Monday, December 3, 2018

Sejarah Pasti Akan Menghukum Waythamoorthy Dan Ganibatarau, Apakah Jawapan Kepada Anak Cucu Kamu Nanti


Dr. Mahathir masih lagi pertahankan Waythamoorthy dengan mengatakan beliau BERPUASHATI dengan pencapaian Waythamoorthy setakat ini...

Walau pun tidak dapat di nafikan, Waythamoorthy telah GAGAL melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang menteri yang di amanahkan untuk menjaga perpaduan dan keharmurnian rakyat Malaysia...


Rusuhan yang berlaku di kuil Seri Maha Mariamman selama 3 hari dan mencetuskan 2 keganasan itu menyaksikan seorang anggota bomba yang di arahkan ke situ untuk memberi bantuan di pukul dengan begitu parah dan kini di lapurkan masih lagi bergelut dengan maut dan nasib 2 remaja Melayu yang di pukul beramai2 oleh perusuh ketika menunggang motosikal masih lagi belum di ketahui kerana di katakan hilang, GAGAL di tangani oleh Waythamoorthy dengan baik...

Isu kuil Seri Maha Mariamman sebenarnya bermula apabila pihak yang memiliki tanah tapak kuil tersebut, OneCity Development Sdn. Bhd. mahu memindahkan kuil tersebut ke satu lokasi lain sebagaimana yang telah di tetapkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam...

Keadaan menjadi tegang bila pihak OneCity Development Sdn. Bhd. di katakan telah menghantar sekumpulan 50 orang lelaki yang di upah, di percayai untuk mengawal keadaan di kuil tersebut pada 26hb November 2018...

Namun kedatangan sekumpulan 50 orang lelaki tersebut telah menimbulkan ketegangan antara mereka dan beberapa orang penganut Hindu yang berada di kuil tersebut ketika itu...




Memburukkan keadaan bila Exco DAP negeri Selangor, V. Ganabitarau, memuatnaik kenyataan di dalam akaun Facebook beliau dengan mengatakan 'SEKUMPULAN LELAKI ISLAM TELAH MENYERANG SEKUMPULAN PENGANUT HINDU YANG BERADA DI KUIL SERI MAHA MARIAMMAN'...

Kenyataan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab V. Ganabitarau telah menimbulkan kemarahan kaum India berugama Hindu di kawasan tersebut dan mengakibatkan mereka bertindakbalas dengan menyerang sekumpulan 50 orang lelaki tersebut...




Keadaan menjadi lebih tegang bila sekumpulan lelaki Melayu pula bertindakbalas dengan membuat perarakan menuju ke kuil tersebut namun atas kebijaksanaan dan kecekapan pihak polis, keadaan telah berjaya di kawal dan kejadian yang lebih buruk dapat di elakkan...

Adalah di fahamkan, walau pun pihak Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengeluarkan perintah kelulusan pemindahan kuil tersebut dan pihak OneCity Development Sdn. Bhd. juga telah menyediakan sebidang tanah dan memberi duit pampasan sebanyak RM1.5 juta kepada pihak pengurusan kuil bagi tujuan pemindahan dan pembinaan kuil baru, namun kini timbul satu lagi pihak pengurusan baru yang mendakwa telah mengambil alih pengurusan kuil dan tidak menerima apa2 duit pampasan dari pihak OneCity Development Sdn. Bhd dan mereka enggan memindahkan kuil tersebut ke tapak baru yang telah di sediakan...

Lebih mengeruhkan keadaan bila Waythamoorthy cuba menjadi HERO dengan memberi jaminan kuil tersebut TIDAK AKAN di pindahkan dan beliau akan meminta campurtangan pihak Peguam Negara untuk menyelesaikannya!!!

Jaminan TIDAK BERASAS dari Waythamoorthy itu BOLEH DI ANGGAP MENGHINA KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM yang telah di buat pada tahun 2014...

Kelemahan Waythamoorthy Hampir Menimbulkan Ketegangan Baru



Waythamoorthy di lihat GAGAL menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Menteri Perpaduan untuk menasihatkan pihak pengurusan kuil supaya tidak mengeluarkan apa2 kenyataan yang boleh menimbulkan ketegangan semula apabila keadaan telah mula terkawal...

Keadaan menjadi tegang semula bila pihak pengurusan kuil mengeluarkan kenyataan bahawa Mohd. Adib anggota bomba yang cedera parah itu sebenarnya tidak di pukul tetapi sebenarnya telah di langgar oleh jentera Bomba yang mahu berundur ke belakang...

Dalam ertikata lain, pihak Bomba sendiri yang mencederakan hingga parah anggota mereka!!!

Namun kenyataan itu telah di sangkal oleh Ketua Pengarah Bomba, Datuk Mohammad Hamdan Wahid...



Malah dari siasatan awal pihak polis, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Fuzi telah menafikan dakwaan pihak kuil Seri Maha Mariamman...

Jadi tak perlulah nak bersikap baling batu sembunyi tangan!!!



Pihak kuil juga dengan ANGKUH mendakwa sekumpulan 50 orang yang berjaya mereka 'tewaskan' adalah terdiri dari ahli kumpulan seni silat Melayu, kononnya melalui SIJIL TAMAT LATIHAN SILAT yang mereka temui dalam kereta yang di gunakan oleh kumpulan 50 orang tersebut, walau pun dalam masa yang sama mereka mendakwa kereta2 yang membawa kumpulan 50 orang itu telah berjaya mereka bakar pada hari kejadian!!!

Apakah asas dan keperluan untuk mereka mengeluarkan kenyataan2 yang boleh membangkitkan kemarahan dan sensitiviti orang Melayu setelah keadaan dapat di kawal sepenuhnya!!!

Waythamoorthy MESTI Bertanggungjawab Dan Meletak Jawatan Serta Meminta Maaf Kepada Pihak Polis



Waythamoorthy dan sebahagian menteri2 yang membuat kenyataan MELULU DAN BODOH dengan menyalahkan pihak polis yang mereka dakwa lambat bertindak sehingga mahukan pihak polis di Balai Subang Jaya di kenakan tindakan displin, DI TUNTUT membuat KENYATAAN MEMINTA MAAF kepada pihak polis yang telah bertungkus lumus dan mempertaruhkan nyawa mereka untuk mengawal keadaan ketika Waythamoorthy dan beberapa menteri yang membuat kenyataan bodoh itu sedang nyenyak tidur dengan anak isteri mereka di rumah...

V. Ganabitarau Tidak Boleh Lepas Tangan Dan Beliau MESTI Di Siasat Di Bawah AKTA HASUTAN



Ahli exco kerajaan negeri Selangor, V. Ganabitarau mesti bertanggungjawab kerana dakwaan beliau jelas telah menimbulkan ketegangan antara kaum Melayu dan India...

Walau pun beliau telah meminta maaf namun ianya sudah terlambat kerana Mohd. Adib sudah pun terlantar di hospital dan beberapa kaum Melayu dan India juga sudah terlantar di hospital dan ada yang di khabarkan parah...

Di manakah tanggungjawab moral kamu wahai Waythamoorthy dan Ganabitarau?

Apakah kamu berdua tidak malu dan rasa masih layak memikul tanggungjawab sebagai Menteri Perpaduan Malaysia dan Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor!!!

Kejadian ini akan tercatit dalam sejarah negara dan nama kamu berdua PASTI akan di catitkan sebagai pengkhianat keamanan dan perpaduan negara berbilang bangsa di Malaysia...

Apakah jawapan yang akan kamu berikan kepada anak cucu kamu nanti!!!

Kepada bangsa Melayu, janganlah terperangkap dengan jerat perkauman begini...



Ayuh kita teruskan perhimpunan ICERD tapi SECARA AMAN untuk menzahirkan terima kasih kerana walau pun retifikasinya DI TANGGUHKAN dan bukan DI TOLAK, di samping mendesak kerajaan supaya MEMECAT WAYTHAMOORTHY SEBAGAI MENTERI PERPADUAN SERTA MERTA kerana beliaulah PUNCA kepada isu retifikasi ICERD!!!

0 comments:

fda

Archives