Wednesday, July 24, 2019

Orang UMNO Tak Perlu Ambil Hati Dengan Mulut Longkang Dr. Mahathir, Memang Dari Dulu Busuk


Pengerusi PPBM, Dr. Mahathir kata beliau tak mahu ahli PPBM jadi bodoh seperti ahli UMNO...

Alasan Dr. Mahathir, ahli UMNO bodoh, kerana masih lagi mengekalkan DS Najib yang Dr. Mahathir dah heret ke mahkamah atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa...


Namun jauh di sudut hati Dr. Mahathir, dia anggap bodohnya ahli UMNO bila tak menyokong pelawaan beliau untuk UMNO dibubarkan dan menyertai PPBM dalam Pakatan Harapan...

Dulu orang kata susah nak baca pemikiran Dr. Mahathir, tapi bila dah jadi PM 7 nie, langkah-langkah beliau mendedahkan niat dirinya...

Okey kita tengok siapa sebenarnya yang BODOH, samada ahli UMNO atau PPBM :

UMNO


》UMNO ada 3.6 juta orang ahli di 32,000 cawangan dan 191 bahagian di seluruh negara kecuali Sarawak...

Jika dimasukkan sekali 3 sayap iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri, keseluruhan cawangan UMNO boleh mencapai 80,000 cawangan...

》Sepanjang 4 bulan, kesemua 32,000 UMNO cawangan telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan dan selesai menghantar Borang 9 ROS (Akta Pertubuhan 1966) seperti mana kehendak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)...

》Dalam keadaan UMNO ditekan dan diugut untuk dibubarkan, agak memeranjatkan bila ibupejabat UMNO melaporkan penambahan keahlian baru UMNO meningkat...

Kelulusan pendaftaran untuk menjadi ahli UMNO 2019 :

Januari

10,761 Ahli dan Pemilih

Februari

9,491 Ahli dan Pemilih

Mac

11,991 Ahli dan Pemilih

April

13,817 Ahli dan Pemilih

Mei
15,993 Ahli dan Pemilih

Jun

15,299 Ahli dan Pemilih

Malahan Ketua Pemuda UMNO Malaysia sendiri mengakui yang keahlian Pemuda UMNO kini telah mencecah 498,391 orang pada Mac 2019...

PPBM

BODOH 1


PPBM 'copy and paste' Perlembagaan UMNO sebagai panduan dan rujukan untuk buat Perlembagaan PPBM...

Maka PPBM perlu wujudkan 191 bahagian di seluruh negara termasuk di Sarawak...

Namun sehingga kini, PPBM hanya mampu menubuhkan bahagian sebenar dan menepati kehendak ROS antara 20-35 bahagian sahaja...

Jika bahagian pun bermasalah nak tubuh sudah tentulah cawangan pun tak boleh ditubuhkan...

Syarat menubuhkan cawangan adalah 50 orang ahli baharu...

BODOH 2

Sudah 3 kali termasuk yang kelmarin, PPBM buat perhimpunan Agong, namun pemilihan atau pengesahan status penaja PPBM tidak dapat dijalankan kerana parti yang tak memenuhi kehendak Akta Pertubuhan 1966...

BODOH 3


PPBM walaupun pemimpin mereka sudah menjadi Perdana Menteri dan menguasai kerajaan tetapi parti mereka masih lagi BERSTATUS PENAJA...

BODOH 4


Pada hari Pengerusi PPBM mengatakan ahli UMNO bodoh, sebelah petang pula, Timbalan Presiden yang juga anak Perdana Menteri mengumumkan penangguhan pemilihan parti...

Sebenarnya rakyat Malaysia punyai Perdana Menteri Malaysia dari sebuah parti yang haram, parti berstatus penaja dan tidak selesai pendaftaran dengan ROS seperti mana yang disyaratkan dalam Akta Pertubuhan 1966...

Kasihan sungguh kepada rakyat Malaysia...

Siapa sebenarnya yang bodoh dan parti mana yang bodoh seperti yang dimaksudkan oleh Dr. Mahathir...

Wallahualam.

0 comments:

fda

Archives