Sunday, May 31, 2020

Penipuan Pakatan Harapan Terbongkar Lagi

|0 comments
Kalau pendedahan ini dilakukan oleh pemimpin UMNO atau PAS, pastinya Pakatan Harapan akan katakan ianya adalah satu pembohongan yang bermotifkan politik. Kita menunggu respon dari Pakatan Harapan bila ianya didedahkan sendiri oleh bekas pemimpin Pakatan Harapan dan juga bekas Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang terlibat dalam penyiasatan tuduhan Lim Guan Eng terhadap Kerajaan Barisan Nasional yang dituduh melenyapkan duit kutipan...[Readmore]

Saturday, May 30, 2020

Dr. Mahathir Meroyan Selepas Di Pecat PPBM, Arahkan Orang Luar PPBM Pecat SUK...😂😂😂

|0 comments
Apa sudah jadi dengan parti PPBM? Apakah Presiden PPBM, Muhyiddin, sudah hilang kawalan terhadap partinya sendiri atau PPBM sudah menjadi parti sarkas atau Dr. Mahathir sudah meroyan kerana dipecat dari PPBM? (BACA DI SINI). Perkembangan terkini, selepas SUK PPBM, Kapten (B) Suhaimi memecat Dr. Mahathir bersama 4 lagi Ahli Parlimen PPBM, Marzuki Cambridge pula memecat SUK PPBM, Kapten (B) Suhaimi (BACA DI SINI)...😲😲😲 You scratch...[Readmore]

Friday, May 29, 2020

Akhirnya Dr. Mahathir Di Pecat Dari PPBM

|0 comments
Keadaan menjadi semakin sukar bagi Dr. Mahathir bila parti PPBM yang beliau sendiri tubuhkan mengambil tindakan memecat keahlian beliau dari PPBM (BACA DI SINI). Surat rasmi PPBM yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerja PPBM, Kapten (B) Muhammad Suhaimi bin Yahya telah menamatkan teka-teki sama ada PPBM berani mengambil tindakan tatatertib ke atas Dr. Mahathir , Mukhriz, Maszlee dan Amiruddin Hamzah. Pemecatan itu dilakukan...[Readmore]

Wednesday, May 27, 2020

Pakatan Harapan Akan Berkubur Sebelum PRU 15

|0 comments
Sejak Pakatan Harapan tumbang pada Februari lepas, gabungan beberapa parti politik yang kini menjadi pembangkang itu dilihat semakin carca marba. Bibit perpecahan yang sangat ketara mula kelihatan dalam blok pembangkang, terutama selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak hadir sidang media yang diadakan Dr Mahathir ketika pemimpin Pakatan Harapan yang lain hadir. Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata : "Alasan Anwar tidak...[Readmore]

Sunday, May 24, 2020

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

|0 comments
Assalamualaikum... Admin ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua... Ingat yer, kita masih dalam peperangan menentang Covid-19, jadi jangan ke sana, ke sini...😂😂😂 Lepas Covid-19 nanti baru kita ke sana dan ke sini....[Readmore]

Saturday, May 23, 2020

Kerana Tamak Kuasa, Selepas Heret Istana Kini Dr. Mahathir Akan Heret Rakyat Dengan Cubaan Sabotaj Di Dewan Rakyat

|0 comments
Dr. Mahathir akan dikenang dalam sejarah sebagai ahli politik yang paling banyak menghuru-harakan landskap politik tanah air. Sikap keras kepala dan pendendam Dr. Mahathir menyebabkan beliau akan lakukan apa saja demi untuk memenuhi nafsu serakah beliau untuk terus kekal bekuasa dalam politik tanah air. Ramai yan sudah menjadi mangsa nafsu serakah politik Dr. Mahathir. Al Marhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Hussien Onn, Tengku Razaleigh...[Readmore]

Thursday, May 21, 2020

Sidang Parlimen 18 Mei 2020 Dedahkan Tembelang Sebenar Pakatan Harapan

|0 comments
Persidangan Parlimen pada 18 Mei 2020 lalu, yang kononnya dinanti-nantikan oleh Pakatan Harapan akhirnya mendedahkan tembelang Pakatan Harapan. Pakatan Harapan menuduh TS Muhyiddin sengaja memberikan arahan supaya Dewan Rakyat cuma bersdiang satu hari sahaja kerana kononnya Muhyiddin takut dengan usul undi tidak percaya yang akan Pakatan Harapan adakan. Kononnya Pakatan Harapan merasa sangat yakin yang mereka akan berjaya menumbangkan kerajaan...[Readmore]

Tuesday, May 19, 2020

Dua Kali Tumbang Di Kedah, Layakkah Mukhriz Cabar Presiden PPBM Untuk Jadi PM?

|0 comments
17 Mei 2020, ADUN Jeneri (PAS), Muhamad Sanusi Md. Nor, mengangkat sumpah di hadapan DYMM Sultan Kedah, Sultan Salehuddin Ibni Al Marhum Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Dengan sempurnanya majlis tersebut, maka secara rasminya untuk kali kedua Mukhriz disingkirkan dari jawatan sebagai Menteri Besar Kedah kerana kehilangan sokongan majoriti dari ADUN negeri Kedah. Kali pertama Mukhriz disingkirkan dari jawatan Menteri...[Readmore]

Sunday, May 17, 2020

Undi Tidak Percaya Hanya Untuk Menutup Pekong 22 Bulan PH

|0 comments
Sejak tumbang di Putrajaya, Pakatan Harapan dilihat tidak dapat menerima kenyataan mereka telah kehilangan kuasa akibat dari kerakusan mereka sendiri. Pakatan Harapan secara berterusan menyalahkan pihak lain yang mereka dakwa menjadi punca kepada kehilangan kuasa mereka. Sikap degil, tamak dan rakusnya pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan berebutkan pangkat dan kuasa dilihat semakin melampau-lampau sehingga sanggup menderhaka terhadap DYMM SPB...[Readmore]

Friday, May 15, 2020

Bolehkah Undi Tidak Percaya Dr. Mahathir Berjaya, Bila Boboi Pun Tumbang Kali Kedua Di Negeri Sendiri?

|0 comments
Manusia merancang tapi hanya Allah SWT yang layak menentukan. Itulah yang berlaku pada mantan Perdana Menteri ke 4, ke 7 dan Perdana Menteri Interim, Dr. Mahathir. Dalam beberapa siri kejayaan beliau jatuhkan beberapa orang Perdana Menteri yang bermula dari Tun Hussien Onn, Tun Abdullah dan DS Najib dan kini dalam perancangan untuk menjatuhkan pula Muhyiddin Yassin (BACA DI SINI), tiba-tiba Allah SWT memberikan kifarah dengan menjatuhkan...[Readmore]

Tuesday, May 12, 2020

Persoalan Tengku Zafrul Mengenai Keadaan Kewangan Negara, RCI Mesti Di Tubuhkan Untuk Siasat Dr. Mahathir Dan Guan Eng

|0 comments
Kalau kita imbas kembali kempen-kempen Pakatan Harapan sebelum PRU 14, isu yang menjadi kempen hangat mereka ialah keadaan hutang negara yang di dakwa melebihi RM1 trilion. Malah sebaik saja membentuk kerajaan, Pakatan Harapan masih terus mendendangkan cerita yang sama. Rakyat terus dimomokkan dengan cerita kononnya hutang negara yang ditinggalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional membuatkan negara berada dalam keadaan kewangan negara berada dalam...[Readmore]

Saturday, May 9, 2020

Konspirasi Terbaru Dr. Mahathir Dan Anwar Untuk Jatuhkan Kerajaan Sekarang

|0 comments
Dalam diam rupanya Dr. Mahathir sudah atur langkah untuk kembali ke Putrajaya menjadi Perdana Menteri kali ke 4 atau sebagai Perdana Menteri ke 9... Mula-mula, Dr. Mahathir arahkan supaya anak kesayangan beliau Mukhriz aka Boboi untuk lakukan serangan saraf kepada Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin dan juga Ahli Dewan Rakyat PPBM (BACA DI SINI). Bila menyedari Pakatan Harapan mempunyai agenda tersendiri dengan mesej yang dihantar oleh...[Readmore]

Thursday, May 7, 2020

Propa Pakatan Harapan Dan PPBM Untuk Bergabung Semula...😂😂😂

|0 comments
Nafsu Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan untuk kembali menjadi kerajaan tidak pernah padam. Anwar yang sudah berpuluh tahun kempunan mahu jadi Perdana Menteri tidak akan jemu-jemu mengintai peluang dan ruang untuk menjadi Perdana Menteri (BACA DI SINI). Anwar tidak peduli sama ada rakyat suka atau tidak, sama ada dia diperalatkan atau tidak, itu tidak menjadi kudis bagi Anwar. Yang penting, Anwar mahu menjadi Perdana Menteri sebelum...[Readmore]
fda

Archives