Monday, March 16, 2020

Penjelasan Istana Negara, Apakah Sekarang The Guardian Menggantikan Sarawak Report Sebagai Lidah Fitnah Pakatan Harapan?


Kehebatan pemimpin Pakatan Harapan yang tidak boleh kita nafikan ialah kepakaran mereka menabur fitnah secara sistematik.

Hingga akhirnya, masyarakat yang mula-mula merasa ragu dengan fitnah yang dilemparkan, akhirnya akan percaya sepenuhnya.

Dr Mahathir pernah berkata :

"Perkara yang tidak benar sekiranya diulang berkali-kali, akhirnya orang akan percaya bahawa ianya benar".

Saidina Ali Karamallahu Wajha pernah mengingatkan umat Islam dengan kata-kata :

"Kebatilan yang terancang akan memusnahkan kebenaran yang tidak terancang"

Bukan admin hendak samakan Saidina Ali karamallahu wajha dengan Dr Mahathir tapi bagi admin mesej mereka adalah sama walau pun darjat mereka bagai bumi dan langit bezanya.

Kini tuduhan dan fitnah pihak istana melakukan rampasan kuasa telah tular hingga ke luar negara.

Ini pastinya akan menjejaskan imej Malaysia, lebih-lebih lagi Raja Raja Melayu.

Tuduhan pihak istana melakukan rampasan kuasa dimulakan oleh pemimpin Pakatan Harapan selepas mereka tidak berpuashati dengan keputusan yang dibuat oleh SPB YDP Agong.

Matlamat menghalalkan cara, itulah prinsip dan pegangan Pakatan Harapan.

Penjelasan Istana Negara


Istana Negara hari ini menafikan sekeras-kerasnya langkah yang diambil oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah dalam pelantikan Perdana Menteri baru-baru ini adalah 'royal coup' (rampasan kuasa oleh Raja) seperti ditulis oleh agensi berita The Guardian (BACA DI SINI).

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini berkata, artikel The Guardian itu adalah sama sekali tidak tepat dan cubaan mengelirukan masyarakat antarabangsa mengenai isu pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.


"Sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja, saya sangat terkejut dengan tahap ketidaktepatan serta pendirian editorial yang mengelirukan oleh agensi berita berpangkalan di United Kingdom ini."

"Apatah lagi mengambil kira fakta bahawa subjek artikel mereka, iaitu Demokrasi Parlimen di Malaysia sebenarnya diasaskan dari Sistem Westminster."

"Artikel itu jelas menunjukkan fakta yang terpesong mengenai langkah yang diambil Yang di-Pertuan Agong dalam melantik Perdana Menteri baharu," katanya lagi.

Ahmad Fadil berkata :

"Secara faktanya Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan untuk melantik Perdana Menteri baharu ekoran perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinetnya."

"Apabila Dr Mahathir memaklumkan kepada Agong pada tengah hari 24 Februari 2020, bahawa beliau tidak lagi mempunyai sokongan majoriti Dewan Rakyat, dan terpaksa meletak jawatan, Tuanku mempunyai tanggungjawab di bawah Artikel 40(2)(a), iaitu menggunakan kebijaksanaan Baginda untuk melantik Perdana Menteri baharu."

"Baginda juga tertakluk kepada Perkara 43(2)(a) untuk melantik Perdana Menteri yang pada pandangan Tuanku seorang ahli Dewan Rakyat yang dipercayai mempunyai sokongan majoriti," katanya lagi.

Ahmad Fadil menjelaskan lanjut, Baginda Tuanku jelas melakukan langkah yang lebih daripada apa yang sepatutnya dengan memanggil kesemua Ahli Dewan Rakyat serta ketua-ketua parti politik bagi membolehkan Tuanku mendapat pandangan yang lebih jelas.

"Ia hanya selepas langkah konsultansi yang ketat dan terbuka, selaras dengan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan, barulah Tuanku menggunakan kebijaksanaan Baginda bagi melantik Perdana Menteri."

"Jadi, tiada sebab langsung untuk langkah ini dianggap sebagai 'royal coup' seperti yang ditulis oleh The Guardian, yang secara terang-terangan bersikap berat sebelah dalam penulisan mereka," kata Ahmad Fadil lagi.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada Wisma Putra serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London atas reaksi pantas dalam menyanggah penulisan itu.

Siapa Di Belakang The Guardian?


Kita semua tahu Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional pada PRU 14 kerana kehebatan dan kesungguhan mereka menabur fitnah secara sistematik.

Kini strategi yang sama mereka lakukan apabila telah kehilangan kuasa.

Motifnya ialah supaya mereka dapat balik kuasa yang telah hilang itu.

Di dalam kempen PRU 14, Pakatan Harapan menggunakan Sarawak Report (SR) sebagai lidah fitnah mereka, apakah kali ini Pakatan Harapan menggunakan The Guardian pula sebagai lidah fitnah mereka setelah kredibiliti lapuran SR dipertikaikan banyak pihak?

Sekiranya Pakatan Harapan mendapat balik kuasa pemerintahan, apa agenda mereka selepas itu?

Menyambung kembali kerja-kerja untuk terus memusnahkan negara yang telah tergendala?

Apakah ini yang rakyat Malaysia mahukan?

Tidak cukupkah penderitaan selama 22 bulan yang kita alami sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan?

Sebenarnya kehilangan kuasa Pakatan Harapan bukanlah sebab kerakusan kepada kuasa pemimpin Muafakat Nasional, apa lagi kalau hendak dituduh ianya adalah rampasan kuasa oleh pihak istana.

Tiada sebab mengapa pihak istana mahu merampas kuasa pentadbiran pihak eksekutif.

Negara Malaysia mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan dan pihak Majlis Raja Raja Melayu sentiasa menghormati sistem tersebut.

Tidak pernah dalam sejarah Malaysia ada mencatitkan wujud gerakan atau usaha pihak istana merampas kuasa pentadbiran dari pihak eksekutif.

Yang selalu berindak malampaui batas dan membuat provokasi terhadap pihak istana ialah ahli-ahli politik terutamanya dari DAP, malah Dr Mahathir sendiri selalu mengeluarkan kenyataan provokasi dan mencabar kesabaran pihak istana.

Yang menyebabkan kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan ialah kerana sikap gelojoh dan tamak kuasa pemimpin Pakatan Harapan sendiri.

Pihak istana tidak pernah cuba mempengaruhi Majlis Presiden menekan Dr Mahathir untuk melepaskan jawatan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang terakhir.

Pihak istana tidak pernah campurtangan dalam keputusan Dr Mahathir meletak jawatan.

Pihak istana tidak pernah mendesak Muhyiddin untuk membawa PPBM keluar fari Pakatan Harapan.

Pihak istana tidak pernah campurtangan dalam keputusan PKR memecat Azmin dan Zuraidah.

Malah pihak istanalah yang menyelesaikan kemelut politik negara yang berpunca dari sifat tamak dan rakus pemimpin Pakatan Harapan.

Jadi mengapa mesti disalahkan pihak istana?


Sumber :

Astro Awani

0 comments:

fda

Archives