Monday, July 15, 2019

Maszlee Suka Kasut Hitam, Mat Sabu Pulak Tak Suka Baju Lokap SPRM Warna Oren


Ingat lagi tak, tahun lepas kecoh seantaro Malaysia, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee memperjuangkan kasut hitam untuk budak sekolah...

Kalau pakai kasut hitam, taklah kasut budak-budak sekolah tu nampak kotor sangat kata Dr. Maszlee...

Ramai ibubapa tak setuju, sebab tak nampak kotor, jawabnya sampai dua tiga bulanlah kasut hitam tu tak berbasuh...

Kena yang terlebih rajin, boleh 'extend' sampai hujung tahun tak basuh kasut!!!

Tapi Dr. Maszlee tetap berdegil, nak jugak tukar pada kasut hitam...

Mungkin Dr. Maszlee nak buat satu dasar pendidikan negara yang di namakan dasar kasut hitam!!!

Bang Mat Pulak Tak Suka Baju Oren Rupanya


Bila bos SPRM, Lathefa Koya cakap SPRM tak nak guna baju lokap warna oren, Mat Sabu pun nak bercakap juga...

Mat Sabu cakap, Amanah sebagai parti yang memperjuangkan kerajaan yang bersih dan bebas dari rasuah, rasa malu sebab warna rasmi parti tersebut sama dengan warna baju lokap SPRM...

Mat Sabu juga mahu supaya undang-undang penggunaan baju oren untuk lokap SPRM di ubah aka pinda atau kalau boleh, di mansuhkan...

Bila di tanya persamaan baju oren dengan yang di pakai oleh sami-sami Buddha dan Hindu, Mat Sabu cakap, tu ok, sebab konsep rahmatan lil alamin parti Amanah...🤔🤔🤔

Untuk pengetahuan Bang Mat, bukan SPRM jer yang gunakan baju lokap warna oren, tapi PDRM pun gunakan baju lokap warna oren...

Warna oren dan warna ungu adalah kod warna pakaian lokap kat Malaysia yer Bang Mat yer...

Baju lokap warna ungu di gunakan pada OKT reman yang dalam perbicaraan kecuali OKT tersebut di jamin oleh keluarga dan ada juga kesalahan-kesalahan yang tak di keluarkan jaminan oleh mahkamah seperti kesalahan kes Seksyen 377 KK aka semburit dan Seksyen 376 KK aka rogol sebab di khuatiri mengganggu mangsa dan juga kesalahan yang bawa hukuman mati mandatori macam kes membunuh Seksyen 302 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya...

Baju lokap warna oren pula untuk OKT yang baru di tangkap dan masih dalam proses siasatan polis...

Amalan ini di teruskan oleh SPRM tanpa ada apa peruntukan undang-undang, tak tahulah bos SPRM, Lathefa Koya tahu ker tak perkara nie...

Sepatutnya, sebagai presiden parti politik yang di dakwa memperjuangkan prinsip-prinsip Islam sepenuhnya, Mat Sabu patut lebih rasa malu bila warna rasmi parti Amanah sama dengan warna baju tok sami!!!

Rahmatan Lil Alamin Versi Amanah

Konsep Rahmatan Lil Alamin Yang Di Salah Guna
Oleh Pemimpin Parti AMANAH

Sebagai Menteri Pertahanan merangkap Presiden Amanah, banyak lagi isu-isu negara dan akhlak pemimpin-pemimpin Amanah yang Mat Sabu mesti fokus...

Warna bendera negeri Kelantan sama dengan warna bendera negara Rusia dan China, tapi belum pernah ada sesiapa yang mengaitkan ideologi komunisme pada pentadbiran kerajaan negeri Kelantan...

Warna merah di bendera Kelantan membawa maksud dan pengertian yang berbeza dengan maksud dan pengertian warna merah bendera negara Rusia dan China...

Begitu juga dengan warna oren baju lokap dan warna oren baju Amanah, tiada kaitan dan tak perlu rasa malu, jadi tak perlulah nak suruh atau desak pertukaran kod warna pakaian lokap

Kesimpulannya, adalah sangat jelas lagi bersuluh, parti Amanah tidak mempunyai prinsip perjuangan yang kukuh, apa yang menjadi keutamaan ialah kosmetik luaran parti Amanah...

Daripada minta di tukar kod warna pakaian lokap, apa kata Abg Mat tukarkan warna rasmi parti Amanah tu pada warna pink...

Barulah terasa rahmat dan nikmat...

Macam kawan Abg Mat kat video klip bawah nie, dah terlebih nikmat gamaknyer...


Nie terlebih rahmat versi manja...

Comeltak...


Nie versi garang...

Ganastak...

0 comments:

fda

Archives