Tuesday, March 17, 2020

Lim Guan Eng Mesti Bertanggungjawab Di Atas Kemusnahan Ekonomi Malaysia!!!


Teruknya Lim Guan Eng rosakkan ekonomi Malaysia.

Antara jawatan menteri yang rakyat Malaysia tunggu-tunggukan dalam kabinet TS Muhyiddin Yassin ialah siapakah yang akan menjadi Menteri Kewangan Malaysia.

Pada mulanya, ramai menyangkakan jawatan ini akan dijawat oleh orang politik.


Dan ramai yang mengharapkan agar DS Mohamad Hassan akan dilantik sebagai senator dan seterusnya dilantik menjadi Menteri Kewangan berdasarkan kecemerlangan beliau dalam dunia korperat antarabangsa.

Tapi, jangkaan kita semua meleset.


Muhyiddin telah melantik seorang yang pakar dalam bidang kewangan, ekonomi dan perbankan iaitu Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz.

Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, CIMB Group sekarang ini.

Maka dengan ini, kita boleh lihat begitu teruknya ekonomi Malaysia yang ditinggalkan oleh Lim Guan Eng, seorang akauntan bertauliah yang palsu.

Lim Guan Eng telah merosakan keseluruhan sistem percukaian di Malaysia apabila memansuhkan GST.


Kemudian Lim Guan Eng memperkenalkan cukai yang tidak masuk akal dan tidak kena dengan masanya seperti cukai gula, cukai soda dan cukai digital.


GST ini sangat penting sebagai penampung apabila harga minyak mentah dunia turun.

Malaysia amat terkesan apabila harga minyak jatuh mendadak kerana minyak merupakan salah satu hasil pendapatan negara yang penting.


Apabila GST tiada dan harga minyak pula jatuh, pendapatan kerajaan pastinya akan terjejas.

Lim Guan Eng juga telah menambahkan hutang langsung Malaysia lebih dari RM100 billion hanya dalam masa 22 bulan daripada RM686 billion kepada lebih RM800 billion.

Tidak dapat kita bayangkan pertambahan hutang langsung Malaysia sekiranya Lim Guan Eng masih lagi menjadi Menteri Kewangan sampai akhir penggal yang berbaki lebih dari 3 tahun.

Kemungkinan besar, cita-cita Lim Guan Eng untuk melihat hutang langsung Malaysia mencecah RM1 trilion akan tercapai!!!

GDP merupakan satu penunjuk ekonomi juga mencatatkan kemerosotan di bawah 5.0% berbanding pentadbiran sewaktu zaman DS Najib.

Paling teruk sekali adalah GDP pada suku tahun ke-4 2019.

Negara Malaysia mencatatkan GDP terendah sepanjang 10 tahun iaitu pada kadar 3.6%!!!


Lim Guan Eng juga meranapkan kutipan hasil kerajaan Malaysia apabila menggunakan PETRONAS sebagai kambing hitam untuk Belanjawan 2019 apabila menjarah PETRONAS sebanyak RM54 billion dan selepas itu menjarah lagi RM20 bilion.

Lim Guan Eng juga mengumumkan Belanjawan 2020 dengan anggaran purata harga minyak pada USD 62 setong.

Tapi hari ini, minyak Brent turun pada kadar USD 35 setong.

Kemungkinan hampir separuh hasil negara berkaitan minyak akan merosot.

Memburukkan keadaan, dana PETRONAS untuk pelaburan telaga baru kini sudah hampir kekeringan bila Lim Guan Eng telah menjarah lebih dari RM74 bilion dari PETRONAS.

Tidak lupa juga penjualan aset negara lebih kurang RM30 billion.

Tidak lupa juga bagaimana Lim Guan Eng merosakkan Tabung Haji dengan menubuhkan sebuah syarikat yang bernama Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) untuk mengambil aset berharga daripada Tabung Haji.

Begitulah bagaimana teruknya Lim Guan Eng telah merosakkan ekonomi Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia terbaru ini terpaksa melantik orang yang betul-betul pakar dalam bidang ekonomi, kewangan dan perbankan supaya dapat memperbaiki kerosakan yang Lim Guan Eng telah tinggalkan.

Lim Guan Eng mesti bertanggungjawab atas kerosakan besar yang telah beliau lakukan terhadap ekonomi Malaysia.

Lim Guan Eng tidak boleh lepas begitu sahaja dengan cuba menyalahkan pihak lain.

Kerajaan baharu MESTI menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) untuk menyiasat kegiatan Lim Guan Eng menjarah harta negara, Tabung Haji dan PETRONAS.

Sekiranya ini tidak dilakukan oleh kerajaan baharu, rakyat pasti akan kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap kredibiliti dan integriti kerajaan Muhyiddin.

Tahniah kepada Tengku Zafrul atas perlantikan menjadi Menteri Kewangan Malaysia.

Cuma perlu diingatkan kepada Tengku Zafrul, rakyat Malaysia tidak mahu melihat adanya Lim Guan Eng 2.0 dan Daim 2.0 dalam Kementerian Kewangan.

0 comments:

fda

Archives