Tuesday, March 7, 2017

Negara dicabar! Ayuh rapatkan barisan, bersatu

Korea Utara mencolek rakyat kita yang berada di kedutaan di pyongyang:

http://snapshot2016.blogspot.my/2017/03/rakyat-malaysia-dicolek-kerajaan-korea.html

Sahabat-sahabat sekalian.

HARI INI NEGARA KITA DIUJI LAGI,

Kita tidak di suruh  keluarkan Duit,
Kita tidak perlu pergi Merusuh,
Kita tidak perlu Angkat Senjata.
Tidak....

Korea Utara Telah pun mengeluarkan arahan untuk menahan semua rakyat kita di Korea Utara daripada keluar dari negara itu.

Mereka ni anak kepada seseorang.
Adik, Abang, Kakak Kepada seseorang.
Ibu dan Ayah Kepada seseorang.
Mereka rakyat Malaysia.
Mereka Adalah Kita.

Apa yang saya syorkan adalah kita tunjukkan perpaduan dan solidariti kita sebagai rakyat Malaysia membantah tindakan Korea Utara dengan mengibarkan Jalur Gemilang Kita di Media Sosial.

Ada masa kita boleh berpolitik,
Ada masa kita boleh berbalah,
Ada masa kita boleh bergaduh sesama sendiri.
Tapi BUKAN HARI INI.

Hari ini kita bersatu sebagai Sebuah Negara.
Bangkit dan Bersatulah.

Doakan Keselamatan Mereka.

#Unite4Malaysia

video

1 comments:

  • Anonymous says:
    March 7, 2017 at 5:20:00 PM GMT+8

    Betul...pertahankan kedaulatan negara.

fda