Wednesday, December 19, 2018

Tangan Ghaib Memandu SPV (Special PEROMPAK Vehicle) Buat Magik Dalam TH


Tak ada angin, tak ada ribut, tiba2, kita di beritahu bahawa Tabung Haji (TH) mengalami defisit RM4.1 bilion kerana terlebih bayar dividen untuk 4 tahun berturut2...



Walaupun telah di audit dan di luluskan oleh Jabatan Audit Negara setiap tahun...


Maka, aset TH bernilai RM19.9 bilion di jual kepada sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab untuk memajukan ataupun menjual aset2 ini...



SPV pula meminjam dari TH untuk membeli aset2 TH ini dengan cara membayar TH dengan menerbitkan sukuk dan saham keutamaan boleh tebus Islam (RCPS-I) bernilai RM19.9 bilion kepada TH dengan faedah 2.5% setahun untuk 7 tahun...

Sukuk dan RCPS-I dari SPV ini tidak di jamin oleh kerajaan...

Tidak boleh di jual kepada mana2 pihak, ini bermakna ianya hanya melambangkan aset bernilai RM19.9 bilion dalam SPV itu...

Pakar kewangan kata :

"Sukuk dan RCPS-I itu not guaranteed, not-traded and not rated"...

Ajaibnya, TH tidak lagi mengalami defisit...

Bila aset bernilai RM19.9 bilion ini di bawah nama TH, maka TH ada defisit RM4.1 bilion...

Tetapi bila aset yang sama ini di bawah nama SPV, maka TH tidak lagi ada defisit...

Magik...


Lagi magik bila jumlah wang yang di katakan defisit dalam TH ialah RM 4.1 bilion...

Tapi nilai aset TH yang di jual sebanyak RM19.9 bilion!!!

Hebat!!!


Dalam dok Mujahid kata, TH terlebih bayar hibah (dividen) pada penyimpan TH dan mengakibatkan TH alsmi defisit sebanyak RM4.1 bilion dan TH akan jual aset untuk tampung defisit tu, tiba2 dalam masa 24 jam, CEO TH umumkan yang TH dah jual RM19.9 bilion pada SPV!!!

Aik, cepatnya, macam jual barang harga RM19.90 jer, ker memang ada ada skrip...


Yang paling menarik, dalam dok keriau akaun defisit TH, Mujahid boleh umumkan yang TH tetap akan berikan hibah...

Satu2nya syarikat dalam dunia nie yang buat macam tu!!!


Satu persatu ekuiti bangsa Melayu dalam ekonomi Malaysia di kuncupkan dengan alasan2 bodoh dan tak masuk akal...

Tapi orang Melayu tetap terpesona dengan alasan2 bodoh dan tak masuk akal tu...





Sumber :

FB Datuk Seri Najib
Mantan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan

0 comments:

fda

Archives