Friday, December 14, 2018

ICCPR Lagi Bahaya Dari ICERD

Perlu Ker Turun Himpunan 812


Ramai yang tanya aku, perlu ke turun lagi 812, sedangkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah mengeluarkan kenyataan yang tanpa tandatangan dan langsung tiada jaminan walau cetakan komputer yang menyatakan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD pada 23.11 yang lepas...

Bagi aku, terpulanglah kepada rakyat untuk menilai tapi bagi aku ada beberapa perkara yang kita sebagai rakyat kena menilai dengan akal yang waras dan bukan hanya menilai dari sekeping kertas malah isi2 ICERD itu juga perlu di fahami...

Ada beberapa perkara yang kita sebagai rakyat marhaen terlepas pandang dalam isu utama 812 ini...


Masihkah kalian ingat tentang Persatuan Melayu Murtad (IFC) pada tahun 2003?


Masihkah kalian ingat tentang Coalition Malaysian NGO (COMANGO) pada tahun 2008?



Dan COMANGO lah kepala yang menuntut konvensyen antarabangsa daripada negara Islam kepada negara sekular...


Dan masihkah kalian ingat akan Deklarasi Setapak 1967 DAP?

Sebenarnya bukan hanya isu ICERD yang menjadi isu kepada terjadinya himpunan 812 ini malah ada beberapa konvensyen antarabangsa lagi yang akan di ratifikasikan...

Semua ada 8 konvensyen antarabangsa yang telah di wujudkan oleh United Nation (UN) yang semestinya akan memenuhi piagam mereka...

Malaysia melalui kerajaan terdahulu sudah ratifikasikan 3 konvensyen antarabangsa termasuk Convention on the Elimination of All Form of Discrimination Against Women (CEDAW), tinggal lagi 5 yang belum ratifikasikan termasuklah ICERD dan Ineternational Covenant on Civil and Political Right (ICCPR)...

Sebenarnya perkara dalam ICCPR lagi bahaya dari ICERD kerana kerana perkara2 dalam ICCPR menuntut hak kesamarataan beragama...

Setiap 4 tahun, PBB akan membuat review terhadap negara2 di bawah UN melalui Universal Periodic Review (UPR) iaitu penilaian sejauh mana negara2 di bawah UN ini selari dengan piagam2 hak asasi mereka...

Kenapa kerajaan terdahulu iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah meratifikasikan 3 konvensyen antarabangsa itu termasuk CEDAW?

Kerana 3 konvensyen itu langsung tak der isu dalam konteks agama dan bangsa malah mengangkat 'women empowerment'...

Bila ratifikasi CEDAW dan semestinya untuk memenuhi tuntutan sebagai negara di bawah United Nation...

Tapi kerajaan baru sekarang iaitu kerajaan Pakatan Harapan melalui ucapan Dr. Mahathir sendiri di PBB baru2 nie, Dr. Mahathir telah memberi komitmen Malaysia walaupun sukar untuk ratifikasikan lagi 5 baki konvensyen antarabangsa itu...

Melalui Menteri Luar nya juga menyatakan Malaysia akan ratifikasikan kesemua konvensyen antarabangsa itu sebelum 2030...


Dan kalau perasan sebelum ini pernah tersebar satu video kader mereka iaitu video perancangan Wan Ji, dalam video itu dia cakap yang negara Malaysia akan menjadi negara republik pada tahun  2030 dan untuk menjadi negara republik, mereka kena hapuskan institusi Majlis Raja2 untuk jadikan Malaysia ini Kingdom of GOD...

Apakah perancangan mereka sebenarnya untuk Malaysia ini?

Dulu mereka hanya aktor2 yang menuntut hak asasi melalui agensi masing2...

Sekarang mereka sudah menjadi menteri, timbalan menteri, panel pembuat dasar dan mempunyai kuasa untuk mengiyakannya...

Sudah semestinya apa pun tekanan daripada rakyat, mereka kena memenuhi tuntutan daripada PBB walaupun melalui PINTU BELAKANG...

Di Malaysia, siapa Melayu dia akan Islam...

Secara tidak langsung, Melayu yang akan terkesan...

Bumiputera di Sabah mempunyai 46 rumpun...

Di Sarawak ada 78 rumpun...

Malaysia mempunyai ACUAN dan CARA tersendiri untuk 178 etnik di negara ini...

Tidak perlu penglibatan antarabangsa untuk menyatupadukan kami!!!


Ingat apa dah jadi kepada Indonesia (dituntut jangan letak status agama dalam kad pengenalan), Arab Saudi (di tuntut jangan letak undang2 Islam sebagai undang2 tertinggi negara mereka), Singapura dan 2 negara lagi...

Cukuplah kerajaan berfoya2 dengan tuntutan merepek daripada golongan minoriti ini jika hendak perintah Malaysia lama...


Jika nak kira diskriminasi, nanti ayat Al-Quran pun tak boleh di baca dan akan menjadi kesalahan kerana ada ayat Al-Quran mencerca kaum Luth yang memperjuangkan LGBT...

Jika nak kira diskriminasi, undang2 negara yang  melibatkan undang2 Islam terutama bab kahwin pun akan di kawal oleh jawatankuasa antarabangsa ini terutama jawatankuasa ICERD dan ICCPR...

DAULATKAN ISLAM!!!
TOLAK ICERD!!!
TOLAK ICCPR!!!



#himpunan812

0 comments:

fda

Archives