Sunday, March 10, 2019

Tun Mahathir, Janganlah Jadi Seperti Orang Yang Gila Talak

Janganlah Terus Bernostalgia


🎶Asal Kapas, Jadi Benang🎶
🎶Dari Benang, Di Buat Baju🎶
🎶Barang Lepas, Jangan Kenang🎶
🎶Sudah Jadi Orang Baru, Mengapa Di Rindu🎶

Dalam laman blog beliau, Mahathir memberikan 2 hujah tentang pandangan beliau mengenai kerjasama UMNO dan PAS... 

Hujah Pertama 



☆ Mahathir bernostalgia mengenai cerita politik lama, tentang naratif PAS mengkafirkan UMNO dan Amanat Haji Hadi sebagai hujah utama mengapa bagi beliau, kerjasama ini bermasalah...

》 Mahathir lupa, tercatit di dalam sejarah, hubungan yang tegang antara UMNO dan PAS berlaku adalah di era beliau menjadi Perdana Menteri yang ke 4 selama 22 tahun...

Puncanya adalah kerana sikap Mahathir yang sejak dahulu hingga sekarang menentang dan berdendam dengan PAS (BACA DI SINI)
dan (DI SINI)...

Mungkin kerana rekod politik Mahathir pernah tercalar akibat kekalahan dalam PRU 3 pada tahun 1969 dengan majoriti 989 undi kepada Mursyidul Am PAS yang pertama Allahyarham Tuan Haji Yusuf Rawa di parlimen Kota Setar, Kedah...

》Soal sembahyang 2 imam, kafir mengkafir dan pelbagai lagi tuduhan terhadap PAS adalah cerita lama yang di ulang2 tanpa sudah...

Sedangkan perkara tersebut tidak lagi berlaku dalam Malaysia pasca moden...

Nampaknya itu sahaja naratif Mahathir untuk PAS...

Mungkin Mahathir masih hanyut dengan nostalgia lama dan tak sedar, orang Melayu telah lama melupakan naratif tersebut... 

PAS telah lama menjadi parti Islam yang 'sophisticated'... 

Dengan slogan 'Islam Untuk Semua' dan 'Membangun Bersama Islam', PAS telah menjadi pergerakan politik yang di hormati... 

Jika tidak, masakan DAP dan PKR pernah bersekutu dengan PAS!!!

Dan Mahathir sendiri, sebelum PRU 14 lepas, bermati2an cuba mendapatkan kerjasama PAS untuk menentang BN...

Cercaan Mahathir pada PAS telah membuakkan rasa tidak senang pelbagai pihak kerana ia sangat merugikan umat Melayu - Islam khususnya... 

Sifat tertutup, dan tidak besar hati pimpinan Mahathir telah memecah belahkan umat Melayu dalam pelbagai kelompok selama ini...

Hujah Kedua



☆ Kerjasama PAS dan UMNO akan menghalalkan jenayah Datuk Seri Najib dan mengembalikan beliau sebagai seorang pencuri semula (BACA DI SINI)...



》 Sudah tiba masanya untuk Mahathir duduk dan merenung situasi politik sekarang...

Janganlah nama Najib menjadi ratib zikir Mahathir pada usia sebegini... 

Naratif '1MDB', 'kecurian' mahupun 'kleptokrasi' sudah muak di dengari rakyat, tatkala kos sara hidup, gaji, perumahan kos rendah dan insentif2 pro-kebajikan untuk mereka samada tidak beransur naik, sudah di hapuskan atau berkurangan...

Ya, awam akui tindakan mahkamah telah di mulakan... 

Kenapa tidak kita serahkan kepada pihak berkuasa dan sistem kehakiman untuk menentukannya... 

Sehingga sesuatu itu terbukti salah, maka kita tidak boleh sepenuhnya menghukum secara total... 

Bukankah itu 'Rule Of Law' yang Mahathir selalu pekikkan?

Sudah wujud naratif baru yang sedang menggantikan 'kleptokrasi', iaitu kerajaan 'kakistokrasi', 'kelentongkasi' dan 'daddykasi' pimpinan Mahathir yang merugikan rakyat marginal dan menguntungkan kroni kapitalis semata2...

Kerjasama UMNO dan PAS demi watan akan menjadi ketumbukan politik yang bakal mengubah lanskap berpolitik dan bernegara..

Ia akan menyatukan orang Melayu pada tahap yang tidak pernah kita lihat sebelum ini...

Ingatlah peringatan Allah swt :


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


وَالْعَصْرِ (١
إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (٢
إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (٣


Mafhumnya :

1) Demi Masa!!!

2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian...

3) Kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan2 dengan kebenaran serta berpesan2 dengan kesabaran...

Surah Al Asr : 1 ~ 3

UMNO dan PAS tidak ingin lagi membuang masa dengan bercakaran tanpa henti... 

Telah tiba masanya melakukan kebaikan dan amal soleh untuk bangsa dan tanahair melalui kerjasama politik...

Urusan kerjasama UMNO dan PAS adalah urusan pemimpin UMNO dan PAS...

Biarkanlah pemimpin UMNO dan PAS mengurusnya... 

Sama ada ia akan berjaya atau sebaliknya, terpulang lah kepada ikhtiar pemimpin UMNO dan PAS...

Namun kami yakin, In Sya Allah, dengan keikhlasan kepimpinan UMNO dan PAS sekarang, serta doa rakyat Malaysia yang cintakan penyatuan ummah, ianya akan di permudahkan oleh Allah swt serta menjadi kenyataan...

Rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama, terutamanya masyarakat Melayu Islam menyambut baik usaha yang sedang di lakukan...



Hakikatnya, inilah yang mereka harapkan...

Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama rindukan kehidupan yang harmoni dengan nilai2 toleransi seperti di era pra kemerdekaan...

Kami doakan yang terbaik jua untuk Bersatu dengan kekasih baru, DAP, supaya dapat jalan bersama, kerana itulah yang Mahathir pilih dan dukung...

Tentang UMNO dan PAS yang Mahathir sendiri tinggalkan, tak perlulah campurtangan lagi...

Janganlah jadi seperti janda atau duda yang gila talak, kerana Mahathir sendiri dah jatuhkan talak tiga dan tak mungkin DAP sanggup jadi Cina Buta...






Dari tulisan asal :

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Naib Presiden UMNO

0 comments:

fda

Archives