Saturday, March 30, 2019

Yang Tersirat Di Sebalik Tersurat Dari Kenyataan Nurul Izzah Mengkritik Tun M


Laman blog nie pernah menyiarkan artikel mengenai kekecewaan Nurul Izzah terhadap kepimpinan Pakatan Harapan (BACA DI SINI)...


Dalam satu temuramah bersama wartawan The Star, Sumiko, Nurul Izzah secara jelas mengatakan bahawa bukan mudah untuk berkerja dengan seorang bekas diktator yang telah melakukan banyak kerosakan bukan saja kepada keluarga beliau malah kepada sistem pentadbiran negara...

Kenyataan Nurul Izzah Membuat Pembodek Tun Mahathir Melenting


Antara yang mula2 mempertahankan Tun Mahathir ialah Azmin Ali...

Dengan nada sinis Azmin menyindir Nurul Izzah kerana di anggap mengeluarkan kenyataan yang tajam ke atas bos dia (BACA DI SINI)...


Setiausaha Politik Tun Mahathir, Abu Bakar Yahya pula kata Nurul Izzah yang arif dalam arena politik, masih belum cukup matang, tidak rasional serta emosi dalam memahami pendirian Dr Mahathir serta kerajaan (BACA DI SINI)...

Arif dalam politik tapi belum matang tak rasional dan emosi, kira2 maksudnya itu apa ABY...🤯🤯🤯


Anwar Ibrahim yang pada mulanya di lihat berdiam diri, akhirnya panas hati bila 'anak janda' dia di serang bertubi2...

Jangan sibuk pasal dia, tumpukan pada kerja bangunkan negara, sindir Anwar pada Azmin (BACA DI SINI)...

Apa Tujuan Sebenar Nurul Izzah Buat Kritikan Terbuka Pada Tun M?


Kalau ikut skrip yang tersurat, kritikan Nurul Izzah terhadap Tun M ialah kerana beliau kecewa dengan sikap Tun M yang membelakangkan janji PH untuk mempunyai sistem semak dan imbang dalam PAC (BACA DI SINI)...

Sebelum PRU 14, PH berjanji akan melantik ahli parlimen dari parti pembangkang untuk menjadi Pengerusi PAC sekiranya menang PRU 14...

Isu timbul bila Pengerusi PAC, Ronald Kiandee, yang sebelumnya dari Barisan Nasional sewaktu di lantik telah melompat ke PPBM dan Tun Mahathir bertegas untuk mengekalkan jawatan Pengerusi PAC pada Roland Kiandee walau pun beliau telah berada di kerusi kerajaan...

Admin tak berminat nak bincangkan sama ada betul atau pun tidak apa yang Nurul Izzah kata...

Admin juga tak berselera nak bincangkan sama ada betul atau tidak Tun M diktator atau tidak, sebab rasanya satu Malaysia, malah satu dunia dah tahu...

Apa Yang Berlaku Adalah Memang Di Rancang


Apa yang admin nak ketengahkan ialah beberapa pendapat yang pada admin mempunyai asas :

Anwar Ibrahim satu nama besar dalam politik tanah air...

Anwar memang di kenali sebagai ahli politik yang bercita2 tinggi dan bukan rahsia lagi, jawatan Perdana Menteri memang menjadi impian dan buruan Anwar bermula hari pertama dia masuk ke dunia politik...

Kalau Tun Mahathir yang licik pun boleh terpedaya dengan Anwar, apa lagi rakyat marhein...

Sebagai seorang yang oprtunis, Anwar bijak memanupulasi apa atau siapa saja di sekeliling dia, asalkan membawa keuntungan pada dia...

Dalam sejarah politik Anwar, siapa yang tak pernah dia gunakan?

Pemimpin politik, ahli akademik, ulamak, rakan2, penyokong tegar, rakyat, malah ahli keluarga juga pernah di gunakan untuk survivor politik beliau...

Tindakan Tun M Tidak Selari Dengan Janji


Anwar tahu bahawa Tun M bukanlah seorang yang boleh di percayai janji2nya...

Pada bila2 masa, Tun M boleh dan akan memungkiri janji dengan menggunakan berbagai alasan...

Waktu yang di janjikan oleh Tun M untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar semakin hampir tapi ironinya, tindakan Tun M tak menggambarkan bahawa beliau akan menyerahkan kerusi Perdana Menteri pada Anwar...


Perlantikan Azmin Ali (yang di lihat oleh pemerhati politik sebagai saingan terdekat Anwar) sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi di lihat sebagai petanda awal Anwar sekali lagi akan kena game oleh Tun M...

Memancing MP UMNO ke Bersatu, memberikan gambaran yang jelas akan perancangan Tun M...

Bahang makin di rasakan Anwar bila namanya turut di ketepikan dari menganggotai MTEN yang baru di lantik...

Dan terkini, Tun M memberi isyarat bahawa kerusi Perdana Menteri tak akan di serahkan pada Anwar, bila Tun M membuat kenyataan bahawa Malaysia memerlukan lagi 3 tahun untuk kembali memulihkan ekonomi...

3 tahun maksudnya selepas PRU 15 kerana mengikut sejarah pemerintahan Tun M, parlimen tak pernah bertahan lebih dari 4 tahun!!!

Strategi Anwar Memakan Diri Sendiri


Anwar perlu lakukan sesuatu yang dapat melonjakkan semula namanya dalam politik tanah air, di samping memberi amaran pada Tun M bahawa dirinya masih mempunyai pengaruh yang kuat...

Lalu timbullah perancangan untuk melakukan undi tidak percaya terhadap Tun M, sebaik saja bermula persidangan Dewan Rakyat Kali Ke 14, Penggal ke 2...

Tapi Tun M telah terlebih dahulu menghidu perancangan Anwar lalu menggunakan kesempatan permohonan PAS untuk menemuinya, yang pada asalnya untuk membincangkan mengenai royalti minyak Terengganu dan Kelantan tapi bayaran royalti itu di gunakan oleh Tun M sebagai insuran sokongan PAS terhadap Tun M, sekiranya undi tidak percaya menjadi kenyataan...

Tun M berjaya mendapatkan persetujuan PAS, dan rancangan Anwar gagal!!!

Anwar mula menyerang PAS, bukan sekadar kerana marah, malah supaya kepimpinan PAS di beri tekanan oleh akar umbi dengan persetujuan PAS itu...


Anwar mula spin cerita bayaran RM90 juta yang kononnya PAS terima dari UMNO menjelang PRU 14 yang lalu...

Bila siasatan SPRM mengesahkan tidak wujud isu RM90 juta maka sekali lagi Anwar gagal!!!


Lalu Anwar sekali lagi cuba menyerang PAS dengan cerita kononnya PAS membayar Clare sebanyak RM1.4 juta sebagai persetujuan menarik balik saman Hj. Hadi terhadap Sarawak Report...

Bila terbongkar sebenarnya Anwar yang memberikan duit RM1.4 juta pada Rameli untuk di berikan kepada Clarre, sekali lagi Anwar gagal (BACA DI SINI)...

Isu Pengerusi PAC Seolah2 Menjadi Talian Hayat Pada Anwar, Tapi...


Bila isu Pengerusi PAC di bangkitkan, maka Anwar yang dah tercalar imejnya kerana cubaan menyerang PAS memakan diri sendiri, terpaksa menggunakan Nurul Izzah untuk kembali menarik simpati dan sokongan...

Apabila Nurul Izzah menyerang Tun M dengan mengaitkan semula gelaran diktator kepada Tun M, ini sudah pasti akan membuatkan luka lama berdarah kembali...

Cerita2 kezaliman Tun M, tidak dapat tidak, akan kembali di dendangkan dan dalam masa yang sama, Anwar berharap supaya sokongan dan simpati akan kembali pada dirinya...

Tapi Anwar sebenarnya sedang bermain dengan api...

Ramai pemerhati politik berpendapat, strategi Anwar pada kali ini adalah DO or DIE...


Tapi sama ada Anwar sedar atau tidak, api yang di nyalakan Anwar di lihat sedang membelah PKR kepada 2 blok...

Ibarat retak menanti belah, kritikan Azmin secara terbuka terhadap Nurul Izzah sudah jelas mentafsirkan perpecahan dalaman PKR...

Apabila ini berlaku, maka Anwar akan tiba ke penghujung karier politiknya dan sekali lagi nampaknya Tun M akan menang dalam pergeseran ini...

0 comments:

fda

Archives