Tuesday, January 24, 2017

Rakyat dipaksa bayar 20 sen beg plastik untuk dana PRU PKR?



Sesuuatu yang menghairankan isu caj 20 sen beg plastik. Kita faham caj 20 sen itu untuk kurangkan pnggunaan eg plastik di pasaraya. Mahu galakkan orang ramai bawa beg sendiri macam makcik-makcik dan nyonya duu ke pasar bawa bakul.

Yang menjadi persoalan, kenapa Eli Wong hanya sibuk pasal beg plastik sebagai usaha cegah mencemarah alam sekitar. Hal sampah sarap lagi mengotorkan kawasan perumahan dan juga alam sekitar. Tambah lagi, ramai dah makan kenyang kontrak-kontrak penghapusan sisa sampah:


http://snapshot2016.blogspot.com/2017/01/ini-pun-pencemaran-alam-sekitar-eli-wong.html
Hutan dan rimba ditumbangkan untuk tujuan pembangunan tak renti-renti di Selangor. Kenpa Eli Wong berdiam?
Elizabeth Wong dikatakan pernah mendakwa bahawa nilai 20sen yang dikenakan itu hanya harga yang minimum dan menyarankan agar setiap beg palstik yang dijual boleh dinaikkan oleh peniaga.

PKR TIPU RAKYAT-Bag Plastik Untuk Menutup Isu Sampah, Kilang Haram dan Pencemaran Sungai


Adakah sebab pemaju sumbang kepada coffer pilihanraya PKR?????

Selangor terancam dan kotor, caj 20 sen terhadap rakyat terhadap penggunaan beg plastik atas nama “Go Green” itu hanya pembohongan sahaja dari Azmin sedangkan kejadian yang telah berlaku itu menceritakan perkara yang sebenarnya.

Azmin Dan Elizabeth Wong – “Go Green” Hanya Untuk Keuntungan Pengilang

BEG PLASTIK 0.20 SEN TEKAN RAKYAT 

“Persoalan saya kemana pergi 0.20 sen ini? Bagi saya ini satu dasar yang tidak patut dilaksanakan khususnya bagi kepentingan rakyat selaku penguna.

Adakah sistem pembungkusan plastik juga bakal diharamkan sama sekali atas nama “Go Green”  yang disarankan oleh kerajaan Selangor yang hanya melihat plastik sebgai masalahnya tetapi tidak mempedulikan  longokan sampah sarap diserata Selangor dan  pencemaran  sungai yang kritikal serta pembunagan sisa kilang haram dipinggir sungai?

Beg Plastik: Hanya Untuk Kayakan Kilang Plastik Proksi Pembangkang
Anggapan sedemikian tidak boleh dilarikan kerana sikap pentadiran negeri Selangor dalam isu kecil beg plastik agak pelik. Bila ditanya, Azmin lepaskan tangan:


Saje nak cerita hari ini pasal beg plastik yang kena caj 20 sen tu. Kerajaan negeri macam sudah main tarik tali bila kena bantai dengan pengguna. Katanya keuntungan jualan tu semuanya masuk kepada keuntungan peniaga. Siapa yang arah caj 20 sen ni?

Yang makin untung peniaga dan yabg makin susah dan terbeban adalah pengguna. korang ken la sendiri kat fb di bawah ni... pastu share kat kawan2 lain minta pandangan...

Jawapan Eli Wong pula merepek



Angkuhnya ... Kenapa begitu defensif jika katanya rakyat sokong?


“Menteri Besar Selangor mana ada masa untuk fikirkan masalah rakyat dan menyelami denyut nadi rakyat, bila timbul isu beg plastik beliau kata rakyat sokong tetapi hakikatnya ramai badan bukan kerajaan (NGO) yang membantah.

“Bercakap pula banyak berdolak dalih di mana peraturan pun masih belum ada tetapi diserahkan pula kepada pemilik perniagaan untuk tentukan sama ada mahu mengenakan caj 20 sen atau tidak. Ini kerana Azmin hanya sibuk berpolitik,” katanya.

Azmin Ali Terlalu Sibuk Untuk Fikir Masalah
http://www.tv14.my/2017/01/23/azmin-ali-terlalu-sibuk-untuk-fikir-masalah/#

Bila ditanya bertubi-tubi, ini pula jawapan:


Sah ada benda tidak betul sedang berlaku

7 comments:

  • Anonymous says:
    January 24, 2017 at 10:52:00 AM GMT+8

    Kenapa tak fikirkan alternatifnya. Beg berbahan kertas umpamanya. Lagi pun, beg plastik masakini ada jenis mesra alam kan. Kesian rakyat, semakin macam tinggal dinegara mundur.

  • Anonymous says:
    January 24, 2017 at 11:35:00 AM GMT+8

    nak bagi tahu exco yang mungkin belum timbul idea bagaimana nak selesaikan. sebenarnya kenakan charge 20 sen untuk satu beg plastik tidak selesaikan masalah. isunya ialah mengharamkan penggunaan beg plastik, so beg plastik totally tak boleh digunakan walau dengan kos sekalipun. jadi adalah terlebih baik pasaraya kenakan bayaran bagi beg bio atau beg boleh urai. inilah konsep sebenarnya yang perlu ada. bila kata haram tak boleh guna, tapi boleh jugak guna dengan syarat bayar 20 sen adalah peraturan bodoh... nak buat peraturan kena la ada inisiatif bagi membantu menjayakan objektif, bukan balik2 rakyat jugak yang kena.

  • Unknown says:
    January 24, 2017 at 11:54:00 AM GMT+8

    Tak payahlah diperbesar-besarkan cag 20 sen untuk
    beg plastic di Selangor. MELAKA pun dulu cag 20sen.
    Beg plastic keluaran MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH
    JAYA. Kalau tak mahu guna beg plastic ni, kena
    bawak beg sendiri atau pakai kotak.
    Bagus apa cara ni.
    Dapat kawal kebersihan alam sekitar daripada dipenuhi
    beg-beg plastic di sungei-sungei.
    Jangan cuma nampak kuman di seberang laut.
    Kuman di bibir sendiri sebesar gajah, tak perasan.
    Sudahlah, jangan diperbesar-besarkan lagi pasal
    20 sen beg plastic ni.
    Small matter.
    Banyak benda lain patut jadi tumpuan.
    Nampak sangat cybertroopper umno dah takda modal.
    Mari bincang pasal kebaikan hati mak si Randang,
    dagang lalu ditanakkan, takda kayu api rumah dirobohkan.
    Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
    Cina PRC diberikan Tanah freehold, Reserve Melayu
    kekal pajakan 99 tahun.

  • Anonymous says:
    January 24, 2017 at 1:02:00 PM GMT+8

    Pergi beli belah di selangor kena ada duit extra untuk "pow" bag plastik @ .20 satu x 10 = 2.00. Kata nak hapus penggunaan plastik tapi bayar tak apa. Tegahan apa. Ibarat kata: Tak boleh ngentot tapi pakai "condominium" tak apa apa punya polisi? MULAI 2017 CUKAI TANAH DISELANGOR NAIK SENYAP-SENYAP......1.5% KEATAS KADAR LAMA. KALAU DULU rm50.00 SEKARANG RM53.00. ITU NAMANYA DASAR PEDULI RAKYAT KE ATAU TAK PENDULI RAKYAT.

  • Anonymous says:
    January 24, 2017 at 1:45:00 PM GMT+8

    Kat Melaka semuanya ok sebab umnongok yang buat...podaaaah

  • Anonymous says:
    January 24, 2017 at 9:10:00 PM GMT+8

    Bawak la beg siap2 dari rumah. Habis cerita. Kat europe dah lama praktikkan ni. Kat Melaka pun dah buat. Tak yah la semua benda nak dipolitikkan...

  • rahman says:
    January 25, 2017 at 2:32:00 AM GMT+8

    Orang di Melaka dah guna beg platik day bayar 20 sen dah bertahun tahun tapi takde lah di jadikan isu politik. Cukup2 lah bermain isu politik ini, benda2 mcm ni tak mendatangkan faedah dan tidak juga dapat tarik pengundi.

fda

Archives