Ketika rakyat sedang menumpukan seluruh perhatian kepada pembentukan Kabinet Malaysia yang baharu dan berpuashati dengannya, negara tiba-tiba mengalami saat duka.
Covid-19 bergerak kepada peringkat kedua.
Sebaik sahaja Dr. Adham Baba dilantik, beliau terus menyinsing lengan berkerja dengan kakitangan Kementerian Kesihatan bagi membendung wabak merbahaya ini.
Rakyat sedar yang Covid-19 ini telah bermula ketika Pakatan Harapan sedang memerintah.
Suara-suara rakyat ketika itu jelas sudah mendesak agar pelancong terutama dari China dan Korea Selatan disekat masuk kerana rakyat cukup bermaklumat dari mana asalnya wabak ini.
Tetapi sangat mengecewakan, tindakan yang perlahan dari menteri-menteri Pakatan Harapan bagi menangani isu ini, dilihat menjadi penyebab kepada kesan yang dialami negara sekarang.
Reaksi dari Menteri Pelancongan ketika itu yang berkeras mengatakan bahawa pelancong-pelancong itu adalah sihat, amat mengecewakan.
Menteri Kesihatan waktu itu juga senada dengan pandangan Menteri Pelancongan.
Malah ada seorang doktor wanita Pakatan Harapan yang membandingkan angka kematian disebabkan denggi adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan Covid-19.
Jadi tegas beliau, denggi mesti menjadi keutamaan, bukan kerisauan kepada Covid-19 yang beliau sifatkan tidak mengancam.
Tetapi sekarang, kelihatan dia pula yang kalut.
Dr. Mahathir sendiri juga menafikan akan betapa seriusnya wabak ini.
Jadi, terkuncilah mulut-mulut rakyat kerana mereka tidak mampu berbuat apa-apa dengan jawapan-jawapan itu.
Apatah lagi, mereka semua itu dipilih oleh rakyat.
Tidaklah menampakkan kebijaksanaan jika rakyat memaki pilihan mereka sendiri.
Setelah kerajaan sekarang dinobatkan menjadi kerajaan baharu kerana perbalahan dalaman Pakatan Harapan yang tamakkan jawatan dan ada yang gila-gila mahu menjadi PM (mengikut kata Dr. Mahathir), maka kerajaan sekarang tahu, isu Covid-19 ini akan menjadi penanda aras kepada kewibawaan pemerintahan mereka.
Tidak dinafikan ada beberapa kelemahan dalam kerajaan sekarang dalam menangani krisis ini tetapi ia tidak menjejaskan rancangan kerajaan.
Menteri-menteri kerajaan sekarang terutama dari Muafakat Nasional diserang dengan sebegitu rupa oleh musuh-musuh politik bagi mengganggu konsentrasi mereka.
Ternyata kekuatan Muafakat Nasional amat menggerunkan mereka, kerana tidak mungkin akan diserang kepada golongan yang lemah secara bertalu-talu, ia tidak cerdik.
Pastinya yang diserang adalah yang kuat.
Menteri Alam Sekitar, Tuan Ibrahim Tuan Man, contohnya yang begitu 'cool' dengan serangan, sebaliknya meminta agar rakyat tidak menyerang wartawan yang dilihat cuba memburukkan nama beliau.
Hinanya cara pemberitaan itu.
Yang cuba menghina, kemudiannya diselamatkan oleh yang dihina.
Lihat betapa hebat akhlak menteri dari Muafakat Nasional.
Masih tidak puas, maka timbul pula seorang bekas menteri yang cuba membuat provokasi dengan menghina Presiden PAS.
Akhirnya, dia ke Balai Polis meminta pertolongan kerana disergah oleh anak-anak muda yang cintakan ulamak.
Dia kemudiannya meminta maaf dan menjilat kembali ludahan kehinaannya itu.
Setelah berbagai cara, berbagai individu dari Pakatan Harapan cuba menggelarkan kerajaan sekarang sebagai Kerajaan Pintu Belakang, tetapi KDYMM Sultan Selangor secara jelas pula memberitahu seluruh negara yang Kerajaan Muhyiddin ialah kerajaan yang sah dan mengikut Perlembagaan.
Maka salakan-salakan Pakatan Harapan terhenti.
Seorang mantan Menteri yang sangat kuat berkempen Kerajaan Pintu Belakang akhirnya mengakui mengenai kebenaran kenyataan Sultan Selangor itu.
Sungguh tiada bermaruah golongan ini.
Kini tiada lagi ungkapan palsu Kerajaan Pintu Belakang yang mereka reka itu dengan mengharapkan gelombang kebangkitan rakyat.
Rakyat sudah bosan untuk berkejaran dengan anggota keselamatan demi seseorang mengejar cita-citanya mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia semenjak 1993 lagi.
Tidak terhenti setakat itu, Pakatan Harapan terus berusaha menggoncangkan menteri-menteri bagi mengganggu mereka yang sedang bertugas menangani wabak ini.
Tanpa ada rasa malu, penat atau menghormati tugasan kakitangan kerajaan yang sangat berdedikasi, sayangkan negara, Pakatan Harapan terus berpolitik dan berpolitik.
Apabila kerajaan mengeluarkan fatwa menangguhkan semua solat berjemaah dan solat Jumaat di masjid dan surau, Pakatan Harapan melihat ini sebagai peluang.
Mereka mula melontarkan batu kebencian dengan harapan agar perasaan rakyat berkocak mengutuk tindakan yang tidak popular, yang mesti juga dilakukan kerajaan itu.
Aneh, sungguh aneh.
Sebaliknya rakyat beragama Islam beramai-ramai menyetujui fatwa kerajaan itu kerana memahami kehendak perubatan yang mahu menjaga nyawa dengan menyekat wabak dari merebak.
Itali menjadi contoh, kegagalan kerajaan mengawal rakyatnya menyebabkan mereka akhirnya terpaksa mengaku kalah dengan tentera Allah SWT yang halus itu.
'Front liners' mereka sudah 'burst'.
Yang sakit dibiarkan mati tanpa mampu berbuat apa-apa.
Kerajaan Itali sudah kehabisan ikhtiar untuk membendung penularan wabak pembunuh itu.
Sudah pasti rakyat Malaysia tidak mahu ia terjadi di sini.
Gagal lagi Pakatan Harapan dengan racun mereka.
Rakyat kekal bersama kerajaan dan hormati Menteri Agama.
Setelah Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, masih terdapat ramai rakyat Malaysia yang tidak mengendahkan arahan itu.
Akhirnya kes positif Covid-19 meningkat ke angka 1,000.
Menteri Pertahanan dengan tegas, telah mengarahkan ATM bagi membantu PDRM untuk mengawal pergerakan rakyat.
Pakatan Harapan mencuba lagi bagi membuatkan rakyat marahkan kerajaan.
Malangnya rakyat sekali lagi akur dengan kehendak kerajaan.
Mereka tidak mahu ditambah lagi tempoh sekatan, menyusahkan semua pihak.
Oleh itu rakyat yang bertanggungjawab amat bersetuju dengan tindakan kerajaan ini bagi mengawal golongan yang degil.
Hanya Pakatan Harapan yang setuju dengan golongan degil itu.
Mungkin semua itu orang mereka?
Siapa tahu kan?
Sebab yabg masih degil dan keras kepala mengingkari arahan kerajaan ialah mereka yang berada dalam negeri di bawah pentadbiran DAP.
Politik Pakatan Harapan juga tanpa maruah.
Ketika rakyat kesusahan mereka sanggup berpolitik dengan cara murahan hanya kerana mahukan sokongan.
Buktinya dahulu ketika rakyat sedang berkabung, ada pimpinan Pakatan Harapan pernah berkata, tahu beberapa maklumat pesawat MH 370.
Sehingga sekarang, selepas Pakatan Harapan kembali menjadi pembangkang, apa yang telah mereka didedahkan?
Betapa kerajaan sekarang mengambil sikap yang sangat rasional dengan tidak bangkitkan kesalahan-kesalahan Pakatan Harapan ketika menjadi kerajaan dahulu.
Kerajaan sekarang tidak mengambil kredit bagi dividen Tabung Haji, biarpun terhegeh-hegeh bekas 'Menteri Pelbagai Agama' dahulu mengangkat tangan mengaku jasa dialah dividen diberikan lebih tinggi dari tahun lepas.
Dividen tahun lepas, dia juga yang beri.
Dua-duanya lebih rendah dari tahun-tahun sebelumnya.
Idea menghantar pulang kontena sisa plastik dibuat oleh Menteri Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan meminta kredit dengan idea itu yang diteruskan oleh Menteri Alam Sekitar.
Akhirnya Pakatan Harapan tertampar malu kerana kerajaan sekarang tidak mengatakan itu adalah idea mereka, cuma menteri akan komited meneruskan idea-idea Pakatan Harapan yang baik demi rakyat.
Akhirnya kerana kering idea, cadangan Menteri Perusahaan Utama dan Komoditi pula yang dipuji DAP.
Sekarang bukan hanya Dr. Mahathir, Covid-19 sahaja yang memeningkan Pakatan Harapan, malahan sikap kebersamaan rakyat dengan kerajaan sekarang ini juga bikin kepala Pakatan Harapan pusing.
Semakin dicipta persepsi, semakin Pakatan Harapan dibenci.
Dan dengan pengumuman harga minyak RM1.44 sekarang, ianya jelas satu sindiran dari kerajaan sekarang kepada Pakatan Harapan.
Kerana Pakatan Harapan yang membuat janji tapi gagal dipenuhi.
Tetapi sebaliknya kerajaan sekarang yang tunaikan.
Memetik perkataan Diva AA, 'muhasabah', seharusnya Pakatan Harapan bermuhasabah.
Rakyat memang mahu Pakatan Harapan cuma berkuasa selama satu penggal sahaja.
Tetapi Allah SWT menentukan, Pakatan Harapan cuma berkuasa setengah penggal sahaja.
Mengapa dan salah siapa takdir Allah SWT begitu?
Kredit :
Mohd Nasir Abdullah
0 comments:
Post a Comment