Thursday, March 12, 2020

Kenapa Dr Mahathir Berani Ambil Risiko Meletak Jawatan Perdana Menteri?


Umum tahu hakikatnya Dr Mahathir merasa menyesal kerana meletak jawatan sebagai Perdana Menteri yang mengakibatkan beliau kehilangan terus jawatan Perdana Menteri.

Umum juga tahu Dr Mahathir sebenarnya belum bersedia untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Ini bukan persepsi tetapi realiti.

Sikap berdolak dalih Dr Mahathir dalam peralihan kuasa adalah bukti yang cukup nyata.

Persoalannya, kenapa Dr Mahathir sanggup ambil risiko untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Apa yang membuatkan Dr Mahathir mengambil keputusan yang cukup berisiko itu?

Adakah seorang yang dianggap genius dalam seni politik dan telah bergelumang dalam dunia politik selama lebih dari 60 dekad seperti Dr Mahathir boleh membuat kesilapan dalam keputusan yang besar begini?

Sebenarnya, dalam rakaman ucapan beliau pada pagi 1 Mac 2020, Dr Mahathir secara tidak langsung memberitahu mengapa pada kali ini beliau tersilap percaturan.


Cuba perhatikan petikan ucapan Dr Mahathir :

"Saya memutuskan untuk meletakkan jawatan kerana saya telah kehilangan sokongan."

"Jadi saya terpaksa meletak jawatan."

"Saya tiada pilihan."

"Saya fikir jika saya meletakkan jawatan ia akan pergi balik kepada Agong."

"Jadi itulah situasinya." (LIHAT DI SINI).

Sebenarnya, selepas Dr Mahathir ditekan dengan cukup hebat didalam mesyuarat terakhir Majlis Presiden Pakatan Harapan, beliau merasakan beliau sudah tidak lagi mendapat sokongan dari pemimpin Pakatan Harapan.

Tetapi dalam masa yang sama, Dr Mahathir masih lagi belum bersedia untuk melepaskan jawatan.

Satu-satunya cara yang beliau nampak ialah dengan mengadap SPB YDP Agong dan berbincang dengan baginda dengan harapan baginda akan bersetuju.

Perancangan Dr Mahathir pada awalnya berjalan seperti yang beliau harapkan.

Selepas mengumumkan perletakan jawatan, Dr Mahathir mengadakan mesyuarat tergempar dengan kepimpinan PPBM dan isu membentuk Perikatan Nasional menjadi perbincangan utama.

Asas kepada kerjasama Perikatan Nasional ialah pembentukan kerajaan tanpa DAP.

Tetapi Dr Mahathir dengan sengaja mahu DAP menyertai Perikatan Nasional untuk membangkitkan kemarahan pemimpin PPBM dan mencipta alasan tidak mahu berkerjasama dengan UMNO kerana kononnya UMNO adalah sebuah parti yang dipenuhi perasuah dan perompak.

Apakah Dr Mahathir lupa, ketika Barisan Nasional ditumbangkan dahulu, Dr Mahathir telah meminta Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi untuk membubarkan UMNO dan diserapkan ke dalam parti PPBM?

Apakah Dr Mahathir sudah lupa, selepas gagal memujuk Dr Zahid Hamidi, Dr Mahathir telah cuba memujuk DS Mohamad Hassan yang ketika itu memangku jawatan Presiden UMNO supaya melakukan perkara yang sama?

Kalau betul UMNO dipenuhi pemimpin yang rasuah dan perompak, apa bezanya bila mereka berpindah ke PPBM?

Akhirnya PPBM mengambil keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan kerana mempunyai keyakinan yang tinggi, dengan sokongan UMNO dan PAS, pembentukan Perikatan Nasional akan dapat direalisasikan kerana Muafakat Nasional mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang ramai.

Tanpa UMNO, tidak mungkin parti lain dalam Muafakat Nasional akan setuju untuk adakan kerjasama dalam Perikatan Nasional.

Akhirnya kepimpinan PPBM mengambil keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan.

Inilah perancangan Dr Mahathir dan ianya nampak berjalan lancar ketika itu.

Apabila PPBM umumkan keluar dari Pakatan Harapan, maka dengan sendirinya Kerajaan Pakatan Harapan sudah tidak mempunyai majoriti dalam Dewan Rakyat, yang membawa maksud Kerajaan Pakatan Harapan sudah tumbang.

Keesokan harinya, Dr Mahathir telah mengadap SPB YDP Agong untuk memaklumkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan sudah tumbang dan dalam masa yang sama, kabinet Pakatan Harapan juga sudah tiada berikutan perletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri.

Dalam pertemuan tersebut, Dr Mahathir menasihatkan SPB YDP Agong supaya melantik beliau sebagai Perdana Menteri Interim, sesuatu yang tidak ada dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi itulah Dr Mahathir, matlamat menghalalkan cara.

Kenapa Dr Mahathir Mahu Menjadi Perdana Menteri Interim?


Cuba perhatikan petikan tulisan beliau pada 3 Mac 2020 :

"Saya cadang diadakan satu Kerajaan Nasional yang bukan orang politik yang berpengetahuan juga akan menyertai kerajaan."

"Orang parti juga akan menyertai kerajaan tetapi sebagai orang biasa yang tidak tertakluk kepada agenda parti mereka." (BACA DI SINI).

Maksudnya, Dr Mahathir akan bebas melantik siapa saja yang beliau mahu termasuk kroni beliau untuk menyertai kabinet beliau.

Dan perlantikan itu TIDAK BOLEH dipertikaikan oleh sesiapa termasuk Ahli Parlimen sendiri kerana jawatan Perdana Menteri Interim adalah lantikan dari SPB YDP Agong sendiri.

Sebab itu, Dr Mahathir telah meminta SPB YDP Agong supaya memanjangkan tempoh lantikan beliau sebagai Perdana Menteri Interim sehingga hujung penggal atau selama 3 tahun (BACA DI SINI).

Tetapi rakyat Malaysia bernasib baik kerana SPB YDP Agong telah menolak permintaan Dr Mahathir, malah baginda telah bertindak sebaliknya.

Baginda telah membuat keputusan untuk mengikut Perlembagaan Persekutuan dan menggunakan hak dan kuasa baginda seperti di dalam Perkara 43 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Bermula dari sini, perancangan Dr Mahathir sudah menjadi senjata makan tuan.

Tanpa PPBM dan tanpa Dr Mahathir dalam PPBM, Pakatan Harapan mencadangkan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke 8.


Sokongan Muafakat Nasional kepada Dr Mahathir pula ditarik balik bila menyedari muslihat sebenar Dr Mahathir dan memohon kepada SPB YDP Agong supaya membubarkan parlimen.

Akhirnya, bila kesemua 222 Ahli Parlimen mengadap SPB YDP Agong untuk menyatakan siapakah calon yang mereka pilih sebagai Perdana Menteri ke 8, Dr Mahathir mendapat sokongan yang paling sedikit.

Kesilapan Dr Mahathir ialah terlalu yakin SPB YDP Agong akan menurut segala kehendak beliau, tetapi Dr Mahathir lupa, sekiranya beliau merasakan diri beliau hebat dalam percaturan politik, Allah SWT adalah Maha Hebat dalam segala-galanya.

Maha benar apa yang Allah SWT firmankan dalam Al Quran :

وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

Mafhumnya :

"Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu."

"Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya."

Surah Al Anfal 30

0 comments:

fda

Archives