Thursday, March 18, 2021

Lantikan Pengerusi KTMB Bukan Untuk Laba Politik


Menimbulkan keraguan bila tempuh perkhidmatan CEO yang lepas, Dato Ir Kamaruzaman bin Zainal berakhir, pihak kerajaan dilihat tidak sabar untuk menukarnya dengan melantik CEO baru, Rani bin Shamsuddin, hingga menimbulkan keadaan dua CEO dalam masa yang sama untuk Keretai Tanah Melayu Berhad (KTMB).


Di samping itu, dihujung perkhidmatan Pengerusi KTMB yang lepas, Dato Rameli Musa, sudah timbul ura-ura bahawa bekas Menteri Besar Perak, Dato Ahmad Faizal Azumu akan dilantik sebagai Pengerusi KTMB yang baharu.

Namun sehingga penggal Rameli habis, masih belum ada pengumuman penganti Pengerusi KTMB.

Dari sumber yang diterima, Faizal dikatakan telah meletak syarat dilantik juga sebagai Pengerusi Syarikat Aset KTMB, RAC, untuk menerima perlantikan sebagai Pengerusi KTMB. 

Apakah Faizal ada perancangan tersendiri untuk aset yang diguna oleh KTMB?

Pengasingan pentadbiran antara KTMB dan RAC dilakukan kerana mahu memastikan tiada unsur salah guna kuasa atau pun ketirisan dalam pentadbiran aset KTMB.

Pengasingan ini berperanan menggagalkan usaha untuk salahguna aset-aset seperti penjualan tanah negeri secara besar-besaran yang pernah berlaku di sebuah negeri.

Pengkopratan KTM pada tahun 1992 telah meletakkan KTMB di bawah Kementerian Kewangan tetapi aset diletakkan di dalam syarikat asing dibawah peyeliaan Kementerian Pengangkutan. 

Ini merupakan kekangan yang pihak pengurusan KTMB perlu hadapi.

Kelewatan perlantikan pengerusi KTMB ini memberi gambaran seolah-olah Kerajaan Perikatan Nasional tidak serius tentang operasi KTM dan ahli politik PPBM menganggap perlantikan untuk jawatan dalam agensi kerajaan adalah sebagai habuan politik.


Sepanjang akhir pemerintahan Barisan Nasional, satu usaha utama oleh mantan Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib, ialah membina jaringan keretapi yang mantap sebagai mode pengangkutan untuk orang ramai dan lebih penting.

Ia adalah ke arah membangunkan Malaysia sebagai pusat logistik.

Pembangunan logistik negara terlalu tertumpu kepada pengangkutan udara, jalanraya dan laut. 

Jaringan keretapi yang begitu penting dan strategik seolah-olah tidak diberi perhatian langsung.


Pada awal tahun 2000, sudah ada gagasan Bangsa-Bangsa Bersatu merancang ke arah pembinaan Trans Asian Railway yang melibatkan Koridor Utara dari Pasifik ke Eropah, Koridor Selataan dari Eropah ke Asia Tenggara, Laluan Keretapi Kunming ke Singapura dan Koridor Utara – Selatan dari Eropah ke Asia Selatan.

Ini menjadi dorongan DS Najib untuk membina ECRL, HSR, Laluan Berkembar dan lain-lain sistem keretapi termasuk pengangkutan awam mass transit.

Sayang sekali, sebaik sahaja Pakatan Harapan mengambilalih dan dikuti Perikatan Nasional, projek-projek dibatal, perancangan diubah sewenang-wenang hingga lari dari tujuan strategik yang mahu dicapai, dan laluan diubah untuk diberi kontrak pada syarikat-syarikat kroni.

Akibatnya limpahan dan penjanaan kegiatan ekonomi yang diharapkan dari pembangunan logistik ini terkendala dan Malaysia sudah dilihat masyarakat antarabangsa sebagai tiada mempunyai hala tuju ekonomi yang jelas dan dilhat bakal terkebelakang kepada negara-negara jiran yang sebelum ini kurang maju berbanding Malaysia.

Bukan saja kerajaan Perikatan Nasional tidak serius dalam melantik Pengerusi, tetapi tindakan melantik semula seorang CEO yang telah menyebabkan kegagalan dan menimbulkan masaalah kepada pembangunan KVDT, malah ada saman mahkamah ke atas CEO dari kontraktor juga telah menimbulkan tandatanya!!!

Baca di sini :


Untuk rekod, Rani pernah dilantik sebagai CEO KTMB dari tahun 2017 hingga 2019.

Baca di sini :


Urusan pengurusan kontrak pun agak longgar dengan pihak-pihak tertentu terlalu condong ke arah pembelian aset dari China yang mana banyak rungutan yang diterima. 

Pembekal dari China pernah gagal membekalkan aset hingga menyebabkan kerugian pada KTMB. 

Reputasi pembekal tersebut turut dipersoalkan oleh pihak berkuasa Filipina hingga terpaksa dibatalkan kontrak.


Kontroversi lebih besar yang dicurigai oleh pihak Kesatuan Pekerja adalah berhubung pilihan KTMB untuk mengadakan usahsama dengan Destini Berhad untuk kerja-kerja MRO yang melibatan penyelenggaraan, pembaikan dan membaikpulih asset keretapi.

Kesatuan Pekerja mempunyai asa yang cukup kukuh dalam perkara ini :

1) Destini Berhad tidak ada kepakaran dalam bidang perkhidmatan ini dan hanya pernah menjadi pembekal asset. 

Kontrak untuk jangkamasa yang panjang tidak bersesuaian dengan keupayaan mereka.

2) Destini Berhad dilihat oleh pihak Kesatuan Pekerja sebagai syarikat yang hanya kuat 'connection' politik hingga mempuyai senarai panjang kontrak-kontrak yang diperolehi dari kerajaan dan agensi dalam bidang lain, tetapi mempunyai keupayaan yang cukup terhad dalam bidang perkhidmatan. 

Keupayaan teknikal mereka terhad dan hanya bergantung pada usahasama teknikal dengan pihak ketiga. 

Sepatutnya kontrak diberi kepada syarikat-syarikat lain yang ada pengalaman.

3) Walau pun Destini Berhad tidak mempunyai aliran kewangan yang kukuh serta dengan rekod perniagaan yang buruk, namun Destini Berhad diberi ekuiti majoriti 70% dalam usahasama tersebut dengan KTMB hanya memegang 30% ekuiti. 

Syarikat ini dilaporkan gagal menyiapkan kontrak OPV dan terpalit dengan kontroversi kontrak helikopter.

4) Pihak Kesatuan khuatir dengan kerja-kerja MRO diserahkan kepada syarikat usahasama bersama Destini Berhad boleh menyebabkan pekerja-pekerja KTMB diberhentikan. 

Sudah tentu pemegang ekuiti majoriti mahu projek diselenggarakan oleh orang-orang mereka. 

Mereka pastinya tidak selesa diawasi oleh pekerja-pekerja KTMB yang lebih biasa dan berpengalaman dengan operasi KTMB.

Pihak kerajaan perlu serius dalam hal pembangunan keretapi dan jangan jadikan kontrak KTMB sebagai habuan politik semata-mata. 

Ia sesuatu yang strategik untuk negara.

Jika timbul masaalah dan perselisihan, operasi KTMB boleh tergendala. 

Adakala tidak semudah yang dijangka untuk batalkan kontrak pada syarikat yang gagal jalankan kerja dan sering kali berakhir dengan saman menyaman yang makan bertahun-tahun untuk selesai.



Rujukan :

0 comments:

fda

Archives