semuanya merapu!!!
Pada menteri kanan dan kiri penipu nie, admin nak tanya, ada lobang nak dapatkan Sijil Penilaian Darjah 3 palsu tak, sebab teman punya dah hilang...
Alaaa, takkan tak der, Sijil Penilaian Darjah 3 jer pun, bukannya nak ijazah palsu pun!!!
0 comments:
Post a Comment