Friday, March 1, 2019

Anwar Tiada Bukti Hadi Bayar Clare RM1.4 juta!!!


Anwar Ibrahim kata akan dedahkan 'bukti' PAS bayar kira2 RM1.4 juta kepada Clare Rewcastle Brown dalam ceramah yang akan di adakan waktu malam di Semenyih pada 27 Februari 2019...



'Bukti' tu Anwar akan tunjukkan sebab PAS nafikan buat bayaran Rm1.4 juta pada Clare supaya cerita mengenai duit sebanyak RM90 juta yang kononnya PAS terima dari 1MDB...

Jadi ramai yang tak sabar2 nak tunggu 'bukti' yang akanndi tunjukkan Anwar untuk membuktikan kebenaran dakwaan Anwar bahawa PAS memang ada buat bayaran pada Clare sebanyak RM1.4 juta...

Anwar Tunjukkan 'Bukti' Transaksi Duit Ke Dalam Akaun Clare


"Saya Anwar Ibrahim, saya tidak akan cakap jika tiada bukti"...

"Saya ada fakta, memang ada bukti Ustaz (Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) bayar RM1.4 juta kepada Clare", dengan bajet2 konfiden Anwar cakap...🤭🤭🤭



Anwar kata dia ada penyata @ transkrip bank yang membuktikan PAS bayar RM1.4 juta pada Clare...

Tapi kenapa yang Anwar tunjukkan tu cuma kertas fotostat gelap, terlebih ink ker mesin fotostat tu...😂😂😂



Alasan Anwar sebab tak nak bagi wartawan ambil gambar...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Laa, namanya pun dah 'bukti', mestilah wartawan nak tenguk dan nak ambil gambar!!!





Jadi, nie lah dia 'bukti' atau penyata bank yang Anwar kata tu...

Admin tak nak cakap apa2, cuma nak tanya, pernah ker sesiapa tenguk penyata bank camtu...

Yang bertulis kat tengah2 kertas tu cuma sejemput tapi Anwar kata tertulis kat situ 'bayaran dari PAS kepada Clare sebanyak RM1.4 juta'!!!

Korang nilaikanlah sendiri...

Anwar Kata Akan Tunjukkan Transkrip Bank Sebenar Lepas PAS Nafikan





Apa yang Anwar tunggu lagi, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin dah nafikan apa yang Anwar cakap dan minta Anwar tunjukkan 'bukti' dokumen yang ada...

Maksudnya, dokumen transkrip yang terang dan nyatalah yer, bang Non...

Bukannya kertas fotostat yang hitam dan tak boleh nak baca apa2...

Cerita 6 Kotak Misteri Berulang


Tentu ramai masih ingat tentang cerita 6 kotak misteri yang Anwar dakwa mengandungi bukti rasuah dan salah laku pemimpin UMNO dulu...

Bila di minta Anwar kemukakan bukti2 dari 6 kotak tu, Anwar kata ada pada Ezam...

Tapi bila di minta Ezam tunjukkan 6 kotak tu Ezam kata :

"Kalau ada pada saya, dah tentu saya tunjukkan"...

"Saya konsisten dengan perjuangan membenteras rasuah"...

Ezam juga berkata, ketika masih bersama PKR, beliau pernah menyuarakan kepada Anwar supaya pemimpin nombor satu parti itu mendedahkan kandungan kotak2 itu, tapi Anwar minta beliau supaya 'tunggu untuk (faedah) politik'...

Jadi sekarang nie, dah boleh jadi 7 kotaklah kut...😂😂😂

Kenyataannya Tak Ada Apa Yang Anwar Boleh Buktikan


Sebenarnya, sama ada cerita 6 kotak atau cerita transkrip bank bayaran PAS pada Clare, cuma cerita dongeng Anwar...

Kalaulah betul pembayaran tu ada, kenapa Mahathir atau DAP atau PAN atau Clare sendiri tak tampil menyokong dakwaan Anwar?

Kenapa cuma Anwar jer yang nampak macam syok sendiri buat dakwaan tu...

Tujuan Anwar buat cerita dongeng rakyat nie sebenarnya sebab usaha Anwar nak jatuhkan Mahathir kali kedua dah terbongkar (BACA DI SINI), jadi Anwar perlu cipta satu isu supaya perhatian semua orang dapat di alihkan dari bercakap tentang usaha nak jatuhkan Mahathir...

Sangkaan Anwar, dia boleh memperbodohkan rakyat dengan cerita dongeng macam nie tapi Anwar tak sedar, sebenarnya, dia memperlihatkan kebodohan dia pada rakyat!!!

0 comments:

fda

Archives