Bila Kroni Menjadi Keutamaan, Dr. Mahathir Mengambil Kesempatan Dari Kesempitan Hidup Peneroka Felda
7 Julai 2019 yang lalu, peneroka Felda menyambut Hari Peneroka Felda 2019 di Felda Selanchar 3...
Dua tiga hari sebelum sambutan, media pro kerajaan Pakatan war-warkan, kononnya Dr. Mahathir akan mengumumkan satu insentif baru yang akan mengeluarkan peneroka Felda dari kesempitan hidup yang semakun menghimpit mereka sekarang (BACA DI SINI)...
Berpuluh-puluh bas di sewa untuk membawa peneroka Felda dari seluruh negara untuk hadir dalam sambutan Hari Peneroka Felda 2019, ye lah, Dr. Mahathir yang akan datang, dah tu, Dr. Mahathir di katakan akan buat pengumuman yang akan buatkan peneroka Felda di seluruh Malaysia menari nafas lega...
Apa Yang Dr. Mahathir Umumkan?
Peneroka sangka panas sampai ke petang, rupanya sebelum matahari keluar, hujan dah turun mencurah-curah...
Dr. Mahathir umumkan, kerajaan Pakatan bercadang untuk mengambil alih tanah-tanah Felda dan di satukan untuk di jadikan estet...
Estet tersebut akan di serahkan pada syarikat-syarikat tertentu untuk diuruskan dengan lebih baik dari pengurusan yang ada sekarang...
Menurut Dr. Mahathir, beliau merasa cukup simpati kerana dengan pentadbiran yang lemah, pengurusan ladang yang tidak produktif dan keluasan ladang yang kecil, membuatkan pendapatan peneroka tidak dapat menampung perbelanjaan harian mereka...
Jadi, dengan mengambil alih kesemua ladang-ladang Felda dan di letakkan di bawah pentadbiran baru yang lebih profesional, hasil yang lebih baik akan dapat dinikmati oleh semua peneroka Felda...
Apa Tujuan Sebenar Dr. Mahathir?
Dalam satu tulisan yang di siarkan oleh blogger Another Brick In The Wall, keikhlasan Dr. Mahathir adalah sangat-sangat diragui (BACA DI SINI)...
Dari fakta-fakta yang dikemukakan, jelas terdapat agenda yang tersembunyi di sebalik rancangan untuk mengambilalih tanah-tanah ladang milik peneroka Felda...
Penderitaan hidup peneroka Felda bukanlah menjadi keutamaan dalam master plan Dr. Mahathir, malah mengambil kesempatan dari kesempitan adalah matlamat yang menghalalkan cara...
Kenapa Rancangan Dr. Mahathir Mesti Di Tentang
Sebab utamanya ialah, sekiranya rancangan De. Mahathir menjadi kenyataan, secara tidak langsung, peneroka Felda akan menyerahkan hak milik tanah kepada pemilik estet...
Dalam ertikata lain, pegangan tanah tersebut akan secara tidak langsung dimiliki oleh pemilik estet dan peneroka yang menjadi pemilik asal tanah tersebut akan bertukar status menjadi pekerja-pekerja estet di atas tanah mereka sendiri...
Displin kerja akan ditentukan oleh pihak pengurusan estet, pendapatan peneroka akan dibahagikan dan ditentukan oleh pihak estet...
Sekiranya sebelum ini, semua hasil ladang akan dimiliki oleh peneroka sendiri maka selepas ini peneroka akan cuma diberi mengikut kadar peratusan yang akan ditentukan oleh pihak estet...
Segala-galanya akan ditentukan oleh pihak pengurusan estet dan peneroka cuma mampu akur dengan segala syarat dan perjanjian yang telah ditandatangani dengan pihak estet, di mana perjanjian itu sudah pasti akan lebih memihak kepada pihak estet...
Sebab keduanya, penyebab utama kepada pendapatan yang semakin sikit kepada peneroka bukanlah kerana pentadbiran Felda yang lemah atau pengurusan ladang yang tidak produktif...
Penyebab utana kepada penderitaan hidup peneroka sekarang ialah kerana kesalahan dasar-dasar luar negara serta dasar baru kerajaan Pakatan sendiri...
Era pemerintahan kerajaan BN, di bawah pentadbiran Felda sebelum ini dan dengan jumlah ladang serta peneroka yang sama, hasil ladang yang sama, peneroka-peneroka Felda pernah menikmati pendapatan sehingga RM3,000 hingga RM4,500 sebulan...
Persolannya sekarang, di manakah kebenaran dakwaan Dr. Mahathir bahawa kesempitan hidup peneroka adalah kerana amalan perladangan yang tidak produktif, pengurusan ladang yang tidak efektif serta pentadbiran Felda yang tidak efisien?
Diusahakan oleh peneroka Felda yang sama, dengan jenis hasil tanaman yang sama dan di bawah pentadbiran Felda sebelum ini, pendapatan bulanan peneroka jauh lebih tinggi dari apa yang mereka miliki hari ini...
Dan kenapakah bila bertukar kerajaan dan pentadbiran Felda, keadaan menjadi sebaliknya...
Bukannya zaman pemerintahan BN dah berlalu sampai 10 atau 15 tahun, bolehlah kita katakan tanaman komiditi seperti sawit dan getah dah tak relevan lagi...
Satu lagi persoalannya ialah, kenapa pekebun kecil negara jiran seperti Indonesia TIDAK menghadapi masaalah penurunan pendapatan malah mereka membuka ladang-ladang baru kelapa sawit?
Hakikatnya, penurunan harga sawit bukanlah disebabkan penurunan permintaan komoditi sawit dunia tapi adalah kerana penurunan permintaan komoditi sawit terhadap Malaysia saja...
Kenapa?
Kerana dasar luar kerajaan Pakatan yang tidak mesra pada pengimpot utama sawit Malaysia terutamanya China dan India dan ini menyebabkan lambakan komoditi sawit di pasaran tempatan...
Kesempitan hidup peneroka Felda bukanlah disebabkan pengurusan ladang yang tidak produktif atau peneroka Felda malas tetapi adalah kerana kesilapan dan kelemahan pentadbiran tertinggi Felda yang membekukan dana tanaman semula pokok sawit...
Semakin usia pokok meningkat, maka akan semakin berkurangan hasil yabg di keluarkan sedangkan di masa yang sama, kos penyelenggaraan ladang tetap sama...
Sudahlah harga sawit menjunam jatuh, hasil ladang makin berkurangan, kos penyelenggaraan kena tanggung, kos keperluan kehidupan kena disediakan, bantuan tanaman semula dihentikan sepenuhnya, apa yang mampu dilakukan oleh peneroka-peneroka Felda?
Di saat inilah, Dr. Mahathir datang dengan membawa harapan dan janji palsu kepada peneroka Felda...
Serahkan tanah ladang pada taukey estet, hasil pasti akan bertambah...
Sekiranya pasaran baru tidak dicari, pasaran yang sedia semakin menguncup, lambakan komoditi sawit pasti akan menjadi lebih parah dan harga akan jatuh lebih teruk...
Jadi, serahkan ladang pada taukey estet adalah usaha kerajaan Pakatan mengambil kesempatan dari kesempitan...
Sekiranya Dr. Mahathir benar-benar ikhlas dan prihatin terhadap peneroka Felda, teroka pasaran baru, pulihkan hubungan dengan pengimpot utama dan berikan semula pinjaman tanaman semula untuk mendapatkan hasil yang lebih banyak...
Bukannya memaksa peneroka serahkan tanah ladang yang sudah menjadi milik mereka untuk dijarah oleh puak-puak kroni yang tak pernah kenyang!!!

0 comments:
Post a Comment