Thursday, November 15, 2018

LGE Enggan Dedah Perjanjian IPIC Sebab Mahu Ubahsuai Dokumen Sebenar?

1MDB Tidak Berhutang Dengan IPIC Tetapi Sebaliknya IPIC Yang Berhutang Dengan 1MDB


Dalam satu kenyataan pada 30hb Oktober lalu, Peguam Negara, Tommy Thomas kata Malaysia telah pun membayar sejumlah AS$1.46 bilion...

Tambah Tommy Thomas lagi, Kerajaan Malaysia akan meminta Mahkamah Timbang Tara UK untuk ketepikan anugerah persetujuan oleh Tribunal Timbangtara London pada 9hb Mei 2017 yang memutuskan bahawa 1MDB perlu membayar US$5.78 bilion (RM24.1 bilion) pada IPIC yang merupakan pemegang amanah bon sepanjang tempoh 5 tahun...

Tommy Thomas juga kata mereka akan meminta mahkamah UK untuk mengesahkan bahawa  Malaysia mempunyai hak untuk menuntut US$1.46 bilion yang telah di bayar...

Dan negara di bebaskan dari membayar bakinya kepada IPIC atau Aabar atas alasan Najib telah menipu 1MDB....

Antara kenyataan Thommy Thomas dalam The Star :

PETALING JAYA: Kerajaan Malaysia akan memohon kepada Mahkamah Tinggi di London untuk mengetepikan anugerah persetujuan AS$5.78bil (RM24.16bil) yang di rekod oleh Tribunal Timbangtara London pada bulan Mei tahun lepas...

Peguam Negara Tommy Thomas berkata mereka yakin mereka mempunyai kes yang kukuh dalam isu Timbang Tara antara Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) dan Aabar Investments PJS, sebagai penuntut, dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Menteri Kewangan Inc., sebagai responden ...

Di bawah anugerah persetujuan, Malaysia diwajibkan membayar AS$5.78 bilion (RM24.16 bilion) kepada IPIC dan pemegang amanah bon dalam tempoh lima tahun...

Setakat ini, AS$1.46 bilion (RM6.1 bilion) telah di bayar, menjadikan baki AS$4.32 bilion (RM18.06 bilion), dengan pembayaran faedah sebanyak AS$50 juta (RM209 mil) perlu di bayar pada 11 November...

Pembayaran faedah yang serupa akan di bayar secara berkala sehingga April 2022 dengan pembayaran terakhir, yang mewakili pokok dan faedah sebanyak AS$1.8 bilion (RM7.52 bilion) setiap satu, perlu di bayar pada bulan Mei dan Oktober 2022...


Bertindak balas terhadap kenyataan Tommy Thomas itu, Gulf News dan Reuters melaporkan pada hari yang sama 30hb Oktober 2018 bahawa Mubadala Abu Dhabi telah mengeluarkan satu kenyataan yang menyatakan :

Antara kenyataan di keluarkan Mubadala Abu Dhabi yang di siarkan oleh Gulf News :

Abu Dhabi : 

Pada hari Selasa 30hb Oktober 2018 Mubadala Abu Dhabi berkata mereka tidak menyedari atau tidak diberitahu mengenai tindakan undang-undang yang mencabar hasil timbang tara pada tahun 2017 antara 1MDB dan Abu Dhabi's International Petroleum Investment Co (IPIC)...

Didalam satu kenyataan Mubadala berkata "Masih wujud perjanjian penyelesaian yang sah yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak penimbangtaraan"...

Mubadala, Abu Dhabi yang telah bergabung dengan IPIC pada Januari 2017...

Peguam Negara Malaysia hari ini berkata bahawa Malaysia akan memfailkan satu cabaran undang-undang terhadap anugerah persetujuan 2017 yang diberikan kepada IPIC didalam pertikaian hutang dengan 1MDB...

》Mereka tidak menyedari atau tidak di beritahu mengenai tindakan undang2 yang mencabar hasil timbang tara pada tahun 2017 antara 1MDB dan Abu Dhabi's International Petroleum Investment Co (IPIC)...

Selanjutnya pada 11hb November 2018, akhbar MALAY MAIL melaporkan bahawa :


Najib meminta kerajaan Pakatan mendedahkan Perjanjian Penyelesaian dengan IPIC yang akan menunjukkan bahawa kerajaan BN telah memberi masa sehingga 30 Disember 2020 untuk IPIC membayar balik kepada 1MDB semua dana yang di katakan hilang!!!


Menurut Datuk Seri Najib Razak, Malaysia tidak berhutang wang dengan Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa PJSC (IPIC)...

IPIC yang sebenarnya perlu membayar balik wang kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB)...

Untuk menyokong dakwaannya itu, Najib merujuk kepada perjanjian penyelesaian sulit 2017 antara kedua2 syarikat yang di dakwa menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang di ketuai beliau telah berjaya mendapatkan kembali wang yang di katakan 'telah hilang' dari 1MDB...


Bekas Perdana Menteri Najib yang juga pada masa itu menjadi Menteri Kewangan mendakwa bahawa KERAJAAN PERSEKUTUAN YANG KINI DI TADBIR OLEH PAKATAN HARAPAN TIDAK MAHU MENDEDAHKAN PERJANJIAN PENYELESAIAN IPIC-1MDB...


Guan Eng pula berkata bahawa kerajaan Pakatan TIDAK BOLEH mendedahkan kandungan Perjanjian Penyelesaian Dengan IPIC kerana kononnya kes itu sekarang dalan prosiding mahkamah...

Jika Guan Eng dan Kerajaan Kakistocracy Pakatan Harapan BECAKAP BENAR MENGAPA ENGGAN mendedahkan perjanjian penyelesaian tersebut kepada rakyat!!!

Ini adalah kerana jika Guan Eng dan Kerajaan Kakistocracy Pakatan Harapan DEDAHKAN perjanjian penyelesaian tersebut kepada rakyat maka sudah tentu rakyat akan tahu bahawa selma ini Guan Eng dan Kerajaan Kakistocracy Pakatan Harapan sentiasa menipu mereka kerana :

》Perjanjian penyelesaian tersebut akan membuktikan bahawa kerajaan BN telah berusaha dan berjaya memastikan semua dana yang Kerajaan Kakistocracy Pakatan Harapan dakwa telah hilang dari 1MDB akan di kembalikan semula...

Selanjutnya saya telah cuba mendapat berita untuk mengesahkan bahawa Kerajaan Kakistocracy Pakatan Harapan telah meminta Mahkamah Timbang Tara UK untuk mengetepikan anugerah persetujuan oleh Tribunal Timbangtara London tapi sehingga ke hari ini tidak ada satu pun laporan yang mengesahkan kenyataan tersebut!!!

Persoalannya sekarang ialah :

MENGAPA Peguam Negara, Tommy Thomas mengumumkannya tetapi tidak mengambil sebarang tindakan untuk failkan permohonan tersebut...🤔🤔🤔

Mungkin ini adalah satu lagi DRAMA TAMIL MOCKBUSTER arahan direktor terkenal dengan putar belitnya untuk melengah2kan perbicaraan Najib di mana :

》Mereka akan menggunakan alasan bahawa mereka sedang menunggu keputusan rayuan yang mereka failkan ke Mahkamah Timbang Tara...

Sedangkan Kerajaan Kakistocracy Pakatan Harapan pun tahu isu IPIC-1MDB adalah isu PECAH AMANAH yang melibatkan Pengarah Urusan IPIC dan perjanjian penyelesaian yang di persetujui antara IPIC-1MDB adalah perjanjian menang2 (Win/Win Agreement)...


Di mana 1MDB akan mendapat semula wang mereka pada 30 Disember 2020...

Isu pecah amanah oleh Pengarah Urusan IPIC yang menjejaskan integriti IPIC tidak di ketahui umum...

Lagi melucukan atau pun memang saja di rancang cerita yang tak lucu, KJ The Black, Tall and Dumb pula cuba memikat hati 'orang2 tertentu' bila secara sedar dan sengaja keluarkan kenyataan bahawa BN kalah dalam PRU 14 di sebabkan 1MDB...


KJ The Black, Tall and Dumb DI BIDAS oleh beberapa orang pengundi atas pagar...

Jelas pada hakikatnya, Malaysia tidak berhutang wang dengan Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa PJSC (IPIC)...

Malah IPIC yang sebenarnya perlu membayar balik wang kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB)....

Untuk menyokong dakwaannya itu, Najib merujuk kepada perjanjian penyelesaian sulit 2017 antara kedua2 syarikat yang di dakwa menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang di ketuai beliau telah berjaya mendapatkan kembali wang yang di katakan 'telah hilang' dari 1MDB...

Bekas Perdana Menteri yang juga pada masa itu menjadi Menteri Kewangan mendakwa bahawa Kerajaan Persekutuan yang kini di tadbir oleh Pakatan Harapan tidak mahu mendedahkan perjanjian penyelesaian IPIC-1MDB kerana ia 'boleh membuktikan bahawa kerajaan BN telah berusaha dan berjaya memastikan bahawa semua dana yang mereka dakwa hilang dari 1MDB akan dikembalikan'...

Mengikut satu posting dalam halaman Facebook Datuk Seri Najib, beliau berkata "Jika anda melihat aliran wang yang berkaitan dengan 1MDB, maka setiap sen yang di katakan hilang telah di bayar selepas atau selepas ia di jamin oleh syarikat2 yang di miliki oleh pengurusan IPIC"...

"Perjanjian penyelesaian yang saya mahu kerajaan dedahkan akan menunjukkan bahawa kami memberi masa sehingga 30 Disember 2020 untuk IPIC membayar balik kepada 1MDB semua dana yang di katakan hilang"...



Najib merujuk kepada pengumuman IPIC di Bursa Saham London pada 24 April 2017 untuk menyokong kenyataannya itu...

Ahli Parlimen Pekan yang sedang menghadapi pelbagai dakwaan jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan 1MDB serta bekas anak syarikatnya, SRC International Sdn Bhd, mendakwa dokumen perjanjian itu akan membuktikan bahawa dia bukanlah seorang pencuri tetapi sebaliknya berusaha untuk meningkatkan perlindungan Harta dan hak rakyat Malaysia...

Walaupun Najib telah mendesak dokumen2 yang di sebutkan itu di dedahkan kepada umum tetapi Menteri Kewangan Lim Guan Eng di laporkan sebagai berkata ini tidak dapat di lakukan kerana perkara isu tersebut sedang di bicarakan di mahkamah...

Kalau 1MDB di katakan skandal kewangan terbesar maka apakah penipuan tentang kes 1MDB adalah konspirasi terbesar untuk menjatuhkan sebuah kerajaan!!!



Rujukan :

- Fb Datuk Seri Najib Razak
Mantan Perdana Menteri dan
Menteri Kewangan

- Ariff Ahmad

0 comments:

fda

Archives