Thursday, May 19, 2016

Radio lapor Azmin tengah nego tapi rupanya ugut PAS


Pagi tadi terdengar asalah satu radio yang mirip pro-pembangkang laporkan Azmin Ali sedang buat nego mahukan supaya ada satu lawan satu di di PRK-PRK Kuala Kangsar dan Sg Besar. Mengikut perkembangan politik, macam-macam kmungkinan akan berlaku. Baca di Snapshot 2016 nanti ....

Pagi ini Agendadaily laporkan Azmin sudah kasi kata dua.

PAS diberi kata dua oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali supaya menyerahkan kerusi Sungai Besar kepada PKR atau keluar daripada kerajaan Selangor pada Isnin ini.

Sebaliknya, Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz mempertahankan pendirian parti tersebut untuk bertanding di kedua-dua kerusi PAS Sungai Besar dan Kuala Kangsar dan menolak ugutan Azmin.

"PAS kekal bertanding di kedua-dua kawasan dalam PRK kali ini. Hormati kami jika kami menolak rundingan 'mee segera' yang sekadar untuk memaksa kami melepaskan hak berasaskan kerusi PRU13.

"Luka dalam kami masih belum sembuh. Penawarnya bukan ubat satu malam. Saya hormati luka dalam DS Anwar Ibrahim terhadap Tun Mahathir. Sesiapa pun boleh berkata, tutuplah cerita lama. Tetapi, adat berkawan, adat berunding, hormati tuan hak sebelum tunjuk belang," kata beliau dalam satu komen di facebooknya tengah malam Rabu.

Ugutan Azmin dipandang sepi oleh Pemuda PAS.

"Kalau masing-masing nak tunjuk belang, biarlah kami kekal bulan," kata Nik Abduh.

Exco Selangor dari PAS telah diminta untuk meletakkan jawatan pada Isnin depan jika parti mereka berkeras untuk bertanding di Sungai Besar.

Baca sepenuh di SINI


fda

Archives