Monday, February 25, 2019

Jangan Bohong DAP Tiada Niat Jatuhkan Mahathir

Kronologi Asakan DAP Terhadap Dr. Mahathir


Bila rancangan dah bocor, DAP cuba menafikan adanya usaha untuk melakukan undi tak percaya pada Dr. Mahathir bila parlimen bersidang nanti (BACA DI SINI)...

Tapi macam biasalah, namanya pun dah DAP...

Apa yang di cakap, tak sama dengan apa yang di buat...

Berikut adalah kronologi asakan DAP pada Dr. Mahathir :

Ramkarpal Singh (Ahli Parlimen Bukit Gelugor)


13 Jun 2018 :

Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa tindakan Tun Daim Zainuddin memanggil Tun Md. Raus Sharif dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin tidak melampaui bidang kuasa Majlis Penasihat Kerajaan adalah tidak betul dan bercanggah dengan kedaulatan undang2...

Wong Kah Woh (Ahli Parlimen Ipoh Timur)


2 Julai 2018 :

Kegagalan Tun Dr Mahathir melantik Chong Chieng Jen dan Nga Kor Ming sebagai Menteri adalah tidak berpatutan (BACA DI SINI)...

Charles Santiago (Ahli Parlimen Klang)


6 September 2018 :

Kenyataan Tun Dr Mahathir mengenai kenaikan kadar gaji minimum sebanyak RM50 adalah satu penghinaan kepada 15 juta tenaga kerja di Malaysia...

Ramkarpal Singh (Ahli Parlimen Bukit Gelugor)


8 Oktober 2018 :

Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa kerajaan tidak menetapkan had masa tertentu bagi memansuhkan Akta Hasutan adalah sangat di kesali...

18 Oktober 2018 :

Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Manifesto Pakatan Harapan menjadi beban yang besar kepada Pakatan Harapan adalah tidak tepat...

10 Disember 2018 :

Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa pilihan raya tempatan akan membawa kepada konflik perkauman dan meluaskan jurang bandar dan desa adalah tidak kena pada tempatnya dan hanyalah satu andaian beliau sahaja...

13 Februari 2019 :

Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa 7 Ahli Parlimen UMNO yang di terima masuk ke dalam Bersatu telah berubah adalah tidak betul...

Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Iskandar Puteri)


11 Disember 2018 :

Tun Dr Mahathir mungkin tidak mempunyai maklumat yang betul bila menyatakan bahawa pilihan raya tempatan akan membawa kepada konflik perkauman dan meluaskan jurang bandar dan desa...

14 Disember 2018 :

Semua kemajuan dalam usaha anti rasuah akan terbatal dan terjejas jika kepimpinan politik gagal memberikan komitmen kepada matlamat menukar Malaysia daripada sebuah kleptokrasi global kepada sebuah negara berintegriti dengan menerima masuk Ahli-Ahli Parlimen, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ketua-Ketua Bahagian UMNO ke dalam Pakatan Harapan...

Ronnie Liu (Setiausaha DAP Selangor)


12 Disember 2018 :

Jika pemimpin UMNO adalah sampah yang tidak berguna, saya berharap Tun Dr. Mahathir tidak akan menjadi seorang pengutip sampah dan memasukkan mereka ke dalam Bersatu...

13 Februari 2019 :

Adalah sangat menyedihkan apa yang Tun Dr Mahathir sedang lakukan, menerima masuk sampah seperti ini...

Khoo Poay Tiong (Ahli Parlimen Kota Melaka)


16 Disember 2018 :

Penerimaan masuk bekas2 pemimpin dan ahli UMNO ke dalam Pakatan Harapan adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat dan ahli2 Pakatan Harapan yang telah berjuang melawan rejim Barisan Nasional...

Dr. Ong Kian Ming (Ahli Parlimen Bangi)


13 Februari 2019 :

Saya tidak fikir penyokong2 Pakatan Harapan mengundi kita untuk melihat UMNO 2.0 kembali berkuasa...

Lim Guan Eng (Ahli Parlimen Bagan)


17 Februari 2019 :

Kemasukan Bersatu ke Sabah dan penerimaan masuk ahli2 UMNO ke dalam Bersatu perlu di bincangkan di dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan...

Dr. Boo Cheng Hau (AJK DAP Johor)


19 Februari 2019 :

Tun Dr Mahathir perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana tidak mempunyai keyakinan ke atas diri sendiri dan ke atas Manifesto Pakatan Harapan...






Kredit :

FB Dr. Kamarul Yusuf

0 comments:

fda

Archives