Friday, January 6, 2017

Dato Arif suka main golf oversea, POW kontraktor kecil!


KESALAHAN DATO MOHD ARIF ABDUL RAHMAN SEBAGAI PEGAWAI KEWANGAN NEGERI SELANGOR

1. Perlantikan 27 kontraktor untuk kerja-kerja penyelenggaraan parit dan longkang di kawasan MPSJ yang melibatkan kos berjumlah 3 juta di bawah peruntukan MARRIS. Perlantikan kontraktor tersebut dibuat secara lantikan terus dan tanpa mendaftar dengan pihak UPEN. Ianya bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor yang telah diwartakan.

2. Berbelanja mewah untuk pergi bercuti keluar negara sebanyak 6 kali setahun dengan kos melebihi RM250,000-00 yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri. Untuk tahun 2011, enam anak syarikat yang terlibat ialah PKNS, PNSB, Worldwide Holdings, Selaman Sdn. Bhd., Sentral Spektrum dan KDEB. Setiap anak syarikat membayar lebih RM45,000-00 ribu untuk setiap percutian beliau.

3. Tidak pernah menggunakan khidmat Selangor Tourism untuk setiap urusan kunjungan ke luar negara. Sedangkan kesemua urusan kunjungan keluar negara oleh kerajaan negeri mestilah diuruskan oleh Selangor Tourism yang merupakan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor. Sebaliknya beliau hanya menggunakan satu syarikat swasta iaitu TRI-D Travels & Tours untuk setiap tuntutan kos beliau keluar negara.

4. Setiap bulan beliau akan menuntut kos bermain golf yang dianggarkan sebanyak 6-7 ribu sebulan kepada syarikat Worldwide Holdings Bhd.

5. Menggunakan kenderaan rasmi beliau untuk menghantar dan mengambil anak dari sekolah.

6. Sebagai Non-Executive Chairman kepada Worldwide Holdings Bhd beliau telah meminta sebuah kenderaan rasmi untuk beliau walaupun tiada dalam peruntukan syarikat. Lembaga pengarah meluluskan pembelian Toyota Camry. Tetapi beliau tidak bersetuju sebaliknya beliau inginkan Honda Accord. Kereta tersebut sekarang ini diberikan kepada isteri beliau untuk tujuan penggunaan peribadi.

7. Jumlah pendapatan bulanan beliau dianggarkan melebihi RM100,000-00 sebulan. Jumlah cukai pendapatan yang dibayar oleh beliau sahaja sudah melebihi 70 ribu. Ini adalah jumlah pendapatan yang luar biasa bagi seorang penjawat awam.

8. Memiliki kereta-kereta mewah yang kebiasaannya mustahil dimiliki oleh pegawai kerajaan seperti beliau. Antara kereta mewah yang beliau miliki ialah Cooper-S yang berharga lebih 200 ribu dan Audi Q5 yang berharga lebih 400 ribu.

9. Meminta komisyen sebanyak RM50 ribu kepada Kelab Golf Seri Selangor setiap kali kejohanan Selangor Masters diadakan di situ yang ditaja oleh Worldwide Holdings Bhd.

10. Beliau berpakat dengan YB Azmin untuk mengaut kekayaan Selangor bagi tujuan peribadi dan membantu mengumpul dana politik pilihanraya untuk PKR dan Pakatan.


Bukan lagi untuk kes-kes di KKLW. Biar SUB bernama Tarmizi itu berpeluh dulu.

Tak payah nak cannon ke sana lagi, Theresa Kok. Kes Sabah Watergate tu kerja pembangkang bernama Shafie Apdal al Hampedal wal Rafiq.


Salahlaku yang ini berlaku bawah hidung Azmin. Banyak sangat tidor ....


Bila Ezam nak buat laporan ke SPRM. Hisbah Reform Centre dah nyamun dari dua-dua kolam.


http://snapshot2016.blogspot.my/2017/01/bila-ezam-akan-serah-kotak-kotak.html



1 comments:

  • Anonymous says:
    January 6, 2017 at 7:13:00 PM GMT+8

    Mak aaii... X PTD dapat naik pangkat KSU di KKLW.
    Abiss semua peraturan dilanggar bila xcdent dah terantuk baru sedor sakit kikikiki.......

fda

Archives