Walaupun mendapat reaksi Nik Abduh dan Hadi Awang, laporan Agendadaily yang dipetik dari The Star semalam [baca
SINI] tentang ugutan Azmin terhadap PAS dinafikan Azmin, dan
Takiyuddin.
Menurut
blog Dr Mim, laporan itu tidak masuk akal. Ia seolah-olah Azmin menjerat sendiri kerusi empuknya di Shah Alam.
Ini juga agak mengelirukan kerana Tun Dr Mahathir yang dilihat sekutu kuat Azmin bersungguh mahu PH biarkan sahaja PAS tanding di kedua PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar tanpa dikacau.
PAS bertegas mahu tanding dikawasan yang mereka lazimnya tanding. Maka cerita The Star bahawa PKR mahu tanding agak tidak lojik. Tambah lagi, Amanah mahu tanding hingga dikatakan Mat Sabu akan tanding di Sg Besar. Eloklah itu ...
Raja Petra dalam lognya Malaysia Today bertegas mengatakan ada kebenaran pada laporan The Star itu. Malah desas desus mengatakan Azmin cuba membaling batu dan sorok tangan untu salahkan pada DAP dan Wan Azizah.
Azmin masih bersengketa dengan DAP ie DAP sarawak yang berkenaan pembahagian kerusi untuk PRN Sarawak. Akibatnya DAP hilang banyak kerusi di atas keangkuhan mereka. Adakah ini motivasi Azmin unttuk membalas dendam?
Namun begitu, Azmin juga dikatakan mengarahkan 5 ADUN PKR untuk sokong usul tambak tanah di DUN Pulau Pinang. Isu Sarawak dilihat lebih melibatkan ketua DAP Sarawak Chong Chen Jen daripada DAP Pusat.
Sementara itu, tersebar semalam satu laporan The Mirror yang tidak diketahui lagi kepada siapa dituju samada pada PAS atau Azmin? Baca di Snapshot2016
http://snapshot2016.blogspot.my/