Menteri Sumber Manusia, Kula Segaran adalah antara manusia paling cauvinis di Malaysia...
Bukan sekali, bukan dua kali malah berkali-kali Kula Segaran menimbulkan ketegangan kaum di Malaysia...
Kenyataan beliau tentang bangsa Melayu pendatang, meratifikasi Statut Rom, kempen beliau yang membakar api perkauman di PRK Semenyih sudah cukup menjadi bukti nyata bahawa Kula Segaran adalah seorang rasis dan tidak layak menjadi seorang menteri di dalam negara yang mempunyai berbilang bangsa seperti di Malaysia...
Terkini, sekali lagi Kementerian Sumber Manusia di bawah pimpinan mempamerkan sikap rasis yang keterlaluan!!!
Pengecualian Yuran ILP Pendaftaran HANYA Untuk Bangsa India
Kenyataan media Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) berkaitan diskriminasi kaum dalam proses pembayaran yuran pendaftaran di Institut Latihan Perindustrian...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
1. Biro Undang-Undang dan Pengaduan Awam PUTRA telah menerima aduan dari ibu bapa berbangsa Melayu menyuarakan ketidakpuasan hati mereka apabila mendaftarkan anak jagaan mereka di ILP Ledang sebuah institusi kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia...
2. PUTRA di maklumkan bahawa semua penuntut kaum India adalah DI KECUALIKAN dari membayar yuran pendaftaran sebanyak RM1800, manakala bagi penuntut SELAIN DARI KAUM INDIA, pembayaran yuran RM1800 berkenaan adalah DI WAJIBKAN!!!
3. PUTRA melihat dasar Kementerian Sumber Manusia menggunakan wang rakyat dari Akaun Amanah ILJTM adalah satu dasar diskriminasi perkauman yang tidak berlandaskan mana-mana peruntukan undang-undang...
4. PUTRA juga melihat dasar ini adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa di pihak Kementerian Sumber Manusia yang menyalahgunakan dana awam hanya untuk kepentingan kaum tertentu dan kemungkinan di sebabkan Menteri Sumber Manusia adalah seorang dari kaum India maka atas sebab itulah dasar ini di perkenalan...
5. PUTRA memandang serius penyalahgunaan Dana awam untuk kepentingan politik sempit Menteri Sumber Manusia dan PUTRA akan membuat aduan rasmi berkaitan isu ini...
6. Buat ibu bapa yang telah mendaftarkan anak mereka di ILP dan telah membayar yuran pendaftaran tersebut, sila hubungi Biro Undang-Undang dan Pengaduan Awam PUTRA di talian +60176635719 untuk kita menubuhkan satu jawatankuasa bertindak menuntut KEADILAN dan HAK samarata seperti yang di jamin di bawah Perkara 8 Perlembagaan....
7. Perkara 153 Perlembagaan hanya membolehkan Yang Di Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain dalam bidang Pendidikan dan Latihan...
8. PUTRA percaya Yang Di Pertuan Agong tidak memberi perkenan kepada dasar diskriminasi Kementerian Sumber Manusia ini dan selagi belum di perkenankan maka sebarang dasar kerajaan yang bercanggah dengan undang-undang adalah tidak berpelembagaan dan boleh di cabar di mahkamah...
9. PUTRA mengambil maklum bahawa kemiskinan merupakan antara faktor penghalang kepada peluang pendidikan tetapi kemiskinan adalah buta perkauman...
10. Kerajaan hendaklah bertindak adil mengikut undang-undang dan sebarang bentuk diskriminasi selagi ianya tidak di kecuali kan oleh undang-undang hendaklah di hentikan...
Sekian terima kasih...
Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)
Pengerusi Biro Undang-undang & Pengaduan Awam PUTRA
1 Julai 2019
Jelas, dasar yang di buat oleh Kementerian Sumber Manusia bukan saja bersifat diskriminasi kaum dan boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di Malaysia, malah yang lebih di kesalkan ialah ianya dengan jelas dan terang telang melanggar Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera...
Malah ianya juga telah MENCABAR KUASA SPB YDP Agong serta Raja Raja Melayu, kerana adalah menjadi tanggungjawab SPB YDP Agong dan Raja Raja Melayu untuk melindungi hak dan keistimewaan bangsa Melayu dan Bumiputera...
Ini bukanlah satu isu yang boleh di anggap remeh kerana selain melanggar Perlembagaan Persekutuan, Kementerian Sumber Manusia telah mencabar kedaulatan SPB YDP Agong serta Raja Raja Melayu...
Bagaimana seorang menteri yang berlatarbelakangkan perundangan boleh membenarkan perkara yang serius begini berlaku di kementeriannya?
Kesimpulannya, Kula Segaran bukan tidak tahu mengenai Perlembagaan Persekutuan tetapi SECARA SEDAR dan SENGAJA mencabulinya, semata-mata kerana sifat rasis dan biadab beliau...
Apakah rakyat Malaysia masih lagi mahu mempunyai seorang menteri yang rasis dan biadab seperti Kula Segaran???
0 comments:
Post a Comment