Friday, March 31, 2017

PERANG DINGIN MUHYIDDIN-MUKHRIZ; Akarumbi mula menyampah


Dulu Madey berdegar berkata, dia ada trump card untuk jatuhkan Dato Najib dan naikkan Muhyiddin. Nampaknya sehingga kini terup joker masih tidak keluar-keluar dan Muhyiddin dah tersangkut hingga sudah tidak lagi selesa.

Mulut dah terlepas cakap:


Dalam pakatan dengan PAS, ahli dan pemimpin akarumbi nampak ada perselisihan antara Muhyiddin dan Mahathir.

Muhyiddin kata lain, Mahathir pun kata lain. Memang lah bila ditanya, mereka akan nafi. Namun pandangan jelas berbeza sekali.

Baca Snapshot 2016 akan contoh:

Mahathir - Mukhriz - Muhyiddin, semua cakap lain-lain
http://snapshot2016.blogspot.com/2017/03/mahathir-mukhriz-muhyiddin-semua-cakap.html

Muhyiddin sedar Mahathir tidak upaya untuk naikkan dirinya untuk gantikan Najib sebagai PM.
DAP tak akan tunduk pada Tun Mahathir
http://antarapos.com/am/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WncJdlaA==

Malah Mahathir juga telah lambung namanya untuk di smash oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan menjadikan masa depan politiknya tidak menentu dan kini menunggu masa dipencenkan di Pagoh atau Muar, tinggal pilih saja.

DAP tidak suka dia dan pengundi cina bakal tolaknya bila tanding di Muar.

Muhyiddin pun bukannya pernah usaha rapatkan diri dengan orang Muar. Tempat asalnya di Kg Bentayan telah lama ditinggalkan. Rumah dia di Muar pun bukan di kamping asal usul tapi di kawasan elit Tanjong.

Kaum keluarganya ramai tapi dah tua uzur/mati atau berhijrah ke KL atau JB.  

Muhyiddin lebih cenderung pada PAS untuk hidupkan politiknya tapi Mahathir yang punya pandangan Islam Liberal tidak akan mahu. Seumurnya dia memusuhi PAS dan pemikiran seperti PAS lebih dari DAP.

Untuk lawan Mahathir, dia tidak upaya. Dalam bersama dengan Mahathir pun ramai penyokongnya tidak selesa. Mereka juga panggil Mahathir rasuah dan diktator. Tambah lagi, Mahathir telah berjaya naikkan Mukhriz sebagai Timbalan. Tinggal jatuhkannya untuk naikkan Mukhriz.

Muhyiddin sedar Mukhriz tiada kewibawaan sebagai pemimpin, Penyokong dan pengikutnya tidak berkualiti dan bawa kelebihan politik. Kematangan pun kurang. Keprihatinan pun kurang. Degil yang banyak.

Dia begitu alpa dan leka hingga tidak dapat perkuatkan diri ketika memegang jawatan MB hingga dipintaskan sedikit demi sedikit.

Mahu tidak mahu, Muhyiddin perlu membuka langkah. Dalam diam-diam dan senyap-senyap seperti cara dia main terhadap Pak Lah dan Najib, dia mulakan langkah.

Sebagai Presiden, dia punya kuasa untuk lantik orang. Tanpa berbincang dengan Tun atau Mukhriz, dia main lantik saja orang-orangnya ke jawatan-jawatan penting. Memandang orang-orangnya orang lebih lama dalam politik, Muhyiddin mudah untuk justifikasi perlantinkan-perlantikan.

Sementara tu, Mukhriz pula samada menyedari atau tidak hal ini, telah mulakan langkah. Walaupun tiada ahli pasukan yang kuat, team berani berubahnya dari zaman Pemuda UMNO telah mula diselit sana sini.

Peel UMNO untuk berebut kuasa dan pentingkan diri sendiri sudah mula menyerlah. Ramai pihak percaya ianya sebahagian konspirasi untuk jatuhkan Muhyiddin supaya dia mudah bincang dengan Kit Siang untuk diletakkan sebagai bakal PM.

Ini telah membuat ramai pihak berbulu.

Kedua-dua kerja acuh tak acuh. Yang bersungguh-sungguh adalah Mahathir tapi mereka berdua sudah mula berebut hasil.

Tunggu respons cap bunga. Bila mereka tiada upaya berhujah dengan bijak, mereka hanya tuduh makan dedak dan maki hamun.

Bila spin story, pejenis tak masuk akal macam cerita keling Outsyed The Box yang tidak pernah turun ke lapangan untuk tahu hal sebenar. Sama dengan Kadir Jasin dan Zam Mamak yang erection every 5 year.

Hanya hearsay dari kedai emas di masjid India saja ...

0 comments:

fda

Archives