Saturday, December 1, 2018

Haniff Khatri Sahkan Anak Guam Di Siasat Polis Berkaitan Rusuhan Kuil...WOW


Sebut nama Haniff Khatri, rasanya ramai orang kenal...

Peguam peribadi Dr. Mahathir, dulu, kini dan selamanya...😉😉😉

Tragedi rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, yang mengorbankan 2 remaja Melayu dan mendatangkan kecederaan parah kepada seorang anggota bomba yang di arahkan memberi bantuan amat mengejutkan rakyat Malaysia...

Lagi mengejutkan, bila Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama2 Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Fuzi buat kenyataan, punca kepada rusuhan yang berlaku ialah kerana 2 orang peguam OneCity membayar RM150,000 pada sekumpulan pemuda Melayu untuk timbulkan kekecohan di kuil Sri Mariamman!!!

Haniff Khatri pantas keluarkan kenyataan yang mengatakan kenyataan yang di berikan semasa sidang media oleh Muhyiddin dan Fuzi adalah tidak tepat @ kenyataan bohong yang menimbulkan fitnah!!!

WOW...

Apa yang berlaku dalam kepimpinan tertinggi Pakatan sekarang???

Haniff Khatri ialah peguam peribadi Dr. Mahathir!!!

Muhyiddin Yassin ialah menteri dalam kabinet Dr. Mahathir dan juga presiden PPBM yang Dr. Mahathir jadi pengerusi!!!

Tiba2 Muhyiddin di katakan keluarkan kenyataan bohong dan menyebabkan fitnah pada peguam peribadi bos dia sendiri!!!

Betulker Muhyiddin dan Fuzi buat fitnah!!!

Baca kenyataan Haniff Khatri :


Siri : 1604

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin...


Assalaamualaikum dan Salam Sejahtera...



Sidang media Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan 'rusuhan' di kuil Sri Maha Mariamman pada awal pagi 26/11/2018  adalah fitnah berkaitan diri saya (Haniff Khatri) dan Muhammad Rafique Rashid Ali KONONNYA sebagai 2 (Dua) orang peguam mengupah 50 orang yang mencetuskan sebab rusuhan di kuil itu!!!

1) Satu RUSUHAN telah tercetus di kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, pada awal pagi Isnin, 26/11/18, yang setakat pada penulisan siri : 1604 ini, secara rasmi masih dalam siasatan pihak polis...

2) Saya, Haniff Khatri, seorang peguambela dan peguamcara telah pada jam lebih kurang 7.30 malam 26/11/18, iaitu lebih dari DUA BELAS (12) JAM selepas RUSUHAN berkenaan telah di lantik oleh One City Development Sdn Bhd, iaitu syarikat pemilik tanah di mana terletaknya kuil berkenaan, untuk mewakili kepentingan mana2 PEGAWAI dan PEKERJA syarikat itu, yang di panggil atau di tahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan mereka...

3) Pada masa lantikan itu, cuma SATU (1) PEKERJA syarikat yang telah di tahan oleh pihak polis pada tengahari 26/11/18...

4) Justeru, saya telah mencadangkan dan syarikat telah kemudiannya melantik saudara Muhammad Rafique Rashid Ali sebagai peguam untuk mewakili pekerja itu semasa prosiding reman (prosiding permohonan pihak polis untuk perolehi tempoh lanjutan tahanan bagi tujuan membantu siasatan polis) yang telah di jadualkan pada hari Selasa 27/11/18 jam 11 pagi di Mahkamah Majistret Petaling Jaya...

5) Saya juga telah menyelia penetapan temujanji  dua (2) lagi PEGAWAI syarikat itu untuk hadir di pejabat Pegawai Penyiasat IPD Subang Jaya, supaya pihak syarikat dapat membantu pihak polis dalam siasatan yang sama, yang telah di jadualkan pada jam 12 tengahari, Selasa 27/11/18...

6) Namun, antara jam 1.00 pagi dan 2.30 pagi Selasa, 27/11/18, pihak polis telah menahan 2 (Dua) PEGAWAI terbabit yang juga telah di bawa ke balai polis bagi tujuan membantu SIASATAN itu...

7) Justeru, saya juga telah di lantik secara rasmi oleh syarikat yang sama, untuk mewakili kedua2 PEGAWAI syarikat terbabit semasa prosiding reman yang di jadualkan pada jam 11 pagi, Selasa 27/11/18 itu...

8) Di sisi undang2, menurut prinsip kepentingan peguamcara anakguam, saya TIDAK BOLEH DEDAHKAN identiti kedua2 PEGAWAI syarikat, mahu pun seorang PEKERJA syarikat terbabit...

9) Tetapi bagi tujuan mengelakkan salah faham yang muncul, saya boleh cuma sekadar mengesahkan bahawa SEORANG daripada 3 (Tiga) anakguam kami itu, mempunyai kelayakan Ijazah Perundangan, tetapi bukannya lagi beramal sebagai peguambela dan peguamcara swasta pada ketika berkhidmat di syarikat itu...

10) Pada hari Selasa, 27/11/18, saya, Haniff Khatri, dan Muhammad Rafique Rashid Ali telah hadir untuk anakguam kami masing2, semasa prosiding reman... 

11) Ketiga2 anakguam kami setakat pada tulisan Siri : 1604 ini masih lagi berada dalam tahanan reman untuk membantu pihak polis dalam siasatan berkenaan...

12) Seperti yang saya sentiasa menggesa dalam tulisan2 mahupun wawancara2 saya sebelum ini, sememangnya ianya menjadi TANGGUNGJAWAB pihak berkuasa untuk memberi Kenyataan Awam bagi tujuan memberi maklumat kepada orang ramai berhubung PERKEMBANGAN SIASATAN mana2 kes, lebih2 lagi kes yang menarik perhatian umum dan melibatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat...

13) Namun, pada waktu yang sama, saya juga telah sering tekankan bahawa Kenyataan Awam itu TIDAK BOLEH mendedahkan butiran terperinci siasatan yang boleh menggugat KESELAMATAN mana2 pihak ataupun menjejaskan HASIL SIASATAN dan perjalanan adil BICARA JENAYAH itu, jika ada, kelak!!!



14) Pada petang Rabu, 28/11/18, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bersama Ketua Polis Negara dan Ketua Setiausaha Kementerian telah mengadakan satu SIDANG MEDIA bagi tujuan memberi maklumat terkini berhubung SIASATAN pihak POLIS berkaitan RUSUHAN pada awal pagi 26/11/18 itu, yang pada dasarnya adalah satu langkah yang sihat, terutamanya untuk memberi gambaran sebenar bahawa peristiwa sedih RUSUHAN itu, tidak melibatkan isu perkauman mahupun keagamaan, malahan adalah berkaitan pertikaian perundangan yang membabitkan syarikat pemilik tanah dan 2 (Dua) pihak pengurusan berbeza yang mengendalikan kuil itu...

15) Namun, saya perlu nyatakan di sini bahawa terdapat beberapa kenyataan yang telah di utarakan semasa SIDANG MEDIA tersebut, samada semasa pembacaan kenyataan menteri mahu pun ketika soal jawab yang boleh mencemar KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (RULE OF LAW) kerana melibatkan samada fakta yang salah, tidak tepat atau pun mendahului SIASATAN yang belum di muktamadkan lagi, yang mana antara yang utama, saya senaraikan di bawah ini :

》Kes ini sehingga kini TIDAK melibatkan 2 (Dua) orang PEGUAM, tetapi cuma seorang sahaja PEGUAM...

PEGUAM itu pun tidak semestinya peguam swasta yang beramal sebagai peguambela dan peguamcara secara langsung...

》Kaitan langsung PEGUAM itu dengan mana2 KEBERSALAHAN JENAYAH masih belum di muktamadkan melalui SIASATAN yang lengkap kerana kesemua 21 orang yang telah di tahan berhubung RUSUHAN pada awal pagi  Isnin, 26/11/18, sehingga penulisan Siri : 1604 ini, masih berada dalam tahanan polis untuk membantu siasatan yang masih lagi di teruskan...

》Apabila SIASATAN di selesaikan sahaja, baharulah mana2 KEBERSALAHAN JENAYAH, jika ada akan di zahirkan melalui PERTUDUHAN JENAYAH yang akan di bawa terhadap mana2 individu terbabit di MAHKAMAH...



》Tidak boleh di rumuskan atau di beri tanggapan kepada orang ramai bahawa PEGUAM itu kononnya individu yang patut di pertanggungjawabkan KEBERSALAHAN JENAYAH mahu pun sebagai punca dan akibat kepada RUSUHAN berkenaan pada awal pagi Isnin, 26/11/2018 itu...

》Malangnya, akibat dari SIDANG AKHBAR yang di nyatakan di Perenggan 10 di atas, yang telah tersebar melalui liputan media elektronik dan media sosial pada petang yang sama, terdapat pelbagai pihak yang tidak bertanggungjawab dan yang ingin mengambil kesempatan daripada kandungan SIDANG MEDIA berkaitan FAKTA SALAH kewujudan 2 (Dua) orang PEGUAM swasta yang beramal sebagai Peguambela dan Peguamcara, telah menyebabkan tertularnya TOHMAHAN dan FITNAH bahawa KONONnya 2 (Dua) orang PEGUAM itu adalah :

(a) Haniff Khatri (Saya), dan
(b) Muhammad Rafique Rashid Ali...

16) Walhal, TOHMAHAN dan FITNAH itu di lanjutkan lagi dengan mengedarkan GAMBAR FOTO yang di ambil pemberita pada prosiding reman pada Selasa 27/11/18, dengan menambah CAPTION JAHAT dan PALSU KONONnya :

'these are the two lawyers who were paid RM150,000 to takeover the temple'... 

'They pocketed RM135,000, and paid RM300 to each of 50 Malay thugs to takeover the temple on Sunday morning'

17) Saya, Haniff Khatri dan Muhammad Rafique Rashid Ali mengutuk keras TOHMAHAN JAHAT dan FITNAH PALSU yang di edarkan mana2 pihak yang SALAH ini dan memberi AMARAN TEGAS bahawa kami akan mengambil langkah yang perlu di sisi undang2 terhadap kesemua atau mana2 individu yang terlibat dalam pengedaran TOHMAHAN JAHAT dan FITNAH PALSU itu, sekiranya perbuatan jahat ini tidak di hentikan dengan serta-merta!!!

18) Walau apa sekalipun, jelaslah kami, Haniff Khatri dan Muhammad Rafique Rashid Ali adalah BUKTI HIDUP yang menzahirkan bagaimana pendedahan fakta siasatan yang  salah, tidak tepat ataupun mendahului SIASATAN yang belum di muktamadkan oleh pihak MENTERI ataupun pihak berkuasa boleh menjejaskan dan menggugat KESELAMATAN mana2 pihak yang TIDAK TERLIBAT SEKALIPUN, selain dari ianya boleh juga menjejaskan HASIL SIASATAN dan perjalanan adil BICARA JENAYAH itu, jika ada, kelak!!!

19) Justeru, saya sekali lagi menyeru kepada kesemua pihak terbabit, yakni pihak MENTERI, PIHAK BERKUASA dan keseluruhan lapisan masyarakat di negara ini untuk sentiasa mendukung prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (RULE OF LAW) agar negara kita dapat mengorak langkah padu ke arah kejayaan dan kesejahteraan hakiki di dalam negeri dan juga di mata antarabangsa, selama2nya, In Sya Allah!!!

BERANI KERANA BENAR!!!

TANPA GUNDAH GANJARA!!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

Haniff Khatri
29.11.2018



Dalam sidang media, Haniff juga membidas kenyataan tak berasas Menteri Perpaduan, Waythamoorthy yang menimbulkan keresahan di kalangan rakyat dan mengakibatkan keadaan menjadi semakin buruk...

Jelas, Waythamoorthy bukanlah seorang yang layak untuk DI LANTIK sebagai senator dan menteri...

Apa lagi alasan yang Dr. Mahathir nak bagi untuk mempertahankan Waythamoorthy...

Berapa banyak kecederaan lagi yang Dr. Mahathir nak lihat sebelum memecat Waythamoorthy!!!

Baru beberapa hari Dr. Mahathir, pertahankan Waythamoorthy kerana sikap perkaumannya, kini Waythamoorthy mempertaruhkan lagi keamanan dan keselamatan rakyat Malaysia semata2 kerana nak di pandang sebagai hero pada bangsa India...

Apakah Waythamoorthy tak takut dan tak hormat dengan Dr. Mahathir atau Dr. Mahathir yang takut dengan Waythamoorthy!!!

0 comments:

fda

Archives