Thursday, December 6, 2018

Hadir Himpunan Anti ICERD Adalah "COOL"

APA YANG RAKYAT BOLEH BELAJAR DARIPADA PEMILIHAN MAJLIS PEGUAM


Pemilihan Majlis Peguam (Malaysian Bar) yang berlaku semalam menunjukkan secara jelas kebangkitan golongan konservatif...

Tetapi ramai yang silap faham dan berfikir bahawa ia berlaku kerana pengundi2 yang memilih golongan 'libtards' sebelum ini telah berubah dan memilih golongan kanan...

Hakikatnya tidak (jika ada pun sedikit)...

Yang berlaku sebenarnya adalah kebangkitan golongan senyap...

Pemilihan Malaysian Bar acap kali di kritik di sebabkan jumlah keluar mengundi yang rendah...

Pemilihan tahun lepas contohnya hanya menyaksikan 18.2% pengundi menunaikan tugas mereka...

Tetapi tahun ini berbeza...


Sebagai contoh, calon kesayangan golongan liberal di Malaysia, Siti Kasim...

Tahun lepas beliau memperoleh 1,450 undi dan menduduki tempat ke 12...

Tahun ini, jumlah undi kepadanya meningkat kepada 1,748 tetapi kedudukannya jatuh ke tangga ke 17 sekaligus menyebabkan beliau tersingkir...

Apa yang berlaku ialah jumlah yang mengundi meningkat mendadak daripada 3,279 pada tahun lepas kepada 5,512 pada tahun ini...

Ini menunjukkan majoriti senyap yang selama ini malas nak mengundi dan malas ambil tahu mula bangun menunjukkan sikap dan pendirian mereka...

Penyebab Kebangkitan Majoriti Senyap


Soalnya kenapa bangkit?

Seorang kaunselor berdaftar memberitahu, antara sikap asas manusia adalah kita suka mengikut trend atau bersama dengan majoriti...


Dalam psikologi, ia di panggil 'social proof'...

Ia menunjukkan bahawa manusia mudah terpengaruh dengan persekitaran dan pandangan sekeliling semasa membuat keputusan...

Istilah ini di perkenalkan oleh Dr Robert Cialdini pada tahun 1984 melalui bukunya, 'Influence'...

Keadaan inilah yang sebenarnya berlaku pada PRU 14...

Trend ketika itu adalah menyokong Mahathir ialah 'COOL'...

Mengidolakan Guan Eng adalah 'ELEGANT'...

Tapi mempertahankan Najib adalah 'MACAI'...

Soal FAKTA sudah jatuh nombor 2...

Nombor 1 adalah 'TREND'...

Atas sebab itu saya sangat mempertahankan Himpunan 812...

Pemilihan Majlis Peguam yang berjaya di kuasai golongan pro status quo semalam menunjukkan bahawa rakyat hanya MAHU atau BERANI bersuara dan bertindak JIKA mereka tahu mereka tidak bersendirian...

Himpunan 812 adalah titik mula kebangkitan kaum peribumi...

Ia akan menjadi 'trendsetter' bahawa adalah sesuatu yang sangat 'COOL' untuk menjadi bangsa bumiputera...

Adalah sesuatu yang sangat 'ELEGANT' untuk menjadi konservatif...

Dan adalah sesuatu yang sangat 'STYLO' untuk menjadi Muslim yang berpegang kuat kepada akar agamanya...

Oleh itu sahabat2 ku :

Gagahkanlah dirimu Sabtu ini untuk bersama sama menjadi sebahagian daripada sejarah yang akan mengembalikan semula negara ini ke asas pembentukannya...

Kerana percayalah pada hari ini, berdiam diri bukan lagi satu pilihan... 

Silence were never an option!!!



MARILAH KITA BERSATU HATI, KETEPIKAN PERBEZAAN POLITIK, LUPAKAN PERSELISIHAN SESAMA KITA KERANA UGAMA, BANGSA, TANAH AIR DAN ANAK CUCU KITA MEMERLUKAN KEHADIRAN KITA DI PERHIMPUNAN UMMAH 812...

KITA BERHIMPUN BUKAN UNTUK MENIMBULKAN KEKACAUAN TETAPI KITA BERHIMPUN UNTUK MENYAMPAIKAN MESEJ YANG CUKUP JELAS KEPADA MEREKA :

BENAR...

SIFAT BANGSA MELAYU SUKA MENGALAH DAN BENCI BERBALAH...

TAPI BILA BANGSA MELAYU MENGALAH, BUKAN BERERTI BANGSA MELAYU ITU LEMAH...

BUKALAH KITAB SEJARAH...

KEGEMILANGAN SEMANGAT PERJUANGAN NENEK MOYANG KAMI TELAH MULA MENGALIR SEMULA DALAM SETIAP URAT DARAH ANAK CUCU MEREKA HARI INI...

HARIMAU YANG TELAH LAMA TIDUR, KINI TELAH SEDAR SEMULA!!!

QURSANI YANG TELAH LAMA MEMBEKU, KINI TELAH TERASA KEHANGATANNYA SEMULA!!!

CUMA QURSANI YANG MENGALIR SEKARANG ADALAH QURSANI TUAH!!!

JANGAN SAMPAI QURSANI JEBAT TURUT MENGALIR!!!

QURSANI TUAH PENUH BERHEMAH DAN BERTINDAK PENUH HIKMAH!!!

TAPI QURSANI JEBAT, TIDAK PERNAH ADA PERKATAAN MENYERAH!!!

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

0 comments:

fda

Archives