Sunday, March 1, 2020

Tahniah TS Muhyiddin Yassin, Neither Dr. Mahathir Nor Anwar, Yang Paling Penting Tanpa DAP Dalam Kerajaan



Akhirnya Istana Negara menamatkan keresahan rakyat Malaysia yang berlarutan selama satu mjnggu akibat dilanda krisis politik negara di peringkat pusat.


Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Ostana Negara oleh Datuk Pengelola Bijaya Di Raja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, memaklumkan SPB YDP Agong telah memperkenankan perlantikan TS Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke 8 setelah SPB YDP berpuas hati dan pada hemat baginda, Muhyiddin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Ahli Dewan Rakyat.

Ianya adalah selaras dengan Perkara 40(2)(a) (BACA DI SINI) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan (BACA DI SINI).

Cabaran Besar Menanti Kerajaan Baharu Di Bawah Pimpinan TS Muhyiddin Yassin


Sewaktu menjawab soalan wartawan, Setiausaha Agong PAS, Datuk Takiyudin memberitahu jumlah Ahli Parlimen yang beri sokongan pada Muhyiddin ialah 114 orang dan ini bermakna kerajaan yang akan dibentuk ialah kerajaan yang mendapat sokongan majoriti.

Namun majoriti yang diperolehi adalah majoriti yang sangat rapuh dan diharapkan tidak ada lagi usaha pancing memancing atau Ahli Parlimen yang menjadi katak.

Cabaran besar menanti kerajaan yang baharu dibentuk.

Malaysia perlukan dasar dan halatuju ekonomi yang jelas untuk membangunkan semula kemusnahan ekonomi yang sangat mengerikan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan melalui mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Keyakinan pelabur asing mesti dipulihkan dengan seberapa segera supaya terus dapat merangsang ekonomi negara.

Hubungan diplomatik dengan negara luar seperti Arab Saudi, China, Amerika Syarikat dan negar jiran mesti segera dipulihkan akibat telah dirosakkan oleh Dr. Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri ke 7.

Masalah-masalah domestik seperti himpitan kos sara hidup rakyat yang tinggi, kadar pengangguran yang tinggi, ketegangan hubungan antara kaum mesti ditangani segera oleh kerajaan baharu kerana ianya telah dimusnahkan oleh regim Pakatan Harapan di era pemerintahan mereka.

Upacara mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 8 akan diadakan di Istana Negara pada 1 Mac 2020 (hari ini) pukul 10.30 pagi dan selepas itu, baharulah Muhyiddin boleh membentuk kabinet Kerajaan Malaysia.

Rakyat Malaysia berharap, Muhyiddin akan melantik menteri kabinet bukan sahaja berdasarkan komposisi parti yang membentuk gabungan yang baharu ini tetapi yang penting ialah kemampuan bakal menteri itu secara individu.

Apa pun, admin mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke 8, semuga ada sinar baru untuk rakyat Malaysia selepas ini.

0 comments:

fda

Archives