Tuesday, March 10, 2020

Barisan Kabinet Muhyiddin Yassin, Di Mana Kekuatannya?


Tahniah admin ucapkan kepada yang telah terpilih untuk menganggotai barisan kabinet TS Muhyiddin Yassin.

Secara keseluruhan, rakyat Malaysia mengharapkan supaya barisan kabinet yang dilantik pada kali ini tidak lagi dibarisi oleh Si Dungu yang sering membuat lawak bodoh ketika rakyat dalam kesusahan.

Atau dalam ertikata lain, barisan kabinet sekali ini di HARAMkan untuk mengulangi kebodohan barisan kabinet Kerajaan Pakatan Harapan yang lepas.

Admin tidak mahu komen secara terperinci, cums ada beberapa orang yang telah dinamakan sebagai menteri menarik perhatian admin.

Beberapa isu besar sudah sedia menanti untuk ditangani segera oleh barisan kabinet yang baru dibentuk ini.

Menteri Kewangan (Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz)


Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz adalah seorang tokoh koperat.

Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMBA.

Pernah menjadi penasihat kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Beliau juga adalah pemegang amanah utama untuk Perdana Leadership Foundation dan juga menjadi ahli kepada APEC Business Advisory Council (ABAC).

Apakah Zafrul mampu membawa negara keluar dari kemelut ekonomi apabila diisytiharkan sebagai negara yang mempunyai pertumbuhan ekonomi terburuk  di Asia Tenggara pada tahun 2019?

Selain dari itu, masaalah yang paling besar ialah Bajet 2020 yang diumumkan oleh Lim Guan Eng adalah satu bajet yang langsung tidak berasaskan realiti.

Guan Eng membentangkan Bajet 2020 dengan menyasarkan pendapatan negara pada harga minyak dunia USD70 setong.


Sedangkan harga semasa minyak dunia telah jatuh sehingga paras bawah USD40 setong.

Ini menyebabkan pendapatan negara menyusut sehingga lebih 40%.

Apakah Zafrul akan bentangkan bajet yang baru atau masih terus mahu mengekalkan bajet yang lama tetapi memotong perbelanjaan dan mengurangkan lagi subsidi dan bantuan kepada rakyat ketika kehidupan rakyat sudah pun terhimpit dengan tekanan kos sara hidup selepas Pakatan Harapan memerintah?

Apakah Zafrul mampu memulihkan kembali keyakinan pelabur luar terhadap Malaysia?

Cabaran besar menanti Senator Zafrul.

Menteri Ekonomi (Mustapa Mohamed)


Mustapa Mohamed bukan nama asing dalam dunia politik tanah air.

Melompat dari parti UMNO kepada PPBM bila UMNO ditewaskan dalam PRU 14.

Memang sangat dikenali sebagai sekutu kuat Daim Zainuddin dan Dr Mahathir.

Pernah menganggotai barisan kabinet Pak Lah dan DS Najib.

Tugas utama Menteri Ekonomi adalah untuk menjana aktiviti ekonomi domestik supaya bebanan hidup golongan B40 dapat diringankan.

Kita masih menunggu penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) untuk menyiasat penyelewengan yang dikatakan telah berlaku di Felda.

Kita juga menunggu penubuhan (RCI) untuk menyiasat penjualan skala besar-besaran aset Tabung Haji dan Khazanah Nasional.

Apakah Tok Pa mempunyai keberanian untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat GLC berkenaan?

Atau Tok Pa masih lagi setia dengam arahan Dr Mahathir dan Daim?

Menteri Perpaduan Negara (Halimah Mohamed Sadique)


Halimah Mohamed Sadique merupakan Ahli Parlimen Kota Tinggi.

Pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah pentadbiran DS Najib.

Kini beliau dilantik sebagai Menteri Perpaduan Negara.

Cabaran yang menunggu Halimah ialah hubungan antara kaum di Malaysia yang dilihat semakin meninggi suhunya sejak potfolio itu disandang oleh Waythamoorti yang sangat rasis.

Beberapa isu berprofil tinggi yang berkaitan dengan sensitiviti perkauman dan agama seperti kes Allahyarham Mohd. Adib, isu menghina Rasulullah SAW, isu menghina institusi Raja Raja Melayu, isu penghinaan terhadap Jalur Gemilang yang telah dibiarkan tanpa apa-apa tindakan oleh Waythamoorti, mesti ditangani segera supaya perpaduan kaum kembali terjalin seperti sebelum Pakatan Harapan memerintah dahulu.

Menteri Hal Ehwal Agama (Zulkifli Mohamad Al Bakri)


Bagi admin, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man lebih layak menjawat jawatan ini dari mantan Mufti Wilayah Persekutuan yang pernah menimbulkan kontroversi dengan pandangan dan tulisan beliau yang pro kepada puak Wahabi (BACA DI SINI).


Manakala Tuan Ibrahim Tuan Man merupakan seorang tokoh ulamak yang berprinsip serta tegas dan disegani oleh kawan dan lawan.

Kita memerlukan seorang yang berpendirian tegas seperti Tuan Ibrahim Tuan Man dalam menangani berbagai masaalah sosial seperti isu LGBT, isu murtad, isu penghinaan agama yang dilihat semakin menular di kalangan sejak kebelakangan ini.

Bukan admin persoalkan ilmu keagamaan Zulkifli, tetapi selain dari pernah terpalit dengan fahaman Wahabi, beliau juga dilihat tidak begitu tegas bersuara bila ada isu-isu penghinaan agama sebelum ini.

Dengan sikap beliau begitu, apakah beliau mampu menangani isu-isu panas yang berkaitan keagamaan?


Yang paling menarik ialah penyenaraian Azmin Ali sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), yang juga merupakan menteri kanan dalam kabinet Muhyiddin.

Sedangkan dalam ucapan sulung beliau sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin dengan jelas menyatakan tidak akan mengambil Ahli Parlimen yang pernah dikaitkan dengan rasuah atau jenayah.

Semua orang malah satu dunia tahu dan mentertawakan Malaysia mengenai isu Semburit Azmin.

Dan bukan menjadi rahsia tentang penglibatan Azmin dalam skandal pasir di Ampang.

Memang benar, Azmin tidak didakwa di mahkamah kerana menurut IGP PDRM (Polis Di Raja Mahathir), Hamid Badur, video itu disahkan tulin tetapi pelakunya tidak dapat dikenalpasti!!!

Sebelum mengumumkan senarai kabinet beliau, Muhyiddin sekali lagi menunjukkan fail (yang tidak diketahui apa isi kandungannya) yang dikatakan lapuran saringan PDRM dan SPRM terhadap menteri kabinet beliau.

Dengan kes Semburit dan dan skandal pasir Ampang, kita hairan bagaimana Azmin boleh lulus saringan PDRM dan SPRM.

Apakah yang membuat saringan jenayah itu Polis Di Raja Malaysia atau Polis Di Raja Mahathir dan yang membuat saringan kes rasuah itu adakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mahathir?

Apa pun, kita beri mereka peluang untuk membuktikan kebolehan mereka dan jangan lupa, rakyat memerhati.

0 comments:

fda

Archives