Tuesday, March 23, 2021

Akan Berjayakah Parasit UMNO Menukar Haluan Perjuangan Parti Keramat Ini?


Kehendak akar umbi UMNO untuk memutuskan hubungan dengan Perikatan Nasional terutamanya PPBM adalah BENAR.

Dalam mesyuarat 191 Bahagian UMNO, 146 Bahagian telah memberikan usul supaya kerjasama UMNO dengan PPBM ditamatkan menjelang PRU 15.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang berlangsung di ILMU, Janda Baik, juga telah membuat keputusan untuk menamatkan kerjasama dengan PPBM menjelang PRU 15.

Ibarat rumah siap, pahat berbunyi.

Selepas MKT UMNO membuat keputusan sebulat suara, maka kedengaran suara-suara parasit UMNO yang cuba menongkah arus dan mengenepikan suara 3.7 juta akar umbi UMNO.

Mereka menuduh Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, 'override' keputusan MKT UMNO dan membuat keputusan bercanggah dengan ketetapan yang telah di buat oleh MKT UMNO.

Benarkah begitu?


Setiausaha Agung UMNO, DS Ahmad Maslan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku dalam Mesyuarat MKT UMNO itu.


Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan mendedahkan, 12 dari 13 Bahagian UMNO Kelantan sudah mengusulkan supaya UMNO memutuskan hubungan dengan PPBM SERTA MERTA!!!


Perwakilan UMNO Perak pula menyambut pengumuman yang dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO Perak, Azian Osman, dengan tepukan gemuruh bahawa UMNO Perak sudah menetapkan TIDAK ADA kerjasama antara UMNO Perak dengan PPBM pada PRU 15.

Baca di sini :



Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, kesemua 8 Bahagian UMNO Terengganu telah sebulat suara menyatakan pendirian menolak kerjasama politik dengan PPBM.

Baca di sini :


Begitu juga dengan beberapa negeri yang lain seperti Kelantan, Pahang dan Johor, malah kesemua UMNO negeri di Semenanjung Malaysia telah menyatakan pendirian yang sama.

Baca di sini :


Pendirian tegas MKT UMNO yang mendokong suara akar umbi seperti yang telah disampaikan melalui UMNO negeri masing-masing, hanya menunggu masa untuk dimuktamadkan sebagai keputusan rasmi parti pada Persidangan Agung UMNO yang dijangka akan diadakan minggu hadapan.


Malah Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, telah memaklumkan secara rasmi keputusan MKT UMNO itu kepada Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin.

Inilah yang menggusarkan parasit-parasit yang masih berada dalam UMNO sekarang.

Hishamuddin Hussien, Annuar Musa dan Shahidan Kassim memang sudah dikenali sebagai pemimpin yang berkiblatkan kuasa dan harta serta berpaksikan kepentingan peribadi dan tidak mempunyai prinsip dalam perjuangan politik mereka.

Mereka sangat mengharapkan agar MKT UMNO membuat keputusan supaya kerjasama antara UMNO dan PPBM diteruskan sehingga PRU 15 nanti.

Menurut bacaan politik mereka, sekiranya UMNO berkerjasama dengan PPBM dalam PRU 15, maka harapan untuk Muhyiddin Yassin dan PPBM kekal berkuasa akan menjadi cerah dan laba yang mereka nikmati hari ini akan dapat dikekalkan.

Di dalam UMNO, Hishamuddin hanya merupakan seorang Ketua Bahagian tetapi di sisi Muhyiddin, Hishamuddin adalah ibarat lembu yang senang dicucuk hidungnya, lalu diberikan jawatan sebagai Menteri Luar Negeri.

Annuar Musa juga cuma seorang Ketua Bahagian UMNO, tetapi oleh kerana Annuar Musa sangat mudah untuk dijadikan 'Trojan Horse', maka Muhyiddin melantik beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.


Shahidan Kassim pula cuma seorang Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis yang DILANTIK oleh Presiden UMNO, tetapi oleh kerana beliau merupakan manusia yang sangat mudah ditarik telinganya, maka Muhyiddin memberikan beberapa jawatan istimewa kepada beliau seperti Pengerusi PNBBC dan yang terkini sebagai Pengerusi PR1MA.

Maka parasit UMNO ini cuba menimbulkan keraguan akar umbi dengan cuba menanamkan naratif bahawa kononnya sekiranya UMNO bersendirian di dalam PRU 15, maka akan berakhirlah riwayat UMNO dari persada politik tanah air.

Baca di sini :




Ironiknya, kenyataan yang mereka keluarkan adalah sangat-sangat bercanggah dengan 'poll' yang telah dilakukan bukan oleh pihak yang UMNO mempunyai kepentingan didalamnya.

Dari 'poll' yang dilakukan, jelas rakyat mahu UMNO memasuki gelanggang PRU 15 secara solo dan UMNO akan berkubur sekiranya masih lagi bersama dengan PPBM dalam PRU 15.

Jadi apakah asas dakwaan parasit UMNO itu?

Mereka juga cuba memutarbelitkan kenyataan dengan mengatakan usul yang telah dibuat oleh Bahagian UMNO sebenarnya bukanlah kehendak sebenar akar umbi tetapi telah dipaksa oleh kepimpinan pusat.

Baca di sini :


Dakwaan ini sangat menarik kerana Perlis adalah negeri yang dikenalpasti berkeras mahu kerjasama antara UMNO dan PPBM diteruskan dalam PRU 15.

Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Shahidan Kassim, mengeluarkan kenyataan bahawa Perlis akan tetap berkerjasama dengan PPBM sekiranya UMNO pusat meneruskan keputusan memutuskan kerjasama dengan PPBM dalam PRU 15.


Malah Shahidan dengan angkuhnya berkata kalau disebabkan ketegasan pendirian UMNO Perlis itu tidak dipersetujui oleh UMNO pusat, terserah kepada UMNO pusat, kalau nak buang Perlis, buanglah!!!


Tetapi setelah mendapat tekanan dari akar umbi UMNO Perlis, terutamanya dari UMNO Bahagian Arau sendiri,  Shahidan nampaknya 'u-turn' 360 darjah!!!

Baca di sini :


Kalau nak tahu siapa Shahidan sebenarnya, bacalah sendiri di Facebook Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau, Syed Atief.

Baca di sini :



Tersebar pula berita bahawa ada usaha yang dilakukan oleh parasit UMNO untuk mempengaruhi Ketua Bahagian UMNO supaya menolak keputusan yang telah dibuat oleh MKT UMNO.

Malah sumber memaklumkan, Ketua Bahagian UMNO cuba diberikan rasuah politik bernilai antara RM10,000 hingga RM30,000 supaya bersetuju dengan apa yang parasit ini mahukan.

Bukan lagi rahsia, dalang yang menyebabkan katak-katak UMNO melompat ke PPBM ialah Hishamuddin Hussien.

Baca di sini :



Terkini, Hishamuddin telah mengarahkan Exco Pergerakan Pemuda UMNO dan bekas pegawai khas Hishamuddin, Bastien Onn, supaya mengeluarkan kenyataan pemimpin UMNO yang masih lagi mempunyai kes di mahkamah tidak dibenarkan bertanding.

Baca di sini :


Sebenarnya masih ada lagi beberapa parasit UMNO yang masih lagi bersifat bacul tidak berani mendedahkan diri tetapi dalam masa yang sama terus bernaung di bawah bumbung UMNO dan mendapat laba hasil dari pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap parti dan akar umbi UMNO.

Mereka semua WAJIB dihapuskan segera kerana mereka adalah parasit yang akan memusnahkan tiang seri rumah keramat UMNO.

Sama ada berjaya atau tidak mereka meneruskan niat jahat mereka, kini segalanya terpulang kepada perwakilan UMNO.

Janganlah disebabkan habuan RM10,000 atau RM20,000 atau RM30,000, maruah diri dan parti digadaikan.

Duit walau berbukit sekali pun, pasti akan habis dibelanjakan, apatah lagi kalau nilainya cuma beberapa ribu ringgit tetapi maruah yang tergadai, sehingga anak cucu kita akan turut dihina manusia!!!

0 comments:

fda

Archives