Monday, March 29, 2021

Mengapa Pemimpin Dan Akar Umbi UMNO Menolak PPBM


Selepas 2 hari bersidang secara hybrid, akhirnya Persidangan Agung UMNO (PAU) 2020 melabuhkan tirainya semalam, 28 Mac 2021.

Seperti yang pernah laman blog ini tuliskan sebelum ini, PAU 2020 bukanlah sekadar persidangan tahunan biasa, tetapi PAU 2020 akan diikuti bukan sahaja oleh Perikatan Nasional, terutamanya PPBM, tetapi PAU 2020 juga pasti akan diikuti perkembangannya oleh kerajaan negara asing.

Baca di sini :


Di akui atau tidak, di sukai atau tidak, tumbang atau tidak Perikatan Nasional sebagai kerajaan yang memerintah sekarang atau bilakah akan tumbang Perikatan Nasional adalah bergantung kepada keputusan yang akan diluluskan oleh perwakilan dalam PAU 2020.

Usul yang akan dibahaskan secara hangat oleh perwakilan PAU 2020, sudah pastilah mengenai sokongan UMNO terhadap Kerajaan Perikatan Nasional.

PPBM Sudah Bermain Api Dengan Harimau Luka Yang Sedang Tidur


Sejarah penindasan PPBM terhadap UMNO sudah bermula sebaik sahaja UMNO/Barisan Nasional tumbang pada PRU 14.

Sebaik sahaja Presiden UMNO, DS Zahid, menolak keinginan Pengerusi PPBM yang juga adalah Perdana Menteri ketika itu secara terus-terusan menekan UMNO dengan tujuan untuk melumpuhkan terus parti keramat bangsa Melayu, UMNO.

Menggunakan pelbagai agensi awam seperti SPRM, LHDN dan PDRM, pemimpin UMNO yang mahu terus pertahankan UMNO didakwa dengan pelbagai kesalahan yang dicipta.

Tidak perlu disenaraikan satu persatu kerana segala-galanya bukan lagi rahsia.

Ibarat harimau yang luka parah akibat kalah dalam pertarungan yang tidak adil, setelah berkuasa selama lebih 6 dekad, UMNO terus ditekan.

Akaun UMNO yang berjumlah lebih dari RM100 juta terus dibekukan, walau pun mahkamah telah memerintahkan supaya kerajaan memulangkan kembali duit UMNO yang disita.

Baca di sini :


Gagal dengan menekan pemimpin UMNO, mereka cuba pula untuk membubarkan UMNO dengan menggunakan 16 orang bekas ahli UMNO untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya UMNO dibubarkan.

Baca di sini :


Tidak cukup dengan itu, apabila UMNO dan PAS mengorak langkah untuk melakukan kerjasama dengan PAS demi untuk menyatupadukan bangsa Melayu dalam Muafakat Nasional, PPBM merasakan ianya adalah satu langkah yang melenyapkan mereka dari persada politik tanah air.


Langkah awal yang diambil untuk menyekat kemaraan dan keutuhan Muafakat Nasional yang telah menewaskan mereka di 7 Pilihanraya Kecil berturut-turut, PPBM telah menganjurkan satu program yang dinamakan Kongres Maruah Melayu.

Pemimpin utama PAS yang sudah menandatangani kerjasama antara UMNO dan PAS dalam Piagam Muafakat Nasional telah dengan sengaja dijemput.

Beberapa orang pemimpin UMNO yang sudah menunjukkan minat untuk berkiblatkan kepada kuasa juga telah dijemput.

Dari sini bermulalah keretakan dalam perhubungan antara UMNO dan PAS serta sesama pemimpin UMNO sendiri.

Baca di sini :


Namun ternyata tidak mendapat sambutan dari orang Melayu sebagaimana yang mereka harapkan.

Gagal untuk memcahbelahkan kerjasama antara UMNO dan PAS dari dalam, akhirnya PPBM melakukan sesuatu yang drastik dengan menjemput PAS menyertai Perikatan Nasional selepas Perikatan Harapan tumbang.

Baca di sini :


Selepas berjaya memancing PAS untuk menyertai Perikatan Nasional, PPBM memancing pula 5 lagi parti komponen Barisan Nasional untuk menyertai Perikatan Nasional.

Baca di sini :



Tidak cukup dengan itu, PPBM secara licik cuba untuk mencuri Ahli Parlimen dari UMNO.

Bukan setakat cuba mencuri Ahli Parlimen dari UMNO, PPBM juga melakukan usaha untuk mencuri ahli UMNO.

Baca di sini :


Ini belum lagi termasuk bagaimana PPBM telah mengkhianati UMNO dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang lalu.

Baca di sini :


PPBM cuba menanamkan naratif keengganan UMNO untuk berkerjasama dengan PPBM adalah kerana UMNO tamak kuasa.


Dalam ucapan membahaskan ucapan Presiden UMNO, Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor, TS Noh Omar, telah mendedahkan bagaimana sikap berlapang dada yang tidak tamakkan kuasa pemimpin UMNO telah membolehkan Muhyiddin dan PPBM berada di puncak kuasa, walau pun PPBm adalah parti minoriti dalam pembentukan kerajaan Perikatan Nasional.

Alasan yang sering digunakan oleh PPBM untuk memujuk dan mendesak UMNO supaya bersetuju untuk berkerjasama dengan mereka adalah 'Penyatuan Ummah'.

Namun pada hakikatnya, PPBM lah yang selama ini memecahbelahkan perpaduan orang Melayu yang telah diterokai oleh UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional.


Meminjam kata-kata Timbalan Presiden UMNO, DS Mohamad Hassan atau Tok Mat, tak perlulah PPBM mahu mengajar UMNO mengenai penyatuan ummah kalau mereka sendiri adalah penyebab ummah berpecah.

Ibarat ayam jantan yang kokok berderai-derai tapi ekor sendiri bergelumang tahi.

Akar umbi dan pemimpin UMNO mempunyai seribu alasan untuk menolak kerjasama dengan PPBM dan alasan utamanya ialah tiada keikhlasan pada PPBM untuk menggunakan pentas politik untuk memakmurkan rakyat dan negara.

Bukan UMNO yang gila dan tamak kuasa, tetapi PPBM lah sebenarnya yang tamak kuasa.

Bukan UMNO yang menjadi pengkhianat bangsa tetapi PPBM lah sebenarnya yang telah mengkhianati bangsa mereka sendiri.

0 comments:

fda

Archives