Monday, December 30, 2019

Fakta Penyelewengan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakry


Hari ini, taqiyyah bukan sahaja diamalkan olah golongan Syiah, tetapi diamalkan juga oleh golongan al-Wahhabiyyah.

Bahkan boleh dikatakan golongan ini lebih bertaqiyyah daripada Syiah.

Golongan ini semakin hari semakin aktif melibatkan diri dalam arena pentas politik negara dan ada juga sampai ke tahap menyelinap masuk ke dalam pejabat-pejabat agama bahkan lebih parah lagi dari itu, ada yang terlibat sampai ke bidang kefatwaan.

Ini cabaran semasa yang perlu diambil perhatian dan tidak boleh dipandang mudah oleh semua pihak terutama ilmuan agama yang amanah kepada ilmu.

Apatah lagi mutakhir ini timbul pandangan-pandangan radikal dan ekstrim yang mengkafirkan dan membid'ahkan umat Islam dengan secara membuta tuli.

Hal seperti ini sangat memalukan dan membahayakan jika ia berlaku di pentas kefatwaan, akibatnya masyarakat tidak lagi memandang institusi fatwa itu sebagai institusi yang berautoriti dalam menyampaikan agama yang boleh dipercayai kerana pandangan-pandangan yang telah diketengahkan jelas banyak yang bercanggah dengan syarak dan menyeleweng daripada kebenaran agama.

Dibimbangi intitusi agama yang sebelum ini dipandang tinggi kian dipandang remah, jijik dan hina oleh masyarakat disebabkan ia telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Sabda baginda Rasulullah :

إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

"Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekaligus dari hamba-hambaNya, akan tetapi Allah SWT mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga tidak ada lagi ulama, maka manusia akan mengangkat pemimpin mereka dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya lalu mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan yang lain"

Hadis riwayat Al-Bukhari

Namun apa yang membimbangkan, antara yang kita dapat lihat terkehadapan dalam membuat plan strategi bagi memperkasakan gerakan al-Wahhabiyyah di saat ini terutamanya di Wilayah Persekutuan adalah Mufti Wilayah Pesekutuan sendiri, Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri.

Al-Bakri banyak memberi sinar baru kepada fahaman ini sejak berjaya berpeluang memasuki institusi agama.

Jika tidak dibuat penjelasan seperti ini, dibimbangi suatu yang buruk bakal berlaku di tanahair ini seterusnya mengubah suasana beragama di Malaysia.

Untuk tujuan menyeru kepada kebaikan dan mengingkari perkara yang mungkar serta membuktikan apa yang telah dikemukakan ini, berikut adalah beberapa penyimpangan dan penyelewengan agama yang melibatkan Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri buat semakan umat Islam :

Neraka Binasa Dan Azab Kuffar Akan Berakhir Di Hari Akhirat



Al-Bakri cuba menanam fahaman Ibn Qayyim bahawa Neraka dan TIDAK kekal abadi dan akan tiba masanya Neraka akan binasa (BACA DI SINI).



Bagi mengukuhkan akidah yang beliau cuba tanamkan, Al-Bakri juga didapati telah menyebarkan Hadis dan Athar yang dhaif serta palsu dalam isu kebinasaan Neraka (BACA DI SINI).


Dalam tulisan yang sama di Irsyad Al Fatwa, Al-Bakry juga dikesan telah menyelewengkan Nas Al-Quran Dan Al-Hadis dalam isu kebinasaan Neraka (BACA DI SINI).


Al-Bakry juga telah menolak Ijma' jumhur ulamak dalam isu kebinasaan Neraka (BACA DI SINI).


Ianya selari dengan fahaman puak Pluralisme dalam isu kebinasaan Neraka (BACA DI SINI).



Al-Bakry secara terbuka telah mencela dan mencaci ilmu Kalam yang diketengahkan oleh ulama tauhid (BACA DI SINI) dan (DI SINI).

Setelah beberapa pihak membuat penelitian terhadap tulisan beliau dalam Irsyad Al Fatwa maka tersingkap kecelaruan dan penipuan Dr. Zulkifli bin al Bakri dalam Ilmu Kalam (BACA DI SINI).



Jelas terdapat nilai authentik ilmu Kalam pada penulisan beliau dalam Irsyad al-Fatwa namun Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri telah berbohong dengan mengeluarkan kenyataan media berhubung penafiannya dari terlibat dengan isu mencela ilmu kalam dengan pembuktian yang tidak dapat disangkal lagi (BACA DI SINI).

Adakah Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri Berfahaman Wahabi?




Pondok Moden Abaqirah di bawah pimpinan Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri melahirkan produk yang berfahaman wahhabi tegar.

Dr. Zulkifli Al-Bakri adalah orang utama dalam pembinaan madrasah ini (BACA DI SINI).

Beliau juga membenarkan wahhabi Dr. MAZA berceramah di Wilayah Persekutuan dan mengarah pelajar Pondok Moden Abaqirah menghadiri ceramah pelampau agama ini (BACA DI SINI).

Beliau juga telah didapati bersekongkol dengan promediatajdid yang merupakan medium penyebaran ajaran Wahhabi di Malaysia.


Walaupun al-Bakri tidak mengaku dia mempunyai kaitan dengan promediatajdid namun bukti di bawah menunjukkan dia telah berceramah secara 'live' di Dubai atas selian promediatajdid (LIHAT DI SINI).

Dan dalam muzakharah bersama Ustaz Zamihan, Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri telah dibuktikan salah (BACA DAN TONTON RAKAMAN MUZAKHARAH DI SINI).

Kita mengharapkan ada pihak berautoriti yang bertanggungjawab mengkaji dan meneliti setiap penyimpangan dan penyelewengan yang melibatkan Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri serta diperhalusi setiap hujjah bidasan daripada ilmuan agama mengenainya.

Sudah tiba masanya Jabatan Perdana Menteri Malaysia membuka mata dan menyedari bahawa Dr. Zulkifli bi Mohamad al-Bakri sedang merosakkan institusi agama dan umat Islam sama ada dalam keadaan sedar atau pun tidak sedar.

Walaubagaimanapun, akan kita hadapkan semua yang terlibat dengan agenda al-Bakri ini di Hari Akhirat kelak di tempat pengadilan yang seadil-adilnya.



Suntingan dari tulisan asal :

Fb Pelik Tapi Benar

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.