Friday, February 15, 2019

Lagi Azmin Panggil Pencuri, Lagi Bergema BossKu Di Semenyih


Fuyoo...

Meremang bulu roma dengar ucapan berapi2 Jemin nak tunggu Datuk Seri Najib kat Semenyih...😓😓😓

Lagi 'rare' siap nak tangkap wooo...🤭🤭🤭

Boleh jadi gigil kepala lutut, jangan memain dengan Jemin...😂😂😂


Walao wei...

Boleh jadi demam Jemin dengar per yang DS Najib cakap...🤒🤒🤒

"Saya sebenarnya pencuri hati rakyat"...😍😍😍

DS Najib tetap akan menjadi DS Najib...

Darah dan semangat pahlawan Bugis yang di warisi dari Almarhum ayahanda beliau, Tun Razak, mengalir di setiap urat dan tubuh badan beliau...

Demi kasih sayang beliau kepada rakyat, walau pun berbagai fitnah dan tohmahan di lemparkan, beliau tidak akan berundur ke belakang walau pun setapak...

Sambutan Rakyat Semenyih Membawa Khabar Duka Kepada PH


Hakikatnya, kedatangan DS Najib ke Semenyih adalah mimpi ngeri pada PH...

Apa lagi bila melihat sambutan yang di berikan oleh rakyat tempatan pada DS Najib...


Pasti aura kekalahan PH di PRK Cameron Highland makin PH rasakan...

Laluan Yang Cukup Sukar Untuk PH Dalam PRK DUN Semenyih


Kerjasama antara UMNO dan PAS dah memang tak dapat nak PH nafikan sebagai barah yang menyelinap dan menusuk bagi PH...

Bila tenguk sambutan rakyat Semenyih, barah tu jadi semakin membusuk dalam hati pemimpin PH...

Sebab tu lah, awal2 lagi PH dah mula gunakan strategi busuk yang sama masa PRU 14 dulu...

Fitnah, putar belit kenyataan, ugut dan menghasut rakyat dengan cerita2 bohong :

Cuba Burukkan Imej PAS Bila Presiden PAS Tarik Balik Saman Terhadap Sarawak Report


Bila Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang tarik balik saman terhadap Sarawak Report dengan menyelesaikannya di luar mahkamah, PH cepat ambil kesempatan dengan memutar belitkan fakta dan menuduh PAS juga adalah parti yang mengamalkan rasuah...

Tapi akhirnya SPRM dedahkan, Menteri Luar PH yang lesapkan duit berjuta ringgit (BACA DI SINI)...

Cubaan Azmin Menimbulkan Kemarahan Rakyat Dengan Tuduhan Basi Datuk Seri Najib Pencuri, Memakan Diri


Tak sampai 24 jam Azmin dengan bersemangat ala2 hero beri amaran akan tunggu dan tangkap Datuk Seri Najib kalau beliau datang ke Semenyih (BACA DI SINI), sambutan rakyat tempatan pada Datuk Seri Najib masa datang ke TESCO Semenyih, buatkan Azmin terkedu, mungkin kena bius kali kedua kut...😛😛😛

Ugut Rakyat


Azmin gunakan isu pembangunan untuk mengugut rakyat supaya pilih PH dalam PRK DUN Semenyih...

Mesej yang Azmin nak sampaikan jelas, kalau tak undi PH, maka pembangunan Semenyih akan di hentikan (BACA DI SINI)...

Menjanjikan Bulan Dan Bintang Pada Pengundi Semenyih


Samalah juga macam kempen PRU 14 dulu, janji manis kembali di dendangkan PH pada pengundi2...


Walaupun liriknya dah pincang dan melodinya dah sumbang, tapi PH tetap percaya, rakyat masih setia nak dengar lagu yang di dendangkan oleh pemimpin2 mereka!!!


Jampi serapah PH masa PRU 14 pun di bacakan semula, manalah tahu kut2 mujarabkan...

Serapahnya mudah, asal Najib aka UMNO aka PAS semuanya salah, asal PH semuanya betul!!!


Memang betullah per yang Azmin katakan, Melayu Semenyih bijak2...

Jadi kepada Azmin yang memulakan slogan Pencuriku dan pada totok2 PH yang cuba mempopularkan #Pencuriku, tenguklah mesej awal yang di berikan oleh rakyat Semenyih (jangan cakap abang tak payung, yer)...

Tahniah rakyat Semenyih kerana pandai membezakan yang mana kaca, yang mana permata...

Banyak lagi aksi2 lawak tahap dewa dari badut2 PH, akan kita saksikan dan akan kami sampaikan...


Khas untuk rakyat Semenyih, admin payung satu lagu...

Dan pada badut2 PH, datanglah beramai2 ke Semenyih supaya kami semua terhibur dengan lawak tahap dewa kamu semua...

Lagi pun :

#MaluApaBossKu
#BeeBeeBeeBisherBisher

0 comments:

fda

Archives