Wednesday, March 11, 2020

Keangkuhan Dr Mahathir Dan Punca Kebencian Beliau Terhadap UMNO


Baru-baru ini TS Muhyiddin dikatakan telah mengutus surat kepada Dr Mahathir.

Tujuan Muhyiddin mengutus surat adalah untuk menjemput Dr Mahathir supaya berbincang dan mencari jalan perdamaian.

Tetapi Dr Mahathir telah menolak jemputan Muhyiddin dengan kata-kata yang sangat memualkan (BACA DI SINI).


"Singkir UMNO dulu, baru jumpa saya"

Mungkin Dr Mahathir lupa bahawa beliau bukan lagi Perdana Menteri dan beliau mendapat jemputan dari seorang Perdana Menteri...🤣🤣🤣

Apa Puncanya Dr Mahathir Marah Kepada UMNO?


Selepas bersara dari menjadi Perdana Menteri ke 4, kemarahan pertama Dr Mahathir pada pemimpin UMNO bila Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah enggan mengikut kehendak Dr Mahathir untuk meneruskan projek Jambatan Bengkok antara Malaysia dan Singapura.

Ini menimbulkan kemarahan Dr. Mahathir dan beliau mula menyerang Pak Lah (BACA DI SINI).

Tekanan demi tekanan Dr Mahathir berikan pada Pak Lah hingga satu ketika Dr Mahathir isytihar keluar dari UMNO (BACA DI SINI) dan akhirnya Pak Lah terpaksa mengambil keputusan untuk bersara pada 3 April 2009 bagi mengelakkan keadaan menjadi semakin buruk (BACA DI SINI).


Selepas Pak Lah bersara, DS Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara sebsgai Perdana Menteri ke 6.

DS Najib juga yang memujuk Dr Mahathir supaya kembali kepada UMNO.

Dr Mahathir menyangkakan DS Najib adalah seorang yang mudah beliau kuasai.

Sekali lagi sangkaan Dr Mahathir tersilap, bila ternyata DS Najib adalah seorang pemimpin yang mendahulukan kepentingan rakyat dan negara daripada kepentingan peribadi Dr Mahathir.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh DS Najib (BACA DI SINI).

Kemarahan Dr Mahathir semakin memuncak bila beliau merasakan faktor utama kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan adalah kerana UMNO.

Dr Mahathir sedar, sebagai parti yang mempunyai Ahli Parlimen palung ramai, sekiranya UMNO menolak kerjasama dalam kerajaan baharu, sudah pasti ianya tidak boleh dijayakan (BACA DI SINI).

Tetapi bila UMNO bersetuju, maka keputusan sebulat suara dalam Muafakat Nasional dan ditambah dengan Ahli Parlimen dari PKR dan PPBM, maka ini menyebabkan Kerajaan Pakatan Harapan kehilangan majoriti dalam Dewan Rakyat.


Lebih membuat Dr Mahathir marah bila Muafakat Nasional membuat keputusan menarik balik sokongan kepada Dr Mahathir setelah beliau menolak tuntutan pemimpin Muafakat Nasional yang tidak mahu ada penglibatan DAP dalam Kerajaan Nasional yang Dr Mahathir cadangkan.

Selepas Kerajaan Pakatan Harapan tumbang dan selepas Dr Mahathir kehilangan jawatan Perdana Menteri, beliau memberikan alasan tidak mahu berkerjasama dengan UMNO kerana UMNO dipenuhi dengan pemimpin yang korup dan atas dasar prinsip beliau yang tidak boleh berkerjasama dengan pemimpin yang mengamalkan rasuah.

Benarkah begitu?

Sepanjang pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan, begitu banyak kes-kes rasuah dan salah guna kuasa pemimpin mereka yang melibatkan nilai berbilion ringgit digugurkan begitu saja, walau pun ada diantaranya sudah didakwa di mahkamah.


Ramai pemimpin Pakatan Harapan tersebut masih lagi berkerjasama rapat dengan Dr Mahathir seperti Shafie Apdal, Lim Guan Eng, SetPol Dr Mahathir Zahid Md Arif, Salahuddin Ayob dan lain-lain.

Kalau benar Dr Mahathir seorang yang berprinsip, mengapakah Dr Mahathir merasa selesa berkerjasama dengan mereka?

Hakikatnya, Dr Mahathir menyangkakan, selepas proses pemutihan pemimpin yang menentang beliau dilakukan apabila UMNO baru didaftarkan selepas UMNO asal dibatalkan pendaftarannya oleh mahkamah pada tahun 1988 (BACA DI SINI), maka beliau dapat mengawal UMNO sepenuhnya supaya sentiasa mengikut telunjuk beliau, tetapi ternyata Dr Mahathir silap.

Ramai lagi pemimpin UMNO yang mengutamakan rakyat dari kepentingan peribadi Dr Mahathir dan satu perkara yang paling penting ialah Dr Mahathir terlupa, UMNO sekarang didokong oleh 3 juta ahlinya dan disitulah kekuatan sebenar UMNO.

Dan 3 juta akar umbi UMNO menolak sepenuhnya segala bentuk kerjasama dengan Dr Mahathir.

Pinggan tak retak
Nasi tak dingin
Sekali Dr Mahathir tak nak
Seribu kali akar umbi UMNO tak ingin

0 comments:

fda

Archives