Thursday, May 21, 2020

Sidang Parlimen 18 Mei 2020 Dedahkan Tembelang Sebenar Pakatan Harapan


Persidangan Parlimen pada 18 Mei 2020 lalu, yang kononnya dinanti-nantikan oleh Pakatan Harapan akhirnya mendedahkan tembelang Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan menuduh TS Muhyiddin sengaja memberikan arahan supaya Dewan Rakyat cuma bersdiang satu hari sahaja kerana kononnya Muhyiddin takut dengan usul undi tidak percaya yang akan Pakatan Harapan adakan.

Kononnya Pakatan Harapan merasa sangat yakin yang mereka akan berjaya menumbangkan kerajaan yang memerintah sekarang kerana mereka mempunyai sokongan yang cukup dalam undi tidak percaya yang akan diusulkan oleh Ahli Parlimen Langkawi, Dr. Mahathir.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Seramai 117 Ahli Dewan Rakyat dilihat berada di blok kerajaan dan cuma 107 Ahli Dewan Rakyat berada di blok pembangkang, manakala seorang Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian dari PKR/PH berkecuali.

Sekiranya undi tidak percaya diadakan juga pada 18 Mei yang lepas, berdasarkan kedudukan Ahli Parlimen, sudah terang lagi bersuluh, Pakatan Harapan akan tewas dalam undi tidak percaya tersebut.

Di manakah asasnya dakwaan Pakatan Harapan yang mereka sudah mempunyai bilangan sokongan Ahli Parlimen yang cukup dalam undi tidak percaya itu nanti?

Apakah Pakatan Harapan berharap ada Ahli Parlimen yang berada dalam blok kerajaan akan berpaling tadah dan menyokong undi tidak percaya itu nanti?


Kalau itu asas keyakinan Pakatan Harapan, pastinya mereka akan kecewa kerana Ketua Pembangkan mereka sendiri, Anwar Ibrahim, sudah mengeluarkan Surat Akujanji menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri hingga akhir penggal.

Atau apakah Pakatan Harapan merancang untuk memalukan Dr. Mahathir dengan sengaja sabotaj usul undi tidak percaya yang akan dibawakan nanti?

Kalau memang itu tujuannya, maka jelas pada kita, tiada kesepakatan di dalam Pakatan Harapan.

Mereka saling pancung memancung, lebih teruk dari enau dalam belukar yang hanya mahu melepaskan pucuk masing-masing.

Dr. Mahathir Mahu Tipu Siapa Sebenarnya


Dalam satu sidang media yang Dr. Mahathir dan Pakatan Harapan adakan selepas Persidangan Parlimen tempoh hari, sekali lagi Dr. Mahathir menipu dengan mengatakan kepimpinan tertinggi PPBM tidak pernah membuat keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan.

Tujuan Dr. Mahathir supaya Pakatan Harapan akan meletakkan segala kesalahan ke atas Muhyiddin dan Muhyiddin akan dilihat sebagai punca tersingkirnya Pakatan Harapan dari Putrajaya.

Namun apa yang berlaku adalah berbeza dari apa yang Dr. Mahathir katakan.


Ternyata Dr. Mahathir sendiri mempengerusikan mesyuarat MPT PPBM ketika keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan dilakukan dan Dr. Mahathir sendiri bersetuju dengan keputusan itu.

Bekas Setiausaha Agong PPBM, Marzuki juga mengesahkan PPBM telah membuat keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan dan kepimpinan tertinggi PPBM telah menerima keputusan yang telah dibuat itu.

Siapakah yang mahu Dr. Mahathir tipu?


Legitimasi kerajaan sekarang tidak perlu dipertikaikan lagi.

Apa lagi dalam titah pembukaan Persidangan Parlimen yang lepas, KBDYMM SPB YDP Agong sendiri mengakui kesahihannya dan baginda menjelaskan pemilihan Perdana Menteri adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.


Malah secara sindiran, baginda menyatakan bahawa punca kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan bukanlah disebabkan adanya pengkhianatan atau konspirasi tetapi segala-galanya berpunca dari sikap keras kepala DR. Mahathir yang tidak mahu mendengar nasihat baginda supaya tidak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Inilah wajah sebenar Dr. Mahathir dan Pakatan Harapan.

Baling batu dan sembunyikan tangan, lurus di luar tetapi rencong di dalam.

Sebelum mendapat kuasa dalam PRU 14, sibuk menabur fitnah dan menipu serta bermain politik, selepas mendapat kuasa, masih lagi dengan sikap yang sama.

Dan percayalah, sekiranya mereka mendapat kuasa sekali lagi, sikap mereka akan menjadi lebih rakus lagi dari sebelum ini.

0 comments:

fda

Archives