Thursday, March 19, 2020

COVID-19 Vs Kebodohan Khalid Samad...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

|0 comments

Admin rasa kesian tenguk hidup mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad.

Dalam keadaan rakyat Malaysia bertarung dengan wabak Covid-19, Khalid Samad secara konsisten keluarkan kenyataan-kenyataan bodoh yang langsung tak boleh di bawa berunding lagi.

Tak boleh nak 'move on' ker Lid?

Dalam keadaan genting nie pun masih nak berpolitik lagi!!!

Buatlah sesuatu atau keluarkanlah kenyataan yang boleh membantu rakyat menghadapi wabak Covid-19 nie atau sekurang-kurangnya boleh mententeramkan rakyat.

Spin Khalid Samad Tutup Kebodohan Mantan Kerajaan PH Tangani Wabak Covid-19


Dalam satu hantaran di Tweeter, Khalid cuba berikan gambaran kononnya, ketika PH memerintah, keadaan adalah sangat-sangat terkawal dengan jumlah kes yang dilapurkan cuma 24 dan cuma ada 2 kes sahaja yang perlukan rawatan lanjut.

Paling tak boleh nak 'blah' Khalid tuduh pula penubuhan Kerajaan Muhyiddin yang menyebabkan bala Covid-19 di Malaysia.

Tapi Khalid lupa, di peringkat awal penularan wabak Covid-19, yang memerintah Malaysia ialah Pakatan Harapan.


Di sebabkan kobodohan dan sikap sambil lewa Pakatan Harapan mengambil langkah pencegahan, walau pun pada 31 Januari 2020, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengumumkan wabak Covid-19 sebagai Darurat Kesihatan Global (BACA DI SINI) telah menyebabkan wabak Covid-19 menular secara luas di Malaysia.


Tidak mungkin Khalid lupa, ketika negara-negara lain menyekat kemasukan warga asing ke dalam negara mereka terutamanya dari China, Pakatan Harapan pula menggalakkan kemasukan pelancong dari China ke Malaysia.


Malah Menteri Kesihatan Pakatan Harapan ketika itu, Dr. Zulkifli, yang katanya 'doctor by profession', menggalakkan pelancong China supaya datang ke Malaysia.


Lebih memeranjatkan bila Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir (seorang lagi doctor by profession) mengumumkan kerajaan tidak bercadang menyekat kemasukan pelancong dari China.

Sebenarnya kebodohan dan sikap tidak bertanggungjawab Pakatan Harapan sewaktu memerintah yang lebih mementingkan Tahun Melawat Malaysia 2020 sehingga sanggup menggadaikan keselamatan rakyat merupakan punca utama penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Admin bukanlah penyokong Kerajaan Muhyiddin tetapi admin bersetuju dengan tindakan pantas dan drastik Kerajaan Muhyiddin dalam mengawal wabak ini dari terus merebak, paling tidak ianya lebih baik dari tindakan Pakatan Harapan yang dungu.


Baru-baru ini, Muhyiddin telah mengumumkan Perintah Sekatan Perjalanan tapi tidak tahulah apa masaalah Khalid, Perintah Sekatan Perjalanan, Khalid samakan dengan Perintah Berkurung...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Ianya 2 jenis perintah yang berbeza, ya Khalid.

Admin lupa, Khalid cuma jadi menteri 22 bulan saja, jadi mungkin tak sempat hendak semak perkara-perkara begini.

Ya lah, persediaan hendak jadi broker Kg. Baru saja sudah makan masa lebih 18 bulan, betultak Khalid...🤣🤣🤣

Perintah Sekatan Perjalanan bermaksud tidak digalakkan untuk buat perjalanan keluar dari daerah atau negeri di mana kita berada untuk mengelakkan orang yang sudah dijangkiti Covid-19 dari menyebarkan virus itu ke daerah lain, yang tidak boleh keluar rumah itu dinamakan Perintah Berkurung.

Jadi tidak perlulah hendak tunjukkan kononnya prihatin dengan rakyat yang terpaksa duduk dalam rumah yang sempit sebab tidak boleh keluar rumah, sebab tidak relevan langsung.

Akhir kata, janganlah politikkan isu Covid-19 ini, ya Khalid.

Sama-samalah kita membantu untuk menangani penularan wabak ini.

Sebab serangan virus Covid-19 akan merentasi sempadan parti dan ideologi politik!!!

Wednesday, March 18, 2020

Bertindak Segera, Jangan Biarkan DAP Menguasai Putrajaya Sekali Lagi

|0 comments

5 Mac 2020 yang lalu, laman blog ini mendedahkan bagaimana liciknya DAP mengurangkan peratusan undi Melayu di Pulau Pinang untuk mereka menguasai Pulau Pinang (BACA DI SINI).

Sebenarnya, DAP tidak akan berpuas hati jika hanya mampu menguasai Pulau Pinang.

Matlamat DAP untuk menukar negara ini kepada republik adalah jelas.

Matlamat DAP untuk memusnahkan sistem Raja Berpelembagaan di negara ini adalah jelas.

Matlamat DAP untuk menghapuskan taraf Islam sebagai agama rasmi Persekutuan seperti yang tercatit dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan adalah jelas.

Matlamat DAP untuk menghapuskan hak dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera seperti yang tercatit dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi dengan hanya menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang, DAP sudah pasti tidak dapat merealisasikan cita-cita mereka.

Strategi Licik DAP Untuk Menguasai Sepenuhnya Dan Kembali Berkuasa Di Putrajaya


DAP sedar tidak mungkin mereka boleh menubuhkan kerajaan tanpa ada kerjasama dengan parti orang Melayu.

Ini adalah kerana pengundi Melayu menguasai lebih dari 60% kuasa mengundi di Malaysia.

Maka strategi pertama DAP ialah memecahbelahkan kuasa pengundi Melayu dan ini telah pun DAP laksanakan dengan berjaya.

Parti PAS berjaya DAP pecahkan kekuatannya bila DAP bertindak memberikan sokongan dan dana kepada parti PAN melalui proksi DAP, Mat Sabu.


Parti terbesar orang Melayu, UMNO, berjaya DAP pecahkan kekuatannya bila berlaku krisis antara Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim, DAP memberikan sokongan dan dana untuk penubuhan parti PKR melalui proksi DAP, Anwar Ibrahim.


Bila berlaku pula krisis antara Dr. Mahathir dan DS Najib, DAP pantas mengambil kesempatan untuk memecahkan lagi kekuatan UMNO dengan memberikan sokongan dan dana untuk penubuhan parti PPBM melalui proksi DAP, Dr. Mahathir.

Kini, kekuatan UMNO cuma tinggal 30% dari kekuatan asal sebelum berlaku dua kali perpecahan.

Maka selepas memecahkan UMNO dan PAS, serta bersekutu dengan parti tajaan DAP, iaitu PAN, PKR dan PPBM, akhirnya setelah lebih 6 dekad menunggu, DAP berjaya melangkah ke Putrajaya dengan angkuhnya, maka bermulalah agenda mereka yang kedua.

DAP kini tahu kekuatan kuasa pengundi Melayu sudah berjaya dipecahkan dan untuk memastikan kuasa mengundi orang Melayu terus lemah, maka kuasa mengundi bangsa Cina yang ditaja DAP mesti diperkukuhkan.

Tetapi kekuatan kuasa mengundi orang Cina hanya sekitar 20% ke 25% sahaja.

UMNO jangan terlalu selesa sebab sekarang dah jadi kerajaan.

18 Mei adalah penentuan sama ada Kerajaan Muhyiddin akan bertahan atau tidak.

Kalau Kerajaan Muhyiddin kalah dalam undi tidak percaya, berbagai-bagai kemungkinan boleh berlaku, antaranya parlimen akan dibubarkan dan PRU 15 akan diadakan.

Sudahkah Muafakat Nasional bersedia?

Betulkah Muafakat Nasional dah bersedia?

DAP bertahan di Penang sebab strategi memusnahkan perkampungan Melayu hingga majoriti pengundi Melayu di setiap DUN dan Parlimen jadi kecil.

22 bulan DAP memerintah, strategi yang hampir sama DAP gunakan tapi dengan pendekatan berbeza :

》Berpuluh ribu warga asing dari China diberikan kerakyatan dan sekarang bertaburan di seluruh negara...

》Beribu warga dari China mendapat MyKad palsu yang sudah pun berdaftar dengan SPR menggunakan pengkalan data penerima RM30 dan sekarang mereka bertaburan ke seluruh negara...


Baru2 ini, DYMM Sultan Johor menitahkan supaya semua penerima kerakyatan semasa Pakatan Harapan memerintah MESTI disiasat, kalau tidak boleh berbahasa Melayu, kerakyatan mereka mesti ditarik balik...

Istana tak akan keluarkan kenyataan pada perkara yang tak pasti!!!

JPN SPR mesti bertindak pantas dan tegas dalam isu ini...

Orang Melayu khususnya anak muda pastikan kita sudah mendaftar dan bagi yang sudah mendaftar, semak apakah ada perubahan pada pusat mengundi!!!

Ini bukan spekulasi tapi realiti yang cukup mengerikan...

Ini bukan cerita siapa TPM, siapa dalam kabinet Muhyiddin tapi ini cerita tentang nasib dan masa depan anak bangsa...

Tolong bertindak segera!!!

Jangan sampai kita menang sorak, tapi akhirnya kampung tergadai!!!

Ini adalah berkaitan kedaulatan negara...

Tuesday, March 17, 2020

Lim Guan Eng Mesti Bertanggungjawab Di Atas Kemusnahan Ekonomi Malaysia!!!

|0 comments

Teruknya Lim Guan Eng rosakkan ekonomi Malaysia.

Antara jawatan menteri yang rakyat Malaysia tunggu-tunggukan dalam kabinet TS Muhyiddin Yassin ialah siapakah yang akan menjadi Menteri Kewangan Malaysia.

Pada mulanya, ramai menyangkakan jawatan ini akan dijawat oleh orang politik.


Dan ramai yang mengharapkan agar DS Mohamad Hassan akan dilantik sebagai senator dan seterusnya dilantik menjadi Menteri Kewangan berdasarkan kecemerlangan beliau dalam dunia korperat antarabangsa.

Tapi, jangkaan kita semua meleset.


Muhyiddin telah melantik seorang yang pakar dalam bidang kewangan, ekonomi dan perbankan iaitu Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz.

Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, CIMB Group sekarang ini.

Maka dengan ini, kita boleh lihat begitu teruknya ekonomi Malaysia yang ditinggalkan oleh Lim Guan Eng, seorang akauntan bertauliah yang palsu.

Lim Guan Eng telah merosakan keseluruhan sistem percukaian di Malaysia apabila memansuhkan GST.


Kemudian Lim Guan Eng memperkenalkan cukai yang tidak masuk akal dan tidak kena dengan masanya seperti cukai gula, cukai soda dan cukai digital.


GST ini sangat penting sebagai penampung apabila harga minyak mentah dunia turun.

Malaysia amat terkesan apabila harga minyak jatuh mendadak kerana minyak merupakan salah satu hasil pendapatan negara yang penting.


Apabila GST tiada dan harga minyak pula jatuh, pendapatan kerajaan pastinya akan terjejas.

Lim Guan Eng juga telah menambahkan hutang langsung Malaysia lebih dari RM100 billion hanya dalam masa 22 bulan daripada RM686 billion kepada lebih RM800 billion.

Tidak dapat kita bayangkan pertambahan hutang langsung Malaysia sekiranya Lim Guan Eng masih lagi menjadi Menteri Kewangan sampai akhir penggal yang berbaki lebih dari 3 tahun.

Kemungkinan besar, cita-cita Lim Guan Eng untuk melihat hutang langsung Malaysia mencecah RM1 trilion akan tercapai!!!

GDP merupakan satu penunjuk ekonomi juga mencatatkan kemerosotan di bawah 5.0% berbanding pentadbiran sewaktu zaman DS Najib.

Paling teruk sekali adalah GDP pada suku tahun ke-4 2019.

Negara Malaysia mencatatkan GDP terendah sepanjang 10 tahun iaitu pada kadar 3.6%!!!


Lim Guan Eng juga meranapkan kutipan hasil kerajaan Malaysia apabila menggunakan PETRONAS sebagai kambing hitam untuk Belanjawan 2019 apabila menjarah PETRONAS sebanyak RM54 billion dan selepas itu menjarah lagi RM20 bilion.

Lim Guan Eng juga mengumumkan Belanjawan 2020 dengan anggaran purata harga minyak pada USD 62 setong.

Tapi hari ini, minyak Brent turun pada kadar USD 35 setong.

Kemungkinan hampir separuh hasil negara berkaitan minyak akan merosot.

Memburukkan keadaan, dana PETRONAS untuk pelaburan telaga baru kini sudah hampir kekeringan bila Lim Guan Eng telah menjarah lebih dari RM74 bilion dari PETRONAS.

Tidak lupa juga penjualan aset negara lebih kurang RM30 billion.

Tidak lupa juga bagaimana Lim Guan Eng merosakkan Tabung Haji dengan menubuhkan sebuah syarikat yang bernama Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) untuk mengambil aset berharga daripada Tabung Haji.

Begitulah bagaimana teruknya Lim Guan Eng telah merosakkan ekonomi Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia terbaru ini terpaksa melantik orang yang betul-betul pakar dalam bidang ekonomi, kewangan dan perbankan supaya dapat memperbaiki kerosakan yang Lim Guan Eng telah tinggalkan.

Lim Guan Eng mesti bertanggungjawab atas kerosakan besar yang telah beliau lakukan terhadap ekonomi Malaysia.

Lim Guan Eng tidak boleh lepas begitu sahaja dengan cuba menyalahkan pihak lain.

Kerajaan baharu MESTI menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) untuk menyiasat kegiatan Lim Guan Eng menjarah harta negara, Tabung Haji dan PETRONAS.

Sekiranya ini tidak dilakukan oleh kerajaan baharu, rakyat pasti akan kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap kredibiliti dan integriti kerajaan Muhyiddin.

Tahniah kepada Tengku Zafrul atas perlantikan menjadi Menteri Kewangan Malaysia.

Cuma perlu diingatkan kepada Tengku Zafrul, rakyat Malaysia tidak mahu melihat adanya Lim Guan Eng 2.0 dan Daim 2.0 dalam Kementerian Kewangan.

Monday, March 16, 2020

Penjelasan Istana Negara, Apakah Sekarang The Guardian Menggantikan Sarawak Report Sebagai Lidah Fitnah Pakatan Harapan?

|0 comments

Kehebatan pemimpin Pakatan Harapan yang tidak boleh kita nafikan ialah kepakaran mereka menabur fitnah secara sistematik.

Hingga akhirnya, masyarakat yang mula-mula merasa ragu dengan fitnah yang dilemparkan, akhirnya akan percaya sepenuhnya.

Dr Mahathir pernah berkata :

"Perkara yang tidak benar sekiranya diulang berkali-kali, akhirnya orang akan percaya bahawa ianya benar".

Saidina Ali Karamallahu Wajha pernah mengingatkan umat Islam dengan kata-kata :

"Kebatilan yang terancang akan memusnahkan kebenaran yang tidak terancang"

Bukan admin hendak samakan Saidina Ali karamallahu wajha dengan Dr Mahathir tapi bagi admin mesej mereka adalah sama walau pun darjat mereka bagai bumi dan langit bezanya.

Kini tuduhan dan fitnah pihak istana melakukan rampasan kuasa telah tular hingga ke luar negara.

Ini pastinya akan menjejaskan imej Malaysia, lebih-lebih lagi Raja Raja Melayu.

Tuduhan pihak istana melakukan rampasan kuasa dimulakan oleh pemimpin Pakatan Harapan selepas mereka tidak berpuashati dengan keputusan yang dibuat oleh SPB YDP Agong.

Matlamat menghalalkan cara, itulah prinsip dan pegangan Pakatan Harapan.

Penjelasan Istana Negara


Istana Negara hari ini menafikan sekeras-kerasnya langkah yang diambil oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah dalam pelantikan Perdana Menteri baru-baru ini adalah 'royal coup' (rampasan kuasa oleh Raja) seperti ditulis oleh agensi berita The Guardian (BACA DI SINI).

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini berkata, artikel The Guardian itu adalah sama sekali tidak tepat dan cubaan mengelirukan masyarakat antarabangsa mengenai isu pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.


"Sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja, saya sangat terkejut dengan tahap ketidaktepatan serta pendirian editorial yang mengelirukan oleh agensi berita berpangkalan di United Kingdom ini."

"Apatah lagi mengambil kira fakta bahawa subjek artikel mereka, iaitu Demokrasi Parlimen di Malaysia sebenarnya diasaskan dari Sistem Westminster."

"Artikel itu jelas menunjukkan fakta yang terpesong mengenai langkah yang diambil Yang di-Pertuan Agong dalam melantik Perdana Menteri baharu," katanya lagi.

Ahmad Fadil berkata :

"Secara faktanya Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan untuk melantik Perdana Menteri baharu ekoran perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinetnya."

"Apabila Dr Mahathir memaklumkan kepada Agong pada tengah hari 24 Februari 2020, bahawa beliau tidak lagi mempunyai sokongan majoriti Dewan Rakyat, dan terpaksa meletak jawatan, Tuanku mempunyai tanggungjawab di bawah Artikel 40(2)(a), iaitu menggunakan kebijaksanaan Baginda untuk melantik Perdana Menteri baharu."

"Baginda juga tertakluk kepada Perkara 43(2)(a) untuk melantik Perdana Menteri yang pada pandangan Tuanku seorang ahli Dewan Rakyat yang dipercayai mempunyai sokongan majoriti," katanya lagi.

Ahmad Fadil menjelaskan lanjut, Baginda Tuanku jelas melakukan langkah yang lebih daripada apa yang sepatutnya dengan memanggil kesemua Ahli Dewan Rakyat serta ketua-ketua parti politik bagi membolehkan Tuanku mendapat pandangan yang lebih jelas.

"Ia hanya selepas langkah konsultansi yang ketat dan terbuka, selaras dengan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan, barulah Tuanku menggunakan kebijaksanaan Baginda bagi melantik Perdana Menteri."

"Jadi, tiada sebab langsung untuk langkah ini dianggap sebagai 'royal coup' seperti yang ditulis oleh The Guardian, yang secara terang-terangan bersikap berat sebelah dalam penulisan mereka," kata Ahmad Fadil lagi.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada Wisma Putra serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London atas reaksi pantas dalam menyanggah penulisan itu.

Siapa Di Belakang The Guardian?


Kita semua tahu Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional pada PRU 14 kerana kehebatan dan kesungguhan mereka menabur fitnah secara sistematik.

Kini strategi yang sama mereka lakukan apabila telah kehilangan kuasa.

Motifnya ialah supaya mereka dapat balik kuasa yang telah hilang itu.

Di dalam kempen PRU 14, Pakatan Harapan menggunakan Sarawak Report (SR) sebagai lidah fitnah mereka, apakah kali ini Pakatan Harapan menggunakan The Guardian pula sebagai lidah fitnah mereka setelah kredibiliti lapuran SR dipertikaikan banyak pihak?

Sekiranya Pakatan Harapan mendapat balik kuasa pemerintahan, apa agenda mereka selepas itu?

Menyambung kembali kerja-kerja untuk terus memusnahkan negara yang telah tergendala?

Apakah ini yang rakyat Malaysia mahukan?

Tidak cukupkah penderitaan selama 22 bulan yang kita alami sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan?

Sebenarnya kehilangan kuasa Pakatan Harapan bukanlah sebab kerakusan kepada kuasa pemimpin Muafakat Nasional, apa lagi kalau hendak dituduh ianya adalah rampasan kuasa oleh pihak istana.

Tiada sebab mengapa pihak istana mahu merampas kuasa pentadbiran pihak eksekutif.

Negara Malaysia mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan dan pihak Majlis Raja Raja Melayu sentiasa menghormati sistem tersebut.

Tidak pernah dalam sejarah Malaysia ada mencatitkan wujud gerakan atau usaha pihak istana merampas kuasa pentadbiran dari pihak eksekutif.

Yang selalu berindak malampaui batas dan membuat provokasi terhadap pihak istana ialah ahli-ahli politik terutamanya dari DAP, malah Dr Mahathir sendiri selalu mengeluarkan kenyataan provokasi dan mencabar kesabaran pihak istana.

Yang menyebabkan kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan ialah kerana sikap gelojoh dan tamak kuasa pemimpin Pakatan Harapan sendiri.

Pihak istana tidak pernah cuba mempengaruhi Majlis Presiden menekan Dr Mahathir untuk melepaskan jawatan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang terakhir.

Pihak istana tidak pernah campurtangan dalam keputusan Dr Mahathir meletak jawatan.

Pihak istana tidak pernah mendesak Muhyiddin untuk membawa PPBM keluar fari Pakatan Harapan.

Pihak istana tidak pernah campurtangan dalam keputusan PKR memecat Azmin dan Zuraidah.

Malah pihak istanalah yang menyelesaikan kemelut politik negara yang berpunca dari sifat tamak dan rakus pemimpin Pakatan Harapan.

Jadi mengapa mesti disalahkan pihak istana?


Sumber :

Astro Awani

Sunday, March 15, 2020

Apakah Idrus Harun (AG) Akan Mengambil Tindakan Ke Atas Adik Beliau, Azhar Harun (SPR) Atau Akan Jadi Tommy Tomato 2.0?

|0 comments

Ujian Pertama AG : Sediakah Dakwa Azhar Harun (SPR) Yang Merupakan Adik Beliau?

Yang orang ramai nampak, cuma tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tutup sebelah mata kepada kesalahan-kesalahan Pakatan Harapan yang dilakukan terang-terang ketika PPRK Kimanis untuk memihak kepada Pakatan Harapan.

Mungkin ada faham mainan jahat SPR sengaja tidak rayu keputusan mahkamah yangg memihak Karim Bujang dalam saman sivil terhadap SPR (BACA DI SINI).

Akibat tindakan SPR, Anifah Aman hilang kerusi Kimanis.


Padahal Karim kalah dalam petisyen pilhanraya (BACA DI SINI).

Jika Anifah menang samannya terhadap SPR, kesalahan kecuaian Azhar akan menyerlah dan sepatutnya Idrus Harun kena dakwa adiknya, Azhar.

Dari berlaku, baik minta maaf dan letak jawatan.

Sebaik anggota-anggota SPR semua letak jawatan pada 2018 ekoran proses 'pemutihan' yang bermotifkan poliik kerajaan Pakatan Harapan, hanya Art Harun saja yang di lantik sebagai Pengerusi SPR yang baharu.


Anggota-anggota lain SPR belum dilantik untuk menggantikan anggota-anggota yang meletak jawatan.

Tapi waktu itu, Art telah lakukan kesalahan terang-terangan untuk terima petisyen-prtisyen pilihanraya dan buat keputusan sendirian TANPA menunggu anggota-anggota SPR lain dilantik.

Ini jelas merupakan satu kesalahan secara terang-terangan oleh Art Harun.


Dalam satu kenyataan balas atas desakan supaya Art Harun meletak jawatan, beliau suruh buktikan bahawa selama memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPR, beliau tidak berkecuali dan memihak pada Pakatan Harapan (BACA DI SINI)


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi telah menyenaraikan 10 sebab mengapa Art Harun mesti meletak jawatan (BACA DI SINI).

Jadi kepada Art Harun, sila hadamkan apa yang Dr Asyraf nyatakan itu.

Kalau terasa betul apa yang Dr Asyraf nyatakan, lebih baik buka sendiri pintu keluar dari pejabat SPR tu sebelum Peguam Negara yang baru ambil tindakan.

Tetapi, berbalik kepada persoalan utama, adakah Idrus Harun akan benar-benar menegakkan prisip Kedaulatan Undang-Undang, walau pun ke atas adiknya sendiri atau Idrus Harun adalah klon Peguam Negara sebelumnya dan akan menjadi Tommy Tomato 2.0!!!


Kredit :

Fb Salahuddin Hisham

Saturday, March 14, 2020

Skrip TDM-TSMY Untuk Pelampong Mukhriz Ke TPM

|0 comments

Otto von Bismarck menulis sebuah buku bertajuk Politics Is The Art Of Possible.

Secara ringkasnya, Otto von Bismarck menerangkan, seni politik itu berbagai-bagai dan segala kemungkinan luar jangkaan boleh berlaku hasil dari permainan ahli politik.

Dalam Malaysia, memang kita akui, Dr Mahathir ialah 'political goddess' yang tiada tandingannya.

Menjatuhkan 2 orang Perdana Menteri Malaysia yang masih berada di puncak kuasa dan 3 orang Timbalan Perdana Menteri adalag pencapaian Dr Mahathir dalam seni politik beliau yang masih belum boleh disaingi.

Dalam mencapai matlamat politik beliau, pasti ada jalan cerita ke arah itu dan untuk menzahirkan jalan cerita, mesti ada skrip yang menarik malah adakalanya mengelirukan.

Drama Politik Terkini Dr Mahathir


Drama terkini yang sedang diarahkan oleh Dr Mahathir akan mempunyai 'happy ending' untuk anak bongsu kesayangan beliau Mukhriz aka Boboi.

Matlamatnya ialah untuk menaikkan Boboi sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum pergi ke jawatan Perdana Menteri.

Tetapi Dr Mahathir tahu, selagi beliau berada dalam Pakatan Harapan, maka beliau akan terikat dengan janji peralihan kuasa dan beliau juga tahu masa semakin suntuk.

Kerajaan Pakatan Harapan yang terdahulu mempunyai majoriti mudah dalam Dewan Rakyat, ini bermakna sekiranya ada mana-mana parti komponen yang keluar dari Pakatan Harapan, maka Kerajaan Pakatan Harapan akan runtuh seperti yang berlaku sekarang dan Dr Mahathir nampak ruang itu.


Langkah pertama Dr Mahathir ialah cuba menarik seberapa ramai MP UMNO supaya melompat ke PPBM, supaya bila PPBM keluar dari Pakatan Harapan, Kerajaan Pakatan Harapan akan runtuh tanpa perlu bantuan dari mana-mana parti komponen yang lain.

Memandangkan sambutan dari MP UMNO kurang memberangsangkan, Dr Mahathir memulakan langkah kedua, iaitu memecah belahkan PKR.


Bila PKR sudah berpecah kepada 2 kumpulan dan dicampurkan dengan jumlah MP UMNO yang sudah lompat ke PPBM, kini Dr Mahathir mula berikan tekanan kepada Anwar dan Pakatan Harapan dengan berdolak dalih tentang isu peralihan kuasa dan mengadakan pertemuan dengan pemimpin PAS dan UMNO dan meminta mereka menyatakan sokongan terbuka kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Skrip Dr Mahathir Dan Muhyiddin Bermula


Bila Anwar dan Pakatan Harapan sudah menjadi ibarat cacing kepanasan, maka Dr Mahathir sudah bersedia untuk buka gelanggang yang sebenar, maka bermulalah skrip Dr Mahathir dan Muhyiddin Yassin untuk menaikkan Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Seperti yang dijangkakan Dr Mahathir, beliau akan ditekan hebat dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk menyatakan dengan pasti tarikh peralihan kuasa.

Konon-kononnyalah, sebab Dr Mahathir kecewa dengan sikap pemimpin Pakatan Harapan, maka beliau pun meletak jawatan sebagai Perdana Menteri untuk menunjukkan bahawa beliau bukan tamak kuasa.

Satu Malaysia terkejut dan Dr Mahathir buat lagi satu kejutan bila dalam mesyuarat MPT PPBM, Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PPBM pula dengan alasan kononnya tidak sependapat dengan Muhyiddin yang mahu berkerjasama dengan UMNO.

Ini dilakukan supaya Muhyiddin akan tercalon sebagai Perdana Menteri dengan pengunduran Dr Mahathir.

Pendedahan Setiausaha Politik Dr Mahathir yang lawan nya sampai tepuk meja dalam mesyuarat tersebut hanyalah lakonan yang tersangat layak menerima anugerah Grammy Award.

Kononnya hendak bagi gambaran bahawa semua keputusan berkerjasama dengan UMNO bukan kehendak Dr Mahathir.

Ditimbulkan pula isu sama ada Dr Mahathir atau Muhyiddin yang mempunyai kuasa penentu dalam PPBM supaya Dr Mahathir tidak diserang terus-terusan oleh Pakatan Harapan.

Menambah perisan, Dr Mahathir pula mengakui, kononnya PPBM dah berpecah dua, satu team Dr Mahathir dan satu lagi team Muhyiddin.

Kita tahu PPBM akan mengadakan pemilihan parti.

Sebelum diadakan pemilihan, Dr Mahathir keluarkan pula kenyataan 'double meaning' bahawa kemungkinan besar undi tidak percaya ke atas Muhyiddin dalam Dewan Rakyat nanti tidak berjaya dengan alasan beliau sekarang Perdana Menteri dan boleh bagi 'gula-gula', ramai yang sebelum ini menyokong Dr Mahathir, kini sudah beralih menyokong Muhyiddin.

Ini dilakukan supaya tidak nampak ada konspirasi antara Dr Mahathir dan Muhyiddin.

Klu sudah diberi, bila tiba pemilihan parti PPBM nanti, Muhyiddin akan cabar Dr Mahathir untuk jawatan Pengerusi PPBM dan jawatan Presiden akan kekosongan, maka ia akan memberi laluan mudah untuk Mukhriz.

Dalam pertandingan yang konon-kononnya sengit itu nanti, Muhyiddin akan dapat mengalahkan Dr Mahathir dan Mukhriz pula akan selesa menjadi Presiden PPBM.

Maka ketika itulah, jawatan Timbalan Perdana Menteri yang sengaja Muhyiddin kosongkan itu (BACA DI SINI), akan diisi oleh Mukhriz dengan alasan sudah ada keperluan.

'Game' sudah tamat?

Belum lagi, bila tiba PRU 15 nanti, skrip berikutnya, atas alasan kesihatan maka Muhyiddin akan akan bersara dan berikan laluan kepada Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri.

Kalau Muhyiddin engkar, Dr Mahathir dah berikan amaran awal, walau pun beliau bukan lagi Perdana Menteri tetapi beliau tetap rasa bertanggungjawab untuk 'menegur' sekiranya Perdana Menteri melakukan kesalahan.

Dan 'teguran' Dr Mahathir sudah menjatuhkan 2 orang Perdana Menteri Malaysia!!!

Friday, March 13, 2020

Kenapa Mahathir U Turn Lagi, Nak Letak Mukhriz Sebagai TPM?

|0 comments

9 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia ke 8, TS Muhyiddin Yassin mengumumkan senarai jemaah Menteri dan Timbalan Menteri beliau.

Agak mengejutkan bila Muhyiddin umumkan barisan kabinet beliau tidak mempunyai Timbalan Perdana Menteri.

Ia dianggotai oleh 31 orang jemaah Menteri termasuk 4 orang Menteri Kanan dan 38 orang Timbalan Menteri.

Jumlah keseluruhan anggota kabinet Muhyiddin adalah seramai 70 orang termasuk beliau sebagai Perdana Menteri.

Barisan Kabinet Baru Tanpa Timbalan Perdana Menteri


Menimbulkan satu persoalan besar, dengan satu barisan kabinet yang besar dan tempoh pentadbiran yang berbaki lebih dari 3 tahun, Muhyiddin mengosongkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Apakah Muhyiddin melihat tiada keperluan untuk mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri atau Muhyiddin sengaja mengosongkan jawatan tersebut untuk satu tempoh tertentu sebelum seseorang dilantik bagi mengisi jawatan tersebut?

Kerajaan Muhyiddin sekarang dalam keadaan yang cukup kritikal.

Dari maklumat yang diterima, apabila Dewan Rakyat bersidang pada 5 Mei 2020 nanti, usul undi tidak percaya sudah hampir pasti akan dilakukan oleh Pakatan Harapan terhadap beliau dan sekiranya ini berlaku, besar kemungkinan Muhyiddin tidak akan dapat majoriti untuk mengekalkan jawatan Perdana Menteri.


Kalau kita lihat pada Jelajah Harapan yang telah dimulakan oleh pemimpin Pakatan Harapan, cuma pemimpin kelas kedua mereka saja seperti Mat Sabu, Khalid Samad, Saifuddin Nasution dan beberapa orang lagi pemimpin yang kurang menyengat terlibat.

Di manakah pemimpin utama mereka seperti Dr Mahathir, Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng?

Apakah mereka sedang giat untuk memancing Ahli Parlimen yang berada dalam blok kerajaan supaya menyokong usul undi tidak percaya nanti?

Beberapa signal dari beberapa orang pemimpin politik seperti Dr Mahathir, Anwar Ibrahim dan Wan Azizah memberi gambaran bahawa kemungkinan besar usul undi tidak percaya sama ada tidak akan dilakukan atau akan gagal sekiranya dilakukan pada 5 Mei 2020 nanti.


Pada 10 Mac 2020, Wan Azizah membuat kenyataan, sekiranya PRU 15 diadakan dalam jangkamasa terdekat, Anwar yang akan mengetuai Pakatan Harapan dan bukannya Dr Mahathir (BACA DI SINI)...🤔🤔🤔

Kenyataan Wan Azizah itu sebagai membalas kenyataan Dr Mahathir yang menuduh Anwar gila-gila hendak menjadi Perdana Menteri (BACA DI SINI).


Dalam kenyataan balas pula, Anwar mengatakan bukan beliau gila-gila mahu menjadi Perdana Menteri tetapi ianya adalah persetujuan bersama pemimpin Pakatan Harapan sejak tahun 2018...


Paling mengejutkan, di kala semua pemimpin Pakatan Harapan menyatakan keyakinan bahawa Kerajaan pimpinan Muhyiddin akan tumbang pada 5 Mei 2020, secara tiba-tiba Dr Mahathir pula menyatakan bahawa usul undi tidak percaya yang akan dilakukan nanti tidak akan berjaya kerana Muhyiddin sudah berjaya mendapatkan bilangan majoriti Ahli Parlimen yang akan menolak usul tersebut (BACA DI SINI)...🤔🤔🤔

Apakah Dr Mahathir akan berpeluk tubuh dan berdiam diri melihat peralihan sokongan Ahli Parlimen yang semakin memihak pada Muhyiddin?

Dan jangan terkejut bila baru-baru ini Dr Mahathir keluarkan kenyataan yang Muhyiddin tidak mengkhianati beliau secara peribadi  (BACA DI SINI).


Dan Muhyiddin pula seakan mengesahkan konspirasi terbaru ini bila mengeluarkan kenyataan, sekiranya beliau tiada, Azmin sebagai menteri kanan akan mempengerusikan mesyuarat kabinet (BACA DI SINI).

Umum tahu mengenai hubungan baik antara Azmin dan Dr Mahathir dan umum juga tahu Dr Mahathir kes seks luar tabiee Azmin boleh Dr Mahathir jadikan senjata yang cukup berkesan terhadap Azmin nanti.


Adakah jawatan Timbalan Perdana Menteri yang Muhyiddin sengaja kosongkan itu merupakan syarat utama perjanjian antara Dr Mahathir dan Muhyiddin (BACA DI SINI).

'If you check mate Dr Mahathir, he will bring out another king from his pocket".

Dan mungkinkah 'reserve king' itu adalah jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk Mukhriz Mahathir aka Boboi!!!


Kita hendak bertanya pada Muhyiddin, jawatan Timbalan Perdana Menteri sebenarnya tiada keperluan atau sudah ada perjanjian?

Thursday, March 12, 2020

Kenapa Dr Mahathir Berani Ambil Risiko Meletak Jawatan Perdana Menteri?

|0 comments

Umum tahu hakikatnya Dr Mahathir merasa menyesal kerana meletak jawatan sebagai Perdana Menteri yang mengakibatkan beliau kehilangan terus jawatan Perdana Menteri.

Umum juga tahu Dr Mahathir sebenarnya belum bersedia untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Ini bukan persepsi tetapi realiti.

Sikap berdolak dalih Dr Mahathir dalam peralihan kuasa adalah bukti yang cukup nyata.

Persoalannya, kenapa Dr Mahathir sanggup ambil risiko untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Apa yang membuatkan Dr Mahathir mengambil keputusan yang cukup berisiko itu?

Adakah seorang yang dianggap genius dalam seni politik dan telah bergelumang dalam dunia politik selama lebih dari 60 dekad seperti Dr Mahathir boleh membuat kesilapan dalam keputusan yang besar begini?

Sebenarnya, dalam rakaman ucapan beliau pada pagi 1 Mac 2020, Dr Mahathir secara tidak langsung memberitahu mengapa pada kali ini beliau tersilap percaturan.


Cuba perhatikan petikan ucapan Dr Mahathir :

"Saya memutuskan untuk meletakkan jawatan kerana saya telah kehilangan sokongan."

"Jadi saya terpaksa meletak jawatan."

"Saya tiada pilihan."

"Saya fikir jika saya meletakkan jawatan ia akan pergi balik kepada Agong."

"Jadi itulah situasinya." (LIHAT DI SINI).

Sebenarnya, selepas Dr Mahathir ditekan dengan cukup hebat didalam mesyuarat terakhir Majlis Presiden Pakatan Harapan, beliau merasakan beliau sudah tidak lagi mendapat sokongan dari pemimpin Pakatan Harapan.

Tetapi dalam masa yang sama, Dr Mahathir masih lagi belum bersedia untuk melepaskan jawatan.

Satu-satunya cara yang beliau nampak ialah dengan mengadap SPB YDP Agong dan berbincang dengan baginda dengan harapan baginda akan bersetuju.

Perancangan Dr Mahathir pada awalnya berjalan seperti yang beliau harapkan.

Selepas mengumumkan perletakan jawatan, Dr Mahathir mengadakan mesyuarat tergempar dengan kepimpinan PPBM dan isu membentuk Perikatan Nasional menjadi perbincangan utama.

Asas kepada kerjasama Perikatan Nasional ialah pembentukan kerajaan tanpa DAP.

Tetapi Dr Mahathir dengan sengaja mahu DAP menyertai Perikatan Nasional untuk membangkitkan kemarahan pemimpin PPBM dan mencipta alasan tidak mahu berkerjasama dengan UMNO kerana kononnya UMNO adalah sebuah parti yang dipenuhi perasuah dan perompak.

Apakah Dr Mahathir lupa, ketika Barisan Nasional ditumbangkan dahulu, Dr Mahathir telah meminta Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi untuk membubarkan UMNO dan diserapkan ke dalam parti PPBM?

Apakah Dr Mahathir sudah lupa, selepas gagal memujuk Dr Zahid Hamidi, Dr Mahathir telah cuba memujuk DS Mohamad Hassan yang ketika itu memangku jawatan Presiden UMNO supaya melakukan perkara yang sama?

Kalau betul UMNO dipenuhi pemimpin yang rasuah dan perompak, apa bezanya bila mereka berpindah ke PPBM?

Akhirnya PPBM mengambil keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan kerana mempunyai keyakinan yang tinggi, dengan sokongan UMNO dan PAS, pembentukan Perikatan Nasional akan dapat direalisasikan kerana Muafakat Nasional mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang ramai.

Tanpa UMNO, tidak mungkin parti lain dalam Muafakat Nasional akan setuju untuk adakan kerjasama dalam Perikatan Nasional.

Akhirnya kepimpinan PPBM mengambil keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan.

Inilah perancangan Dr Mahathir dan ianya nampak berjalan lancar ketika itu.

Apabila PPBM umumkan keluar dari Pakatan Harapan, maka dengan sendirinya Kerajaan Pakatan Harapan sudah tidak mempunyai majoriti dalam Dewan Rakyat, yang membawa maksud Kerajaan Pakatan Harapan sudah tumbang.

Keesokan harinya, Dr Mahathir telah mengadap SPB YDP Agong untuk memaklumkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan sudah tumbang dan dalam masa yang sama, kabinet Pakatan Harapan juga sudah tiada berikutan perletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri.

Dalam pertemuan tersebut, Dr Mahathir menasihatkan SPB YDP Agong supaya melantik beliau sebagai Perdana Menteri Interim, sesuatu yang tidak ada dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi itulah Dr Mahathir, matlamat menghalalkan cara.

Kenapa Dr Mahathir Mahu Menjadi Perdana Menteri Interim?


Cuba perhatikan petikan tulisan beliau pada 3 Mac 2020 :

"Saya cadang diadakan satu Kerajaan Nasional yang bukan orang politik yang berpengetahuan juga akan menyertai kerajaan."

"Orang parti juga akan menyertai kerajaan tetapi sebagai orang biasa yang tidak tertakluk kepada agenda parti mereka." (BACA DI SINI).

Maksudnya, Dr Mahathir akan bebas melantik siapa saja yang beliau mahu termasuk kroni beliau untuk menyertai kabinet beliau.

Dan perlantikan itu TIDAK BOLEH dipertikaikan oleh sesiapa termasuk Ahli Parlimen sendiri kerana jawatan Perdana Menteri Interim adalah lantikan dari SPB YDP Agong sendiri.

Sebab itu, Dr Mahathir telah meminta SPB YDP Agong supaya memanjangkan tempoh lantikan beliau sebagai Perdana Menteri Interim sehingga hujung penggal atau selama 3 tahun (BACA DI SINI).

Tetapi rakyat Malaysia bernasib baik kerana SPB YDP Agong telah menolak permintaan Dr Mahathir, malah baginda telah bertindak sebaliknya.

Baginda telah membuat keputusan untuk mengikut Perlembagaan Persekutuan dan menggunakan hak dan kuasa baginda seperti di dalam Perkara 43 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Bermula dari sini, perancangan Dr Mahathir sudah menjadi senjata makan tuan.

Tanpa PPBM dan tanpa Dr Mahathir dalam PPBM, Pakatan Harapan mencadangkan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke 8.


Sokongan Muafakat Nasional kepada Dr Mahathir pula ditarik balik bila menyedari muslihat sebenar Dr Mahathir dan memohon kepada SPB YDP Agong supaya membubarkan parlimen.

Akhirnya, bila kesemua 222 Ahli Parlimen mengadap SPB YDP Agong untuk menyatakan siapakah calon yang mereka pilih sebagai Perdana Menteri ke 8, Dr Mahathir mendapat sokongan yang paling sedikit.

Kesilapan Dr Mahathir ialah terlalu yakin SPB YDP Agong akan menurut segala kehendak beliau, tetapi Dr Mahathir lupa, sekiranya beliau merasakan diri beliau hebat dalam percaturan politik, Allah SWT adalah Maha Hebat dalam segala-galanya.

Maha benar apa yang Allah SWT firmankan dalam Al Quran :

ÙˆَÙŠَÙ…ْÙƒُرُونَ ÙˆَÙŠَÙ…ْÙƒُرُ اللَّÙ‡ُ ÙˆَاللَّÙ‡ُ Ø®َÙŠْرُ الْÙ…َاكِرِينَ

Mafhumnya :

"Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu."

"Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya."

Surah Al Anfal 30

Wednesday, March 11, 2020

Keangkuhan Dr Mahathir Dan Punca Kebencian Beliau Terhadap UMNO

|0 comments

Baru-baru ini TS Muhyiddin dikatakan telah mengutus surat kepada Dr Mahathir.

Tujuan Muhyiddin mengutus surat adalah untuk menjemput Dr Mahathir supaya berbincang dan mencari jalan perdamaian.

Tetapi Dr Mahathir telah menolak jemputan Muhyiddin dengan kata-kata yang sangat memualkan (BACA DI SINI).


"Singkir UMNO dulu, baru jumpa saya"

Mungkin Dr Mahathir lupa bahawa beliau bukan lagi Perdana Menteri dan beliau mendapat jemputan dari seorang Perdana Menteri...🤣🤣🤣

Apa Puncanya Dr Mahathir Marah Kepada UMNO?


Selepas bersara dari menjadi Perdana Menteri ke 4, kemarahan pertama Dr Mahathir pada pemimpin UMNO bila Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah enggan mengikut kehendak Dr Mahathir untuk meneruskan projek Jambatan Bengkok antara Malaysia dan Singapura.

Ini menimbulkan kemarahan Dr. Mahathir dan beliau mula menyerang Pak Lah (BACA DI SINI).

Tekanan demi tekanan Dr Mahathir berikan pada Pak Lah hingga satu ketika Dr Mahathir isytihar keluar dari UMNO (BACA DI SINI) dan akhirnya Pak Lah terpaksa mengambil keputusan untuk bersara pada 3 April 2009 bagi mengelakkan keadaan menjadi semakin buruk (BACA DI SINI).


Selepas Pak Lah bersara, DS Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara sebsgai Perdana Menteri ke 6.

DS Najib juga yang memujuk Dr Mahathir supaya kembali kepada UMNO.

Dr Mahathir menyangkakan DS Najib adalah seorang yang mudah beliau kuasai.

Sekali lagi sangkaan Dr Mahathir tersilap, bila ternyata DS Najib adalah seorang pemimpin yang mendahulukan kepentingan rakyat dan negara daripada kepentingan peribadi Dr Mahathir.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh DS Najib (BACA DI SINI).

Kemarahan Dr Mahathir semakin memuncak bila beliau merasakan faktor utama kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan adalah kerana UMNO.

Dr Mahathir sedar, sebagai parti yang mempunyai Ahli Parlimen palung ramai, sekiranya UMNO menolak kerjasama dalam kerajaan baharu, sudah pasti ianya tidak boleh dijayakan (BACA DI SINI).

Tetapi bila UMNO bersetuju, maka keputusan sebulat suara dalam Muafakat Nasional dan ditambah dengan Ahli Parlimen dari PKR dan PPBM, maka ini menyebabkan Kerajaan Pakatan Harapan kehilangan majoriti dalam Dewan Rakyat.


Lebih membuat Dr Mahathir marah bila Muafakat Nasional membuat keputusan menarik balik sokongan kepada Dr Mahathir setelah beliau menolak tuntutan pemimpin Muafakat Nasional yang tidak mahu ada penglibatan DAP dalam Kerajaan Nasional yang Dr Mahathir cadangkan.

Selepas Kerajaan Pakatan Harapan tumbang dan selepas Dr Mahathir kehilangan jawatan Perdana Menteri, beliau memberikan alasan tidak mahu berkerjasama dengan UMNO kerana UMNO dipenuhi dengan pemimpin yang korup dan atas dasar prinsip beliau yang tidak boleh berkerjasama dengan pemimpin yang mengamalkan rasuah.

Benarkah begitu?

Sepanjang pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan, begitu banyak kes-kes rasuah dan salah guna kuasa pemimpin mereka yang melibatkan nilai berbilion ringgit digugurkan begitu saja, walau pun ada diantaranya sudah didakwa di mahkamah.


Ramai pemimpin Pakatan Harapan tersebut masih lagi berkerjasama rapat dengan Dr Mahathir seperti Shafie Apdal, Lim Guan Eng, SetPol Dr Mahathir Zahid Md Arif, Salahuddin Ayob dan lain-lain.

Kalau benar Dr Mahathir seorang yang berprinsip, mengapakah Dr Mahathir merasa selesa berkerjasama dengan mereka?

Hakikatnya, Dr Mahathir menyangkakan, selepas proses pemutihan pemimpin yang menentang beliau dilakukan apabila UMNO baru didaftarkan selepas UMNO asal dibatalkan pendaftarannya oleh mahkamah pada tahun 1988 (BACA DI SINI), maka beliau dapat mengawal UMNO sepenuhnya supaya sentiasa mengikut telunjuk beliau, tetapi ternyata Dr Mahathir silap.

Ramai lagi pemimpin UMNO yang mengutamakan rakyat dari kepentingan peribadi Dr Mahathir dan satu perkara yang paling penting ialah Dr Mahathir terlupa, UMNO sekarang didokong oleh 3 juta ahlinya dan disitulah kekuatan sebenar UMNO.

Dan 3 juta akar umbi UMNO menolak sepenuhnya segala bentuk kerjasama dengan Dr Mahathir.

Pinggan tak retak
Nasi tak dingin
Sekali Dr Mahathir tak nak
Seribu kali akar umbi UMNO tak ingin

Tuesday, March 10, 2020

Barisan Kabinet Muhyiddin Yassin, Di Mana Kekuatannya?

|0 comments

Tahniah admin ucapkan kepada yang telah terpilih untuk menganggotai barisan kabinet TS Muhyiddin Yassin.

Secara keseluruhan, rakyat Malaysia mengharapkan supaya barisan kabinet yang dilantik pada kali ini tidak lagi dibarisi oleh Si Dungu yang sering membuat lawak bodoh ketika rakyat dalam kesusahan.

Atau dalam ertikata lain, barisan kabinet sekali ini di HARAMkan untuk mengulangi kebodohan barisan kabinet Kerajaan Pakatan Harapan yang lepas.

Admin tidak mahu komen secara terperinci, cums ada beberapa orang yang telah dinamakan sebagai menteri menarik perhatian admin.

Beberapa isu besar sudah sedia menanti untuk ditangani segera oleh barisan kabinet yang baru dibentuk ini.

Menteri Kewangan (Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz)


Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz adalah seorang tokoh koperat.

Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMBA.

Pernah menjadi penasihat kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Beliau juga adalah pemegang amanah utama untuk Perdana Leadership Foundation dan juga menjadi ahli kepada APEC Business Advisory Council (ABAC).

Apakah Zafrul mampu membawa negara keluar dari kemelut ekonomi apabila diisytiharkan sebagai negara yang mempunyai pertumbuhan ekonomi terburuk  di Asia Tenggara pada tahun 2019?

Selain dari itu, masaalah yang paling besar ialah Bajet 2020 yang diumumkan oleh Lim Guan Eng adalah satu bajet yang langsung tidak berasaskan realiti.

Guan Eng membentangkan Bajet 2020 dengan menyasarkan pendapatan negara pada harga minyak dunia USD70 setong.


Sedangkan harga semasa minyak dunia telah jatuh sehingga paras bawah USD40 setong.

Ini menyebabkan pendapatan negara menyusut sehingga lebih 40%.

Apakah Zafrul akan bentangkan bajet yang baru atau masih terus mahu mengekalkan bajet yang lama tetapi memotong perbelanjaan dan mengurangkan lagi subsidi dan bantuan kepada rakyat ketika kehidupan rakyat sudah pun terhimpit dengan tekanan kos sara hidup selepas Pakatan Harapan memerintah?

Apakah Zafrul mampu memulihkan kembali keyakinan pelabur luar terhadap Malaysia?

Cabaran besar menanti Senator Zafrul.

Menteri Ekonomi (Mustapa Mohamed)


Mustapa Mohamed bukan nama asing dalam dunia politik tanah air.

Melompat dari parti UMNO kepada PPBM bila UMNO ditewaskan dalam PRU 14.

Memang sangat dikenali sebagai sekutu kuat Daim Zainuddin dan Dr Mahathir.

Pernah menganggotai barisan kabinet Pak Lah dan DS Najib.

Tugas utama Menteri Ekonomi adalah untuk menjana aktiviti ekonomi domestik supaya bebanan hidup golongan B40 dapat diringankan.

Kita masih menunggu penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) untuk menyiasat penyelewengan yang dikatakan telah berlaku di Felda.

Kita juga menunggu penubuhan (RCI) untuk menyiasat penjualan skala besar-besaran aset Tabung Haji dan Khazanah Nasional.

Apakah Tok Pa mempunyai keberanian untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat GLC berkenaan?

Atau Tok Pa masih lagi setia dengam arahan Dr Mahathir dan Daim?

Menteri Perpaduan Negara (Halimah Mohamed Sadique)


Halimah Mohamed Sadique merupakan Ahli Parlimen Kota Tinggi.

Pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah pentadbiran DS Najib.

Kini beliau dilantik sebagai Menteri Perpaduan Negara.

Cabaran yang menunggu Halimah ialah hubungan antara kaum di Malaysia yang dilihat semakin meninggi suhunya sejak potfolio itu disandang oleh Waythamoorti yang sangat rasis.

Beberapa isu berprofil tinggi yang berkaitan dengan sensitiviti perkauman dan agama seperti kes Allahyarham Mohd. Adib, isu menghina Rasulullah SAW, isu menghina institusi Raja Raja Melayu, isu penghinaan terhadap Jalur Gemilang yang telah dibiarkan tanpa apa-apa tindakan oleh Waythamoorti, mesti ditangani segera supaya perpaduan kaum kembali terjalin seperti sebelum Pakatan Harapan memerintah dahulu.

Menteri Hal Ehwal Agama (Zulkifli Mohamad Al Bakri)


Bagi admin, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man lebih layak menjawat jawatan ini dari mantan Mufti Wilayah Persekutuan yang pernah menimbulkan kontroversi dengan pandangan dan tulisan beliau yang pro kepada puak Wahabi (BACA DI SINI).


Manakala Tuan Ibrahim Tuan Man merupakan seorang tokoh ulamak yang berprinsip serta tegas dan disegani oleh kawan dan lawan.

Kita memerlukan seorang yang berpendirian tegas seperti Tuan Ibrahim Tuan Man dalam menangani berbagai masaalah sosial seperti isu LGBT, isu murtad, isu penghinaan agama yang dilihat semakin menular di kalangan sejak kebelakangan ini.

Bukan admin persoalkan ilmu keagamaan Zulkifli, tetapi selain dari pernah terpalit dengan fahaman Wahabi, beliau juga dilihat tidak begitu tegas bersuara bila ada isu-isu penghinaan agama sebelum ini.

Dengan sikap beliau begitu, apakah beliau mampu menangani isu-isu panas yang berkaitan keagamaan?


Yang paling menarik ialah penyenaraian Azmin Ali sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), yang juga merupakan menteri kanan dalam kabinet Muhyiddin.

Sedangkan dalam ucapan sulung beliau sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin dengan jelas menyatakan tidak akan mengambil Ahli Parlimen yang pernah dikaitkan dengan rasuah atau jenayah.

Semua orang malah satu dunia tahu dan mentertawakan Malaysia mengenai isu Semburit Azmin.

Dan bukan menjadi rahsia tentang penglibatan Azmin dalam skandal pasir di Ampang.

Memang benar, Azmin tidak didakwa di mahkamah kerana menurut IGP PDRM (Polis Di Raja Mahathir), Hamid Badur, video itu disahkan tulin tetapi pelakunya tidak dapat dikenalpasti!!!

Sebelum mengumumkan senarai kabinet beliau, Muhyiddin sekali lagi menunjukkan fail (yang tidak diketahui apa isi kandungannya) yang dikatakan lapuran saringan PDRM dan SPRM terhadap menteri kabinet beliau.

Dengan kes Semburit dan dan skandal pasir Ampang, kita hairan bagaimana Azmin boleh lulus saringan PDRM dan SPRM.

Apakah yang membuat saringan jenayah itu Polis Di Raja Malaysia atau Polis Di Raja Mahathir dan yang membuat saringan kes rasuah itu adakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mahathir?

Apa pun, kita beri mereka peluang untuk membuktikan kebolehan mereka dan jangan lupa, rakyat memerhati.
fda