Monday, May 23, 2016

Kemungkinan Azmin digugur dari PKR dan sertai PAS, Ikatan



Azmin naik menjadi MB hasil permainan lecik untuk 'hijack' jawatan MB dari Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah.

Perkembangan terbaru menunjukkan Azmin sudah salah langkah. Anwar bukan saja sudah bersuara melalui surat tetapi bersuara ketika di mahkamah untuk mengesahkan supaya PKR tidak ikut jejak langkah Dr Mahathir.

Baca The Star berjodol Anwar: Don't fight for Dr M.

Sementara itu, Rafizi sudah mulakan gerak langkah. Baca di Snapshot2016 http://snapshot2016.blogspot.my/2016/05/rafizi-sudah-jerat-untuk-tumbangkan.html

Azmin sudah jelas mengambil langkah bahaya. Kumpulan Wan Azizah bakal gugurnya dari jawatan MB atau dari jawatan atau keahlian parti.

Apa agaknya perbincangan Azmin dengan PAS hari ini kerana Amanah kini tidak mahu tunggu lagi dan sudah umumkan akan tanding di kedua-dua PRK.


Sokongan PAS yang telah memberi Azmin sokongan dan laluan untuk jadi MB Selangor. Adakah PAS yang konon bekerjasma dengan UMNO akan beri laluan untuk PKR ketika PAS sudah umumkan bertegas akan tetap bertanding?

Jeng jeng jeng .... keputusan terletak di tangan PAS. Ada pihak menjangka Azmin akan bersama PAS dan Ikatan. Hanya berharap kedua-dua PRK akan jadi macam Telok Intan.
fda

Archives