Monday, April 22, 2019

SST Mansuh, Copy Paste GST Dengan Nama NST...🀭🀭🀭

|0 comments

8 Ogos 2019, masa bentangkan usul RUU Cukai Perkhidmatan dan RUU Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 dalam Dewan Rakyat, Lim Guan Eng @ Ah Beng @ Nabita dengan lawak bodoh menutup ucapan beliau dengan mengatakan "akhirnya  GST sudah mati" (BACA DI SINI)...


Kalau tak percaya, cuba tengok video klip kat atas...


Dalam perbahasan RUU Cukai Perkhidmatan dan RUU Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 tu, Tony Pua @ Ponny Tua, dengan konfiden cakap dengan regim cukai SST, harga barang akan lebih murah...πŸ•ΊπŸ•ΊπŸ•Ί


Menteri Pertanian pulak siap buat sidang media bersejarah bila mengumumkan harga telur turun 2 sen untuk buktikan hebatnya SST dalam menurunkan harga barang...🀭🀭🀭


Teringat balik satu masa dulu, macam mana Guan Eng dengan yakin kata apa yang kerajaan bagi terutamanya BRIM, PH juga boleh bagi walau pun mansuhkan GST...


Siap menganjing dengan lagu GST dari Guan Eng, ingat tak...

Kehebatan Mahathir Hidupkan Arwah Yang Dah Ah Beng Isytiharkan Mati


Baru2 nie pulak Mahathir bagi signal nak U-Turn keputusan memansuhkan sistem cukai GST...


Tapi Mahathir is Mahathir and he will always be Mahathir, dulu, kini dan selamanya...

Sistem cukai yang baru tu, Mahathir TIDAK AKAN sekali2 akan setuju menggunakan nama GST...

Walau pun regim cukai tu 100% sama atau 'copy paste' sistem GST tapi namakanlah apa saja, janji bukan GST...

Mungkin letak nama NST akan Nabita Service Tax, kemungkinan besar Mahathir pasti akan setuju...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Alasan Sebenar Kerajaan PH Nak U-Turn


Kerajaan Kehilangan Puluhan Bilion Ringgit Setahun Dengan SST


Sebelum kerajaan PH laksanakan SST pada 1 September 2018, bukan DS Najib aka Bossku saja yang mempersoalkan tindakan itu malah Bank Dunia sendiri mempersoalkannya...

Mengikut Bank Dunia, Malaysia akan kehilangan pendapatan antara RM20 bilion ke RM 21 bilion setahun dengan perlaksanaan SST...

Bank Dunia juga persoalkan, apakah yang akan kerajaan lakukan untuk menampung kehilangan pendapatan itu? (BACA DI SINI)...

Kehilangan pendapatan negara berpunca dari ketelusan sistem GST yang dapat mengelakkan 'Black Economy' (aktiviti lari cukai) kalangan peniaga berbanding sistem SST yang akan membuka ruang seluas2nya pada 'Black Ecomomy'...

Malaysia Akan Alami Masaalah Kekurangan Aliran Tunai Yang Serius


Untuk menjana pembangunan dan membantu kerancakan aktiviti ekonomi domestik, kerajaan memerlukan aliran tunai yang baik...

Dengan aliran tunai yang baik, kerajaan boleh membantu rakyat memainkan peranan merancakkan ekonomi domestik dengan memberi bantuan kewangan seperti pinjaman perniagaan...

Hasilnya akan berbalik kepada kerajaan dalam bentuk cukai...

Kerajaan Akan Kehilangan Pendapatan Bulanan


Hasil kutipan GST akan membolehkan kerajaan mengutip cukai setiap bulan manakala hasil kutipan SST hanya akan dapat di pungut setiap tahun...

Keadaan ini menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan bulanan...

Analogi yang mudah ialah kita sangat2 memerlukan majikan kita membayar gaji kita secara bulanan untuk kita uruskan keperluan rumahtangga kita...

Bayangkan kalau majikan kita yang selama ini membayar kita secara bulanan, tiba2 memberitahu, mulai bulan depan majikan hanya akan bayar gaji kita setahun sekali, anak bini kita nak makan apa yer...πŸ€”πŸ€”πŸ€”

Inilah yang sedang berlaku kepada kerajaan PH sekarang...

Malaysia sedang hadapi massalah aliran tunai yang cukup serius...

Sebab itu kerajaan terdesak untuk mengurangkan perbelanjaan dengan membuang seberapa banyak penjawat awam dan menjual aset2 negara...

Janji Populis PRU 14 Buatkan Rakyat Menderita


Akibat terlalu ghairah untuk melaksanakan janji2 populis PRU 14, akhirnya kerajaan membuat dasar yang salah dan akibatnya di tanggung oleh rakyat marhein...


Tapi buat kata Tok Mat Hassan, nak salahkan menteri2 PH pun tak boleh jugakan...

Sebab memang dah terbukti kebangangannya sejak jadi kerajaan...


Jadi dalam PRU 15 nanti, kita tolak PH...


Kalau nak rasa hari2 minum 3 sudu sawit, teruskanlah sokongan pada PH yer...

Sunday, April 21, 2019

Perbicaraan DS Najib Cuma Helah Untuk Tutup Tembelang Mahathir Dan Daim Beri Beribu Ekar Tanah Pada China!!!

|0 comments

Laman blog ini ada menyiarkan jawapan2 pada penyokong2 PH dan penyokong totok Mahathir yang dah buta mata hati dia mengenai isu diskaun RM21.5 bilion yang kononnya Daim dapatkan dari China bila projek ECRL di rundingkan kali kedua (BACA DI SINI)...





Yang penting sekali adalah, dengan diskaun yang di berikan sebanyak RM21.5 billion itu, CCCC pula telah menerima sejumlah 4,500 ekar tanah di tujuh lokasi berhampiran dengan stesen2 yang ECRL akan berhenti...

Bukankah ini yang di sebut oleh Mahathir sebagai menjual Malaysia ke China?

Pada asalnya, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (SEDC) di tugaskan untuk membangun tujuh taman perindustrian di sekitar stesen2 ECRL itu (dan ini adalah tujuan utama projek ECRL ini)...

ECRL akan membawa pembangunan kepada taman2 industri ini seperti apa yang berlaku pada 'high-speed rail' di United Kingdom (Manchester, kini adalah kawasan pembangunan yang paling pesat di UK)...

Sekarang, China telah di berikan beribu2 ekar tanah di sekitar tujuh stesen beserta dengan hak untuk membangunkan taman2 perindustrian itu sekali...

Jadi, diskaun sebanyak RM21.5 billion adalah sangat kecil jika di bandingkan dengan beribu2 ekar tanah  berserta dengan hak untuk membangunkan 7 taman perindustrian yang di beri kepada China...

Rakyat Malaysia sekali lagi di perbodohkan...

Kononnya, DS Najib membayar kos projek ECRL dengan harga lebih tinggi dan Daim pula berjaya mengurangkan kosnya sebanyak RM21.5 bilion kepada RM44 bilion... 

Maknanya, DS Najib di gambarkan samada bodoh atau penyamun... 

Sekarang, baru kita tahu yang RM21.5 billion itu bukanlah diskaun seperti yang di katakan oleh Mahathir... 

Kenyataannya, China telah di beri tanah dan hak pembangunan yang jumlahnya sepuluh kali ganda tinggi dari diskaun yang mereka beri...


Yang masih menjadi persoalan ialah ke mana dan untuk siapa RM1 bilion yang akan China bayar?

Perbicaraan SRC Bertujuan Mengalih Perhatian Rakyat Malaysia


Tentu kita semua masih ingat lagi, macam mana liciknya Mahathir gunakan tumpuan rakyat pada PRK Semenyih untuk tandatangan Statut Rom...

Netizen2 yang sentiasa memerhati tipu helah Mahathir, hampir terlepas pandang untuk merpersoalkan PH yang secara senyap2 tandatangan Statut Rom...

Sebab itu, waktu PRK Semenyih, Mahathir dengan Anwar secara tag team menyerang UMNO dan PAS dengan isu RM90 juta dan RM1.4 juta...

Nasib rakyat Malaysia baik kerana TMJ membongkarkan kegiatan busuk Mahathir dan kabinetnya hingga Mahathir terpaksa membatalkan persetujuan Malaysia pada Statut Rom...

Cara yang sama Mahathir dan Daim gunakan untuk 'memberi tanah' pada China...

Perbicaraan kes SRC DS Najib di gunakan supaya rakyat Malaysia sekali lagi tidak sedar dengan apa yang mereka dah lakukan...

Dari video klip di atas jelas menunjukkan pada apa yang admin maksudkan...

Pada hari kelima perbicaraan kes SRC Dato' Seri Najib, beberapa orang saksi pendakwaraya telah di panggil untuk memberi keterangan di mahkamah...

2 orang daripada saksi2 ini adalah kontraktor binaan yang telah membuat kerja2 pengubahsuaian binaan di rumah Dato’ Seri Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur...

Saksi2 ini di panggil oleh pihak pendakwaraya untuk menunjukkan ke mana duit yang di katakan berasal daripada syarikat SRC telah di belanjakan...


Berdasarkan keterangan Peguam Negara Tommy Thomas, teori pihak pendakwaraya ialah syarikat SRC telah memasukkan duit ke dalam akaun 2 anak syarikat mereka iaitu Ihsan Perdana Sdn. Bhd. dan Gandingan Mentari Sdn. Bhd....

Kedua2 anak syarikat ini telah memasukkan duit ke dalam akaun Dato’ Seri Najib dan akaun ini di gunakan oleh Dato’ Seri Najib untuk tujuan peribadi beliau seperti membuat pengubahsuaian rumah dan sebagainya...

2 anak syarikat SRC tersebut iaitu Ihsan Perdana Sdn. Bhd. dan Gandingan Mentari Sdn. Bhd. adalah syarikat yang menjalankan kerja2 Corporate Social Responsibility (CSR) atau kerja2 tanggungjawab sosial, kebajikan atau amal jariah...

Dan teori pihak pendakwaraya lagi ialah perkara tersebut di lakukan oleh SRC sebagai imbuhan kepada Dato’ Seri Najib kerana Kementerian Kewangan telah meluluskan jaminan kewangan kepada syarikat SRC ke atas pinjaman mereka...

Terdapat 2 perkara yang tidak kena dengan teori pendakwaraya ini :

Pertama


Mengikut undang2 untuk mensabitkan kesalahan, pihak pendakwaraya perlu membuktikan teorinya bahawa Dato’ Seri Najib telah mengarahkan syarikat SRC tersebut untuk memasukkan duit ke dalam akaunnya yang kononnya sebagai balasan ke atas tindakan Kementerian Kewangan meluluskan jaminan pinjaman syarikat SRC tersebut...

Teori dan perkara ini tidak dapat di buktikan oleh pihak pendakwaraya sehingga kini...

Apa yang ada pada mereka hanyalah teori Peguam Negara...

Oleh sebab ini, besar kemungkinan pihak pendakwaraya cuba mengalih perhatian dengan cuba menunjukkan yang kononnya Dato’ Seri Najib menggunakan duit SRC untuk mengubahsuai rumahnya...

Oleh itu beliau telah menggunakan duit tersebut untuk kepentingan peribadi dan kemewahan dan dengan itu beliau yang mengarahkan SRC untuk memasukkan duit tersebut ke akaunnya untuk tujuan ini...

Ini adalah satu lagi teori berdasarkan tanggapan lemah tanpa bukti daripada pihak pendakwaraya...

Faktanya


Kerja2 pengubahsuaian kediaman Dato’ Seri Najib tersebut sebenarnya adalah untuk penambahan pondok polis untuk keselamatan beliau sebagai Perdana Menteri dan juga untuk membaiki dan menambah kapasiti tangki air kediaman beliau supaya ianya boleh menampung majlis keramaian rakyat yang kerap di adakan di kediaman tersebut, bukan untuk bermewah2...

Majlis ini termasuk jemputan kepada pelajar tahfiz dan anak2 yatim di sekitar Kuala Lumpur yang kerap di adakan di kediaman beliau di Langgak Duta...

Semasa beliau menjadi Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib lebih banyak menginap di kediaman sendiri beliau di Langgak Duta dan tidak banyak menggunakan kediaman rasmi di Seri Perdana...

Oleh itu banyak majlis2 bersama tetamu dan rakyat di adakan di kediaman Langgak Duta dan bukan di Seri Perdana...

Seri Perdana adalah amat besar berbanding kediaman beliau sendiri di Langgak Duta dan walaupun di tanggung kerajaan, kos penyelenggaraan dan mengadakan majlis di Seri Perdana adalah jauh lebih tinggi...

Apabila beliau kerap menginap dan mengadakan majlis di Langgak Duta, ianya sebenarnya adalah lebih menjimatkan kerajaan...

Rumah ini memang rumah banglo, namun ia bukanlah rumah banglo mewah seperti rumah agam Tun Mahathir di Cyberjaya dan Seri Kembangan, atau rumah agam Tun Daim di Hulu Kelang atau rumah tersergam Mokhzani dan Mukhriz...

Ia adalah rumah banglo sederhana yang pada asalnya tidak pun muat untuk menampung majlis yang besar...

Memang ada kerja2 pengubahsuaian, tetapi untuk menambah pondok polis dan tangki air untuk keselamatan dan kegunaan majlis bersama rakyat, bukan untuk tujuan kemewahan...

Kedua


Sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, semestinya Dato’ Seri Najib mempunyai akses kepada banyak akaun untuk perbelanjaan politik dengan jumlah ratusan juta ringgit untuk parti, NGO atau rakyat...

Namun demikian ini tidak bermakna beliau menguruskan akaun2 ini sendiri...

Adalah mustahil untuk seorang Perdana Menteri untuk menguruskan akaun2 ini sendiri sambil pada masa yang sama menguruskan negara setiap hari...

Tun Mahathir sendiri sudah pasti tidak larat atau mampu untuk menguruskan akaun2 beliau sendiri tanpa di ketahui sesiapa...

Oleh itu untuk pihak pendakwaraya menganggap yang Dato’ Seri Najib mengarahkan keluar masuk duit ini ke dalam akaun2 ini tanpa pengetahuan orang lain adalah sesuatu yang tidak masuk akal...

Oleh yang demikian, sepatutnya pihak pendakwaraya memanggil saksi kritikal kepada kes ini iaitu saksi yang boleh menyokong keterangan di atas (iaitu Dato’ Seri Najib telah mengarahkan duit di masukkan ke dalam akaun beliau sebagai timbal balas), bukan saksi kontraktor yang menunjukkan mereka telah membina tangki air dan pondok polis di rumah Dato’ Seri Najib menggunakan duit dari akaun beliau...

Apabila pihak pendakwaraya gagal mengemukakan walau seorangpun saksi kritikal di atas, besar kemungkinan yang teori pihak pendakwaraya tersebut adalah tidak benar dan tanggapan mereka tersebut tidak berlaku...

Bayangkan sekiranya perkara ini yang sebenarnya berlaku :

》Syarikat Ihsan Perdana dan Gandingan Mentari memasukkan duit ke dalam akaun Dato’ Seri Najib atas arahan orang lain atau atas agenda mereka sendiri...

》Dato’ Seri Najib tidak di rujuk ke atas perkara di atas...

》Dato’ Seri Najib tidak pernah memberi arahan supaya SRC memasukkan duit ke dalam akaun beliau...

》Dato’ Seri Najib menggunakan salah satu daripada akaun CSR beliau daripada pelbagai sumber untuk menambah tangki air dan pondok polis di rumah beliau untuk  keselamatan dan kegunaan majlis bersama rakyat...

》Akaun2 CSR ini tidak di uruskan oleh beliau tetapi oleh orang lain...

》Tiada perjanjian timbal balas antara Dato’ Seri Najib dengan syarikat SRC...

Adakah Dato’ Seri Najib bersalah ke atas hal ini?

Sekiranya beliau bersalah, maka ianya akan menjadi contoh kes (precedent) yang amat tidak baik dan tidak adil dalam undang2 negara...

Teori Peguam Negara dan pihak pendakwaraya di atas mungkin sama umpama cerita kereta terbang kerajaan PH atau minum sawit awet muda, besar kemungkinan ianya adalah fiksyen...

Mungkin bagi mereka, benda boleh reka tuduh, buat apa cari bukti...

Sehingga Hijab Kebenaran Di Buka Oleh Allah SWT, Bertabahlah Dato' Seri Najib


Dato Seri Najib juga adalah manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan...

Walau pun di bibir beliau sentiasa mengukir senyuman ketika bersama rakyat namun hati beliau pasti merasa tertekan dengan panah2 fitnah yang menuju ke arah beliau dan keluarga beliau...

Hati suami mana yang tidak sedih bila melihat isterinya di persendakan...

Hati ayah mana yang tidak sayu bila anak2nya di cemuh...

Hati anak mana yang tidak pilu bila melihat ibunya juga cuba di heret bersama2 fitnah yang di lemparkan...

Baca dan selamilah isi hati beliau ketika ini :


Saya tahu ramai berbicara mengenai rumah saya...

Saya tahu ada yang cuba memijak2 saya...

Tetapi saya dan keluarga hanya mampu bersabar...

Apalah daya saya?

Mulut di badan orang...

Saya hanya hamba Allah...

Allah anugerahkan kepada saya keselesaan...

Allah anugerahkan kepada saya jawatan bergelar Perdana Menteri...

Kepimpinan dalam Islam merupakan tanggungjawab besar...

Sering orang kata, apabila sudah jadi pemimpin, kehidupannya tidak lagi milik diri atau keluarganya tetapi milik rakyat...

Begitu juga ruang kediaman saya...

Sepanjang masanya bermula dari fajar ke senja, kediaman saya sering di gunakan untuk perjumpaan dan pelbagai aktiviti kerja harian...

Dalam sehari boleh kata mencecah ratusan orang datang, jika saya tidak ada di pejabat atau di Seri Perdana...

Pihak polis yang mengawal keselamatan kediaman saya pun tahu dan mereka ada rekodnya...

Malahan pada satu2 masa ketika itu, sehingga 30 anggota dan pegawai polis berada di rumah saya...

Bayangkan keperluan mereka...


Ruang kediaman saya juga sering di gunakan oleh anak2 tahfiz, anak2 yatim dan murid2 sekolah agama...

Ada yang dari institusi berdekatan, ada masanya anak2 ini datang dari sejauh negeri2 lain...

Saya di didik sejak kecil lagi oleh ayahanda saya...

Islam adalah agama yang mewajibkan umatnya untuk menuntut ilmu pengetahuan...

Islam juga mewajibkan umatnya menuntut ilmu agama...

Ini adalah asas utama kehidupan kami umat Islam dan meletakkan kita di landasan yang benar untuk mencapai kejayaan...


Saya membuka pintu kediaman dan ruang saya seluas2nya untuk mereka anak2 kita yang ingin menambah ilmu agama dan menunaikan kewajipan solat...

Ini adalah antara tanggungjawab sebagai pemimpin Islam...

Kita tidak harus kedekut ilmu dan harta...

Sebaliknya gunakan anugerah Allah untuk membantu lebih ramai lagi...

Apakah salah saya sediakan kediaman saya untuk menampung keperluan sebegini dan kegunaan orang ramai?

Jika rakyat berpendapat saya bersalah kerana kediaman saya di sediakan dengan kelengkapan2 ini untuk menampung ratusan orang sehari dan kegunaan anak2 tahfiz di kediaman saya, saya redha, saya terima...

Saya bukanlah seorang yang sempurna...

Saya hanya seorang hamba Allah...

Apa Lagi Yang Nak Di Jual Bila Mahathir Umum Akan Teruskan Projek Bandar Malaysia!!!



Bila Mahathir umum, nak teruskan projek Bandar Malaysia yang asalnya di ilhamkan Tok Mat Hasan, tanah mana lagi yang nak di jual, kroni siapa yang akan kenyang nanti?



Sejak ambil alih pemerintahan, tak ada satu pun projek pembangunan atau projek rakyat yang datang dari PH...

Semua projek Barisan Nasional yang di tukar nama!!!

Dah hampir setahun PH ambil alih kerajaan dari Barisan Nasional...

Bermakna, dah hampir setahun juga, Mahathir dan menteri penyamun serta penasihat tua menjarah harta rakyat dan negara...

Jarah, lepas tu cipta isu untuk alih perhatian, bila rakyat sedar, dah terlalu lambat sebab perut masing2 dah kembung mentekedarah harta haram...

Ulamak2 pesan, kalau kita besarkan anak cucu kita dengan harta haram, anak cucu kita pasti jadi golongan yang derhaka pada Allah SWT...

Nilaikanlah sendiri keadaan anak bini mereka...

Pelik bin Ajaib bila masih ada lagi rakyat Malaysia yang masih buta mata hatinya untuk melihat kenyataan yang sedang berlaku sekarang!!!

Saturday, April 20, 2019

Marah Kalah PRK Rantau, PH Ancam Penjawat Awam!!!

|0 comments

Kalau kita imbas kembali, kemenangan PH menumbangkan BN dalam PRU 14 banyak di bantu oleh penjawat awam...

Dr. Mahathir sendiri, sebelum PRU 14, telah menulis surat untuk di edarkan kepada penjawat awam kerana menyedari begitu pentingnya sokongan penjawat awam dalam mempengaruhi keputusan pilihanraya...

Perkara yang sama Dr. Mahathir lakukan ketika menentang Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj pada tahun 1969 dan perkara ini di dedahkan sendiri oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman...

Namun, layanan PH terhadap penjawat awam ibarat selepas madu di hisap, perdu di berakkan...


Selepas berjaya membentuk kerajaan, antara perkara pertama yang kerajaan PH lakukan ialah membuang 17,000 penjawat awam yang berstatus kontrak atas alasan lantikan mereka adalah lantikan politik...

Laman blog ini pernah mendedahkan, perancangan PH untuk membuang penjawat awam akan di teruskan sehingga tahun 2021, di mana puluhan malah ratusan ribu lagi penjawat awam berhadapan kemungkinan di berhentikan kerja (BACA DI SINI)...


Tak tahu apa yang membuatkan pemimpin PH seolah2 membenci penjawat awam dan yang terkini, penjawat awam yang memberikan sokongan kepada calon BN, Tok Mat Hasan, ketika PRK Rantau sedang berdepan dengan ancaman oleh kerajaan PH...


Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, telah mengarahkan setiausaha politik beliau untuk mencari dan mengenal pasti paenjawat awam yang menyokong BN ketika kempen PRK Rantau...

Berkemungkinan besar, penjawat awam yang di kenal pasti akan di kenakan tindakan tatatertib oleh PH atas alasan membantu kempen BN di PRK Rantau...

Malah penyokong kerajaan PH telah membuka akaun Facebook atas nama Kantoi Penjawat Awam Kempen Untuk BN PAS untuk mendedahkan identiti penjawat awam yang menyokong gabungan BN dan PAS...

Inikah yang di namakan demokrasi?

Adakah PH lupa bahawa PRU14 yang lalu, penjawat awam adalah golongan yang paling ramai menyokong PH dan berjaya menumbangkan BN hasil undian penjawat awam...

Semasa BN memerintah, penjawat awam tidak pernah di kenakan sebarang tindakan walau pun terlihat jelas menyokong PH (pembangkang ketika itu)...

Nampaknya kita sudah dapat melihat 'belang' PH dalam tempoh tidak sampai setahun...

Kerajaan seperti inikah yang rakyat mahukan...

Kerajaan PH ternyata membunuh demokrasi dan menindas rakyat...

Friday, April 19, 2019

Perjalanan UMNO Masih Jauh, Jangan Terleka Dengan Kemenangan Hatrik Di Rantau

|0 comments

13 April 2019 yang lalu, Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas2 Presiden UMNO, yang juga merupakan calun Barisan Nasional telah di umumkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau yang sah lepas menewaskan 2 calun Bebas dan seorang calun dari Pakatan Harapan, Dr. Streram...

Kemenangan UMNO/BN di Rantau adalah kemenangan ketiga berturut2 menewaskan PH dalam siri PRK yang bermula dari Cameron Highland, Semenyih dan kemudiannya Rantau...

Sokongan Rakyat Kembali Pada Barisan Nasional


Sebenarnya pada UMNO, siri PRK yang di adakan selepas PRU 14 boleh di bahagikan kepada 2 fasa...

Fasa 1 ialah fasa PRK yang di adakan sewaktu UMNO masih di terajui oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, iaitu PRK Sg. Kandis, PRK Seri Setia dan PRK Balakong...

Fasa 2 pula ialah fasa PRK yang di adakan sewaktu UMNO di pimpin oleh Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas2 presiden, Datuk Seri Utama Mohamad Hj. Hasan atau lebih mesra di panggil Tok Mat Hasan, iaitu PRK Cameron Highland, PRK Semenyih dan PRK Rantau...

Dengan kepimpinan dan daya usaha Tok Mat Hasan, kerjasama yang lebih erat antara 2 parti terbesar masyarakat Melayu Islam, UMNO dan PAS dapat di laksanakan dengan lebih teratur dan berkesan...


Atas kesedaran kepimpinan tertinggi kedua2 parti UMNO dan PAS terhadap perpecahan masyarakat Melayu Islam yang banyak membawa mudarat, penyatuan ummah yang di gerakkan bukan saja berjaya memantapkan kedua2 parti tapi juga di lihat berjaya menarik kembali sokongan rakyat, terutamanya anak2 muda kepada PAS dan UMNO khasnya...

Perlu Ada Kesinambungan Strategi Bossku Supaya Rakyat Tidak Bosan


Peranan DS Najib atau Bossku dalam menarik sokongan anak2 muda juga merupakan faktor yang amat penting dalam menarik sokongan anak2 muda kepada BN, terutamanya UMNO...


Penjelasan2 berdasarkan fakta yang di berikan oleh DS Najib dalam akaun Facebook beliau terhadap fitnah2 PH ke atas kerajaan BN semasa PRU 14 telah berjaya menyedarkan sebahagian besar rakyat, bahawa selama ini mereka telah terpedaya dengan fitnah dan tipu muslihat pemimpin PH...

Penerangan dari pemimpin BN dan PAS mengenai keadaan sebenar kegawatan ekonomi negara dan sikap berdolak dalih serta suka menuding jari menteri2 PH telah menyebabkan berlaku perubahan gelombang sokongan rakyat daripada PH kepada BN dan PAS...


Namun untuk terus mengekalkan momentum sokongan rakyat kepada BN dan PAS, pemimpin2 kedua2 parti perlu memikirkan strategi baru kerana kita tidak boleh terus2an mengulangi isu Janji Manifesto PH yang di capati, isu hutang PTPTN, isu TOL dan isu harga minyak...

Lama kelamaan, rakyat akan merasa bosan mendengar isu yang sama di ulang2, sama seperti PH yang terus2an mengulangi cerita 1MDB dan semua salah UMNO/BN dan Najib...

Perlu ada pemimpin pelapis untuk meneruskan usaha DS Najib dalam menarik dan mengekalkan sokongan anak2 muda kepada UMNO/BN, sekiranya kerajaan PH berjaya menghantar DS Najib ke penjara...

Timbul tandatanya, sekiranya DS Najib di diamkan oleh kerajaan PH dengan menghantar beliau ke penjara, apakah DS Zahid Hamidi akan mengambilalih tugas mengekalkan sokongan anak muda kepada UMNO/BN, kerana bermula di PRK Semenyih dan kemudiannya di PRK Rantau, DS Zahid sering di lihat bersama2 Bossku...

Kalau inilah perancangannya, kebanyakan respon dari akar umbi UMNO dan juga golongan pengundi atas pagar menunjukkan tanda tidak setuju kerana mereka berpendapat, sekarang bukan masanya untuk DS Zahid membuat 'come back' kerana di khuatiri akan menyebabkan sokongan rakyat berpatah balik kepada PH...

Bukan admin mahu menafikan jasa DS Zahid kepada UMNO...

Admin akui, jasa dan pengorbanan DS Zahid kepada UMNO sangat besar...

Di saat pemimpin lain menjauhi, mencemuh dan mengeji UMNO, DS Zahid membaluti luka2 UMNO dengan penuh iltizam dan kasih sayang...

Namun apa yang admin nyatakan ialah suara sebenar akar umbi dan golongan pengundi atas pagar yang sedang merancang untuk masuk kembali ke rumah UMNO...

Sebagai pemimpin berpengalaman dan berjiwa besar, admin pasti DS Zahid lebih memahami...

Kuburkan Budaya Feudal Dalam UMNO


Satu perkara yang amat penting untuk di renungkan oleh pemimpin2 UMNO ialah mengenai budaya feudal yang masih menebal dalam di kalangan pemimpin UMNO...

Budaya ingin di sanjung, merasakan kelompok pemimpin adalah kelompok elit, hanya mahu mendengar perkara yang hendak di dengar dan bukannya perkara yang mesti di dengar, bercakap dengan nada keangkuhan adalah sikap yang WAJIB di buang terus dari UMNO...

Kita harus faham, rakyat sekarang adalah rakyat yang bijak, terutamanya golongan muda dan pengundi di atas pagar...


Tidak mencium tangan pemimpin dan tidak menundukkan badan di hadapan pemimpin, tidak bermakna rakyat tidak menghormati pemimpin...

Memberi kritikan yang pedas namun berfakta tidak bermakna rakyat tidak sayangkan pemimpin...

Rakyat akan menyokong dan setia kepada kepimpinan seorang pemimpin dan bukannya pada batang tubuh pemimpin...

Rakyat akan menyayangi jasa dan budi yang di taburkan oleh parti dan bukannya pada lambang sesuatu parti...

Pemimpin UMNO mesti menyelami dan mencari jawapan, bagaimana DS Najib berjaya mengubah penerimaan rakyat terutamanya anak2 muda terhadap beliau...

Dari seorang pemimpin yang di benci dan di caci oleh rakyat, kini DS Najib di sayangi dan sentiasa di dekati oleh rakyat...

Kalau dulu, kehadiran DS Najib di cemuh namun kini kehadiran beliau sentiasa di nanti...

UMNO berada di landasan yang tepat untuk kembali memenangi hati rakyat...


Tok Mat Hasan dengan kepimpinan berwatak sederhana menggerakkan penyatuan ummah antara UMNO dan PAS...

DS Najib pula dengan kepimpinan berwatak santai makin di sayangi anak2 muda...

UMNO perlu lebih ramai lagi pemimpin2 yang berkarisma seperti Tok Mat Hasan dan DS Najib sekiranya tidak mahu di tolak buat kali kedua oleh rakyat...

UMNO boleh melakukannya, malah sedang melakukannya...


Rakyat menolak UMNO dalam PRU 14 bukan kerana benci pada parti keramat orang Melayu ini tetapi memberi peluang kepada UMNO untuk bermuhasabah dan melakukan pemutihan...

Bila UMNO sudah melakukan kedua2 perkara ini, YAKINLAH, rakyat PASTI akan berbondong2 kembali ke dalam dakapan UMNO...

Thursday, April 18, 2019

U-Turn ECRL : Celah Mana Yang Di Katakan Jimat Tu Tun?

|0 comments

12 April 2019, sehari sebelum pengundi DUN Rantau keluar mengundi di PRK Rantau, Pejabat Perdana Menteri umumkan projek ECRL akan di teruskan (BACA DI SINI)...

Apa yang lebih menarik, bukan saja projek ECRL akan di teruskan, malah dengan 'bangganya' kerajaan PH umumkan, kos projek ECRL akan di jimatkan sebanyak RM10 bilion iaitu dari kos asal RM55 bilion kepada RM45 bilion...

Maka bersorak sorai, cytro2 PH, 'hebatnya Mahathir sebab dapat jimatkan duit rakyat sebanyak RM10 bilion'...πŸ•ΊπŸ•ΊπŸ•Ί

Lebih menambahkan lagi gamat hirok pikok cytro2 PH, bila Mahathir membuat kenyataan, penerusan projek ECRL akan memulihkan hubungan 2 hala antara Malaysia dan China, seterusnya akan menyelesaikan masaalah pasaran komoditi Malaysia dan ini akan memberi menafaat kepada pekebun2 kecil, khususnya peneroka Felda...

Sampai ke telinga senyuman cytro2 PH, sampaikan dalam tidur pun masih tersengih2 macam kerang busuk...🀭🀭🀭

Realitinya, 'penjimatan' yang di banggakan tu pada hakikatnya adalah 'down sizing' projek ECRL dengan memendekkan landasan, mengurangkan jumlah stesen dan mengelak dari menebuk banjaran Titiwangsa...

Perubahan Jajaran ECRL Adalah'Penjimatan' Yang Memberikan KERUGIAN


Jom kita teliti dari sudut fakta...

Kos Landasan Berkembar Bagi Setiap Satu Kilometer

Cytro PH Dakwa :

》SEBELUM : 688 km, standard gauge, double track...

SELEPAS : 640 km, standard gauge, double track di kekalkan...

SEBELUM : RM95.5 juta/km...

SELEPAS : RM68.7 juta/km (penjimatan 28%, bersamaan dgn RM26.8 juta/km...

Hakikatnya :

ECRL ialah pelaburan jangkamasa panjang yang bernilai berbilion ringgit dan akan memberi pulangan yang besar kepada negara...

Antara tujuan di bina ECRL adalah untuk mengurangkan kepadatan penduduk di Lembah Klang dan seterusnya mengatasi masaalah kesesakan yang semakin tenat di sekitar Lembah Klang...

'Penjimatan' yang di maksudkan oleh PH sebenarnya adalah KERUGIAN puluhan bilion ringgit kepada negara...

Dalam satu lapuran yang di keluarkan oleh Bank Dunia pada 2014, Malaysia kerugian sebanyak RM54 JUTA SEHARI atau RM20 BILION SETAHUN kerana kesesakan trafik dan kepadatan penduduk di Lembah Klang!!!

Jajaran asal yang di cadangkan melalui dan mempunyai stesen di Gombak Utara...

Ini membolehkan warga kota berpindah ke luar dari Lembah Klang dan menetap di luar Lembah Klang seperti di Mentakab namun masih berkerja di Lembah Klang...

Seperti perkhidmatan Komuter yang kita miliki sekarang telah membolehkan warga kota berpindah keluar hingga ke Tampin namun tetap berkerja di Kuala Lumpur...

Bayangkan keadaan trafik dan kepadatan penduduk di Lembah Klang pada hari ini sekiranya kita tidak mempunyai perkhidmatan komuter yang cekap...

Sebab itu di negara2 maju seperti Jepun, Korea Selatan dan Eropah, mereka mempunyai perkhidmatan 'Bullet Train' bagi membolehkan warga kota berpindah keluar dari ibu kota dan masih boleh terus berkerja di ibu kota walau pun tinggal beratus kilometer dari tempat kerja...

Perubahan jajaran dan pembatalan stesen ECRL Gombak Utara sebenarnya adalah satu KESILAPAN yang besar...

Perjalanan Mentakab – KL selepas perubahan jajaran akan mengambil masa melebihi 3 jam kerana terpaksa melalui Jelebu dan Putrajaya sebelum bertukar dengan pengangkutan darat lain untuk ke ibu negara... 

Ia menjadikan pilihan tinggal di kawasan tersebut sebagai tidak lagi ekonomi sepertimana cadangan laluan asal...

Jelas, 'penjimatan' yang di laung2kan sebenarnya adalah KERUGIAN yang besar kepada negara!!!


Pembatalan stesen di Pengkalan Kubor, Jelawat (Kelantan) dan Setiu (Terengganu) akan menyebabkan kawasan2 tersebut semakin terpinggir dari pembangunan dan akan menyebabkan taburan pembangunan ekonomi yang tidak seimbang di Malaysia...

Sekiranya jajaran asal di guna pakai, kawasan berkenaan pasti akan dapat menikmati pembangunan seperti di tempat lain...

Aktiviti ekonomi rakyat dapat di janakan dengan rancak, harga hartanah akan meningkat, peluang2 ekonomi hiliran akan dapat di hidupkan dengan subur...

Sebelum ada stesen komuter di Sungai Gadut, Negeri Sembilan, tidak ramai yang tahu kewujudan tempat tersebut melainkan penduduk tempatan...

Selepas stesen komuter di bina di Sungai Gadut dan perkhidmatan komuter di lanjutkan hingga ke Tampin, kawasan perumahan wujud bagaikan cendawan tumbuh...

Ini pasti membuatkan nilai hartanah melambung naik dan akan memberikan menafaat kepada penduduk tempatan...

Bukan setakat itu, berbagai perniagaan rakyat tempatan yang sebelum ini ibarat hidup segan mati tak mahu, menjadi begitu maju...

Peluang2 pekerjaan juga dapat di wujudkan hasil dari pembangunan di Sungai Gadut kerana dengan terdapatnya stesen di Sungai Gadut telah membolehkan warga kota berpindah ke luar bandar untuk bukan saja menikmati perjalanan pergi dan balik kerja dengan lebih selesa malah memiliki rumah yang jauh lebih selesa dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di ibu kota...

Pemindahan Teknologi Dan ECRL Bukan Lagi Menjadi Hak Milik Malaysia


Apabila siap kelak, ECRL bukan lagi menjadi hak milik mutlak kerajaan Malaysia...

Tetapi 50% dari hak milik projek yang berimpak tinggi ini akan di miliki oleh syarikat CCCC dari China...


Sekiranya mengikut perjanjian asal, selepas siap, kerajaan Malaysia akan memiliki sepenuhnya ECRL telah di fitnah sebagai menjual kedaulatan negara kepada negara China, apakah dengan menyerahkan 50% hak milik ECRL kepada sebuah syarikat dari negara China boleh di klasifikasikan sebagai usaha menjaga kedaulatan negara atau tidak menjual negara?

Antara tujuan asal kerajaan BN yang terdahulu mengekalkan pemilikan 100% kepada kerajaan Malaysia adalah supaya kita boleh memastikan berlakunya pemindahan teknologi tinggi yang di miliki syarikat pembinaan gergasi dari China, CCCC, kepada jurutera2 tempatan...


Ini akan membangunkan mutu modal insan di Malaysia dan menjadikan mereka lebih kompetitif...

Namun bila pemilikan 50% projek di berikan kepada CCCC dan dengan menggunakan modal serta teknologi dari CCCC, apakah kita dapat memastikan akan berlaku pemindahan teknologi dari pakar2 China kepada anak tempatan?

Apakah mereka masih lagi mahu mendengar permintaan kita apabila mereka mempunyai pegangan yang sama besar dengan kita?

Apa yang dapat kita lakukan sekiranya mereka hanya menggunakan tenaga kerja tempatan sebagai buruh kasar?

Ada Silap Mata Dalam Duit 'Refund' Yang Di Bayar Kepada PH


》Kerajaa PH dakwa bayaran pendahuluan se banyak RM3.1 bilion meskipun kerja2 Fasa 2 ECRL (Landasan Gombak - Pelabuhan Klang dan Landasan Kota Bharu - Pengkalan Kubor) belum di siapkan...

Dengan perjanjian baru, RM1 bilion dari RM3.1 bilion yang telah di bayar oleh Najib/ UMNO akan di pulangkan kepada Malaysia...

RM500 juta sebelum 12 Mei dan RM500 juta sebelum 12 Julai...


Admin pening baca kenyataan kerajaan PH dan macai2 PH...

Dulu di fitnah ada penyelewengan dalam projek ECRL dan yang di tuduh melakukan penyelewengan tu ialah DS Najib dan UMNO...

Tapi statement dia orang pula kata DS Najib dan UMNO bayar CCCC RM3.1 bilion...

Kalau DD Najib dan UMNO yang lakukan penyelewengan, tentulah mereka yang terima duit RM3.1 bilion tu dan bukannya mereka yang bayar duit tu!!!

Tak apalah, admin berikan fakta tentang fitnah PH dan macai2nya mengenai duit RM3.1 bilion tu...

Pada March 2018 projek ECRL telah pun mencapai progres 13% sebelum di bekukan oleh Mahathir sebaik menang PRU 14...


Semua kerja2 pembinaan telah pun bermula di Kelantan, Terengganu dan Pahang secara serentak...

Pinjaman RM39.1 bilion untuk fasa Jajaran Gombak ~ Kuantan telah pun di tandatangani dan di gunakan...

Sebanyak RM3.1 bilion pendahuluan di gunakan untuk fasa utara antara Kuantan dan Tumpat di Kelantan...


Kerja2 pembinaan 3 terowong pendek di Terengganu dan juga tapak untuk jambatan juga sudah di mulakan...

Persoalan...

Kenapa kerajaan PH minta balik duit pendahuluan untuk Jajaran Utara, Kuantan/Tumpat tu?

Tidak ada berlaku perubahan pun dalam spesifikasi projek yang asal dengan yang baru...

Dari RM3.1 bilion duit pendahuluan tu, Daim HANYA dapat balik RM1 bilion saja...

Rm2.1 bilion itu untuk kerja2 yang telah di lakukan...

Projek ECRL di bawah BN memang tidak ada berlaku penyelewengan...

Perjanjian baru ini yang rakyat harus waspada...

Rm1 bilion refund tu untuk apa?

Takkan bayar komisen Daim banyak tu jer kut?

SIKIT SANGAT TU!!!

Mungkin yang di maksudkan 'jimat' ialah bila negara China bertindak balas dengan mengurangkan impot komoditi Malaysia bila Mahathir umumkan projek ECRL di batalkan kerana hutang Malaysia melebihi RM1 trilion!!!

Akibatnya berlaku lambakan getah dan kelapa sawit di Malaysia dan yang menanggung kesengsaraan ialah pemegang MyKad yang terdiri dari pekebun kecil terutamanya peneroka Felda...

Rasanya itu pun tak sehebat mana 'penjimatan' yang di laungkan tu...

Lebih 'jimat' lagi bila pasaran saham menjunam jatuh akibat kerisauan pelabur dengan tindakbalas ekonomi negara China terhadap sikap kurang ajar Malaysia yang tak menghormati perjanjian...

Akibatnya harta Khazanah, PNB, IHH dan Tabung Haji yang bernilai hampir RM100 bilion terpaksa di jual!!!

Setinggi2 tahniah kepada kepimpinan Mahathir dan menteri2 kabinet serta Daim kerana bukan saja menjualkan harta rakyat hampir RM100 bilion, malah menjual projek ECRL kepada China untuk 'menjimatkan' RM21.5 bilion selepas 'down sizing' projek ECRL...

Juga kepada cytro2 dan macai2 PH, terus butakan mata dan hati kamu semua, supaya boleh terus bersorak walau pun seluruh kampung sedang tergadai!!!

BIARKAN SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU2NYA, BIARKAN, BIARKAN!!!

Wednesday, April 17, 2019

Ada Tangan Ghaib Dalam Menentukan Keputusan Inkues Allahyarham Mohd. Adib? (Updated)

|0 comments
Updated : 12.18pm


Dalam kita meraikan beberapa kejayaan rakyat seperti penarikan Malaysia dari Statut Rom, kejayaan hatrik rakyat menumbangkan calun PH dalam 3 PRK, Cameron Highland, Semenyih dan yang terkini di Rantau serta perkembangan positif dalam usaha penyatuan ummah di Malaysia, jangan sekali2 kita lupakan tuntutan keadilan terhadap Allahyarham Mohd. Adib, anggota Bomba yang terkorban kerana di pukul oleh 4 orang perusuh India ketika Allahyarham Mohd. Adib di arahkan untuk memberikan bantuan kepada perusuh2 di kuil Sri Mariamman, Seafield, Subang Jaya...

Kenapa Komitee Kuil Sri Mariamman Tidak Lagi Berminat Mengikuti Inkues Terhadap Pembunuhan Allahyarham Mohd. Adib?


Pada 31 Januari 2019, Koroner Rofiah Mohamad menolak permohonan komitee kuil Sri Mariamman supaya membenarkan mereka mengikuti perbicaraan inkues untuk menentukan punca kematian Allahyarham Mohd. Adib...

Dalam penghakimannya, Rofiah berkata :

"Tidak ada asas yang substantif, tulen dan munasabah untuk menjadikan mereka sebagai pihak yang berkepentingan" (BACA DI SINI)...

"Begitu juga permohonan sekumpulan kecil penganut Hindu yang memohon untuk mengikuti perbicaraan inkues di tolak kerana di dapati tiada kaitan dengan perbicaraan tersebut"...

Siti Zabedah Kassim yang mewakili kumpulan penganut Hindu dan M. Visvanathan yang mewakili komitee kuil Sri Mariamman bersetuju untuk failkan semakan semula di Mahkamah Tinggi...

Menimbulkan tandatanya bila pihak kuil dan penganut Hindu yang di lihat bersungguh2 memohon untuk mengikuti perbicaraan inkues, tiba2 membatalkan rayuan mereka (BACA DI SINI) selepas Timbalan Pendakwa Raya, Hamdan Hamzah memberikan kenyataan @ afidafit kepada mahkamah bahawa kematian Allayharham Adib bukanlah kerana di pukul...


Afidafit yang di buat oleh Hamdan Hamzah itu sangat memusykilkan dan bertentangan dengan prosedur perbicaraan kerana perbicaraan inkues masih lagi berjalan...

Berbeza dengan perbicaraan inkues punca kematian Teoh Beng Hock, Timbalan Pendakwa Raya memberikan afidafitnya selepas semua saksi selesai memberikan keterangan...

Afidafit Hamdan Hamzah di lihat sebagai usaha mempengaruhi keputusan yang akan di buat oleh mahkamah dan yang menjadi persoalan ialah kenapakah Koroner Rofiah membenarkannya?

Sedangkan tugas Timbalan Pendakwa Raya adalah untuk memastikan kehadiran saksi untuk memberi keterangan kepada koroner yang bertindak sebagai majistrate...

Tindakan Hamdan Hamzah bukan saja bertentangan dengan prosedur perjalanan perbicaraan inkues malah lebih dari itu jelas menunjukkan adanya campurtangan tangan2 ghaib dalam menentukan keputusan mahkamah dan tidak pelik bila pihak kuil dan penganut Hindu yang sebelum ini bersungguh2 mahu mengikuti perbicaraan inkues telah membatalkan niat mereka kerana keputusan mahkamah sudah boleh di jangkakan walau pun perbicaraan masih berjalan...

Campurtangan Tangan Ghaib Bermula Dari Peringkat Awal


Pada 29 Disember 2018, laman blog ini pernah menyiarkan tulisan mengenai permintaan pihak polis ke atas pindaan pertuduhan dari Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas niat membunuh terhadap 4 orang perusuh India yang menyebabkan kematian Allahyarham Mohd. Adib (BACA DI SINI)...

Tapi ianya telah di tolak oleh Peguam Negara, Tommy Thomas malah Tommy Thomas telah mencadangkan supaya inkues di adakan untuk menyiasat punca kematian, sedangkan PUNCA KEMATIAN ALLAHYARHAM MOHD. ADIB SUDAH DI KENAL PASTI DALAM KERTAS SIASATAN PENDAKWAAN AWAL DI BAWAH SEKSYEN 307 KANUN KESEKSAAN...

Bila pihak polis mengumumkan, akan di adakan inkues untuk menentukan punca kematian Allahyarham Mohd. Adib, orang ramai mula pertikaikan keperluan inkues di adakan terhadap kes yang sudah di dakwa di mahkamah!!!


Di samping untuk menyelamatkan nyawa 4 perusuh India dari ke tali gantung atas kesalahan membunuh, tujuan inkues di adakan adalah untuk menyelamatkan Waythamoorthy, Menteri Perpaduan di Jabatan Perdana Menteri dan Exco kerajaan negeri Selangor, Ganabatirao, yang mengeluarkan kenyataan rasis dan tuduhan melulu terhadap polis sehingga menyebabkan rusuhan yang bermula dari kumpulan kecil menjadi besar sehingga sukar di kawal...


Juga di lapurkan, 4 orang perusuh India yang menyebabkan kematian Allahyarham Mohd. Adib yang di dakwa bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, di lepaskan dengan jaminan polis dan ianya adalah sesuatu yang TIDAK PERNAH di lakukan sebelum ini...

Amat memeranjatkan bila pihak polis mengumumkan akan menghentikan siasatan terhadap punca kematian Allahyarham Mohd. Adib dan hanya akan bergantung kepada keputusan perbicaraan inkues...

Keraguan makin memuncak bila beberapa orang doktor India di katakan tidak bersependapat dengan beberapa orang saksi kejadian bahawa Allahyarham Mohd. Adib memang di lihat di heret keluar dari van EMRC Jabatan Bomba & Penyelamat dan beliau memang di lihat di pukul oleh beberapa orang perusuh...

Cuma seorang doktor Melayu yang mengesahkan bahawa Allahyarham Mohd. Adib memang telah di pukul...

Sudah jelas lagi bersuluh, memang terdapat campurtangan tangan2 ghaib dalam perjalanan peebicaraan inkues bila Hamdan afidafit Hamdan di lihat dengan jelas akan mempengaruhi keputusan mahkamah hingga menyebabkan pihak kuil dan penganut Hindu merasakan tiada keperluan untuk terus mengikuti perkembangan perbicaraan inkues...

Hamdan juga di katakan menanyakan soalan2 yang tidak relevan kepada saksi semasa sesi soal jawab, mungkin untuk memutarbelit fakta atau membuat saksi keliru...



Peringatan kepada semua yang beragama Islam yang terlibat di dalam perbicaraan inkues Allahyarham Mohd. Adib, termasuk Perdana Menteri, Menteri2 dan sesiapa saja :

ALLAHYARHAM MOHD. ADIB PASTI AKAN MENDAPAT KEADILAN UNTUK DIRINYA, SAMA ADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT...

KALAU KAMU SEMUA BERSUBAHAT MENAFIKAN KEADILAN ALLAHYARHAM MOHD. ADIB :


》BELIAU AKAN TUNTUT HAK BELIAU DI HADAPAN ALLAH SWT...

》KAMI RAKYAT MALAYSIA AKAN BERDOA MUGA KEJADIAN YANG SAMA SERTA PENAFIAN KEADILAN YANG SAMA AKAN BERLAKU KEPADA SAMA ADA DIRI KAMU ATAU ANAK CUCU KAMU DI HADAPAN MATA KAMU SENDIRI!!!




Kredit :

Laman Blog Another Brick In Wall

Tuesday, April 16, 2019

Adakah Isu Felda, Pink Diamond Akan Senyap Lepas PH Kalah Di Rantau?

|0 comments

Din Pagoh @ Muhyidin Yassin menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak cuba mengelirukan rakyat dalam soal pelaburan Felda dalam Eagle High Plantation (EHP) dan KL Vertical City Project (KLVC)... 

Tuduh Din Pagoh lagi, Najib menggunakan 'calculated statement' untuk mengelirukan rakyat...

Din Pagoh merujuk kepada hantaran Najib di akaun media sosialnya semalam di mana beliau merujuk kepada kertas putih Felda di dedahkan di Parlimen, yang menunjukkan pelaburan dalam EHP bukan merugikan kerana masih mencatat pulangan sebanyak 1.05%, sekalipun tidak mencapai sasaran pulangan yang di tetapkan Felda...

Sedangkan dalam laporan polis yang di buat Pengarah Besar Felda, Othman Omar kelmarin mengatakan pelaburan Felda dalam EHP bukan sahaja merugikan, malah pengurusan Felda juga telah diperdaya!!! 

Rugi dan perdaya bagaimanakah kalau masih beri pulangan sebanyak 1.05%? (BACA DI SINI)...

Malah Najib turut meminta supaya Felda menjual kembali sahamnya dalam EHP kalau betul pelaburan itu tidak menguntungkan tapi Muhyiddin memberikan alasan Felda tidak boleh berbuat demikian kerana satu pertikaian di Mahkamah Singapura...

Bandingkan antara dua kenyataan tu...

Celah mana yang Najib cuba mengelirukan rakyat? 

Kertas putih yang di keluarkan kerajaan sendiri mengatakan EHP memberi pulangan pelaburan 1.05%, bukan Najib pandai2 cipta angka tu...

Din Pagoh juga mengakui Felda boleh menjual kembali saham itu tapi 'tidak dapat melakukannya' kerana satu pertikaian di Mahkamah Singapura (BACA DI SINI)...

Walaupun kenyataan tu, 'tidak boleh menjual kerana pertikaian di Singapura', boleh di persoalkan, tapi isu pokoknya sekarang, celah mana yang Din Pagoh tuduh Najib cuba mengelirukan rakyat?

Najib kata boleh jual tapi Muhyiddin kata tak boleh jual sebab ada pertikaian, mengelirukan macam mana pulak?


Justeru, rakyat janganlah terpedaya dengan kenyataan Din Pagoh nie sebab sejarah membuktikan, bukan Najib yang mengelirukan rakyat, tapi kerajaan Pakatan yang di sokong oleh Din Pagoh. 

Bukti banyak, terlampau banyak, Bank Negara sendiri tak kata hutang negara RM 1 trillion tapi Pakatan kata hutang RM 1 trillion dengan menggunakan parameter yang tidak di iktiraf mana2 badan kewangan dalam dunia...

Itu satu hal, satu hal yang lain, kenapa Din Pagoh pulak yang di tugaskan untuk menyanggah kenyataan Najib ini pun menimbulkan banyak persoalan juga... 

Din Pagoh bukan menteri yang bertanggungjawab pasal Felda pun!!!

Timbalan Menteri Dah Sahkan Dalam Dewan Rakyat Tiada Pembelian 'Pink Diamond'


2 hari sebelum PRK Rantau, PDRM keluar statement yang polis ada 'money trail' pembelian cincin 'Pink Diamond' oleh Rosmah (BACA DI SINI) bagi menangani 'damage' yang di dedahkan oleh menteri PH sendiri di parlimen yang mengatakan kementeriannya mendapati tiada sebarang pembelian 'Pink Diamond' tersebut...


Kastam juga telah mengesahkan yang tiada pembelian kerana surat masuk dan keluar untuk 'Pink Diamond' tersebut ada!!!

Tiba2 pakar fitnah Tony Phua kata ada dua 'Pink Diamond' pulak!!!

LOL...

Apa kebender si Tony nie, masih nak spin lagikah Apek?

Jangankan dua, sepuluh pink diamond pun aku percaya kalau ada bukti... 

Bukannya susah, kalau ada belian mesti ada cukai... 

Mana dokumen cukai? 

Kalau tak bayar cukai, dakwalah Rosmah kerana tak bayar cukai... 

Nak dakwa kena ada bukti...

Kalau tak ada bukti, bukan dua pink diamond, sepuluh pun boleh cerita...

Aku pun boleh cerita I have a 10 inch long...

Cerita is free kan?

Macam cerita Mahathir kononnya Najib curi RM2.6 billion dari 1MDB dan cerita RM40 billion duit 1MDB disappeared into thin air... 

Cerita kata ada crystal clear evidence la konon...

Dah setahun, evidence mana? 

Yillek Pocchiii!!!

Cerita is free... 

Sebar fitnah pun free... 

Rakyatlah tanggung dapat kerajaan hampeh ni!!! 


Pasal kebodohan 48%, seluruh rakyat Malaysia kena tanggung musibah kerajaan menteri2 badut!!!

Siallah Kerajaan Badut nie...😑😑😑
fda