Tuesday, November 20, 2018

Apa Agenda Dr. Mahathir Lantik Waytha Moorthy Sebagai Menteri


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, senator P. Waytha Moorthy melakukan pembohongan bila menggambarkan Malaysia melakukan pelanggaran hak asasi manusia yang melampau dalam temu bual di luar negara...



Aktivis Semboyan 1Malaysia, Yusuf Azmi, kerajaan wajib menilai sama ada pemimpin Hindraf itu benar2 layak untuk terus menjawat jawatan itu sebagai menteri yang menjaga perpaduan...

"Saya fikir perkara ini perlu di lihat secara serius di mana orang Melayu dan Islam sama sekali tidak pernah menekan kaum lain mahu pun memaksa mereka menukar agama untuk memeluk Islam"...

"Jangan ada walau satu atau dua orang sekali pun yang baru masuk kerajaan tetapi cuba pula hendak membawa perpecahan"... 

"Saya yakin, ada agenda politik tertentu cuba di bawa di belakang kita dan mereka ini di ingatkan supaya usah cabar atau usik umat Melayu Islam" katanya...



Beliau di temui pemberita dalam sidang akhbar selepas turut menyertai himpunan dan perarakan aman menuju ke Wisma Darul Aman bagi membantah penyebaran risalah Bible terhadap orang Islam dan ratifikasi ICERD...

Menerusi video berdurasi 2 minit 39 saat itu, Waytha Moorthy mendakwa Malaysia bukanlah sebuah negara moderat progresif Islam seperti di sangkakan pihak luar dengan kaumnya telah di diskriminasi dalam pelbagai cara antaranya hak beragama serta pemusnahan kira2 10,000 kuil...

Sementara itu pendakwah bebas, Ahmad Husam Muhammad Baderudin berkata, Waytha bukanlah seorang individu yang mampu menyumbang kepada perpaduan sebaliknya lebih kepada perpecahan...

Tugas kerajaan sepatutnya meredakan rakyat dan bukannya membawa kegelisahan...

Kedatangan kami hari ini kerana mahu menentang perkara2 sebegini termasuk penyebaran Bible kepada umat Islam kerana di khuatiri menyemarakkan api perkauman...

Kita tak mau tragedi 13 Mei berulang... 

Kami hormat kepada yang bukan Islam dan bukan Melayu tetapi perkara itu jugalah yang kami minta daripada mereka agar kita dapat terus hidup dalam keadaan aman damai" katanya...

Dalang Dan Pencetus Huru Hara Yang Bawa Isu ICERD Ke Kabinet



Siapakah Waytha ini sebenarnya? 

Mari kita lihat sedikit latar belakang beliau...



Nama Waytha tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia secara umum kerana beliau merupakan salah seorang  daripada 6 orang peguam yang bertanggungjawab menganjurkan  demonstrasi secara besar2an pada 25 November, 2007 di mana berpuluhan ribu kaum India turun merusuh ke jalan raya menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan pemerintah pada masa itu, iaitu Kerajaan Barisan Nasional (BN)...

Rusuhan Hindraf pada 25 November, 2007
Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi...

Selepas demonstrasi tersebut 5 orang peguam telah di tangkap di bawah akta ISA termasuk abang beliau P. Uthayakumar pada 13 Disember, 2007...

Waytha bagaimanapun sempat melarikan diri ke London dan mendapat perlindungan politik atau Political Asylum dari kerajaan British...



Hindraf di istyiharkan sebagai pertubuhan haram di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) oleh Menteri dalam Negeri pada masa itu Datuk Seri Syed Hamid Albar...

Beliau berkata perintah itu di buat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri mengenai kegiatan2 pertubuhan tersebut yang telah di jalankan sejak mula di tubuhkan sehingga ianya di haramkan...

Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai2 moral di Malaysia...

Syed Hamid berkata sekiranya tidak di bendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum...

Pertubuhan tersebut yang di pimpin oleh Waytha, telah bergerak aktif dengan menganjurkan beberapa perhimpunan awam dan demontrasi tanpa permit dan mengeksplotasi isu2 perkauman sehingga mencetuskan kebangkitan penentangan sebahagian keturunan India terhadap kerajaan dan menimbulkan kebencian di antara orang2 Melayu dan India di negara ini...

Semasa berada di London, Waytha juga telah berusaha mendapatkan sokongan dari negara asing bagi memberi tekanan kepada kerajaan supaya tunduk kepada tuntutan2 mereka...

Kegiatan dan aktiviti Waytha telah memberi kesan buruk pada imej negara...

Waytha yang kemudiannya kembali ke Malaysia pada 1 Ogos 2012, mengambil pendirian untuk beralih angin dengan menyokong BN pada PRU 13 pimpinan Datuk Seri Najib Razak...

Setelah BN menang PRU 13, Najib telah melantik beliau sebagai senator dan memberinya jawatan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri...

Tetapi selepas Sembilan bulan, Waytha meletak jawatan sebagai senator dan timbalan menteri pada 10 February 2014 dan menuduh kononnya Datuk Seri Najib tidak berhasrat untuk membantu menaik taraf kehidupan kaum India di Malaysia...

Tuduhan ini memang tidak berasas kerana fakta membuktikan Najib islah satu2nya perdana menteri yang banyak membantu kaum India...

Selepas perletakan jawatan, Waytha mula menyuarakan isu2 membabitkan perkauman...



Antaranya ialah isu pendakwah bebas Islam Dr. Zakir Naik...

Malah, Waytha yang mengetuai 18 yang lain untuk memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia kerana mendakwa ia melindungi pendakwah tersebut...

Tindakkan Waytha jelas menunjukkan beliau mencabar penduduk Malaysia yang majoritinya beragama Islam malah, agama rasmi Malaysia juga adalah agama islam...

Tidakkah tindakan ini akan menggugat keharmonian masyarakat majmuk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama?

Bukan itu saja, Waytha juga telah mewakili beberapa kes penukaran agama (murtad) tetapi semuanya telah gagal...

Berbalik kepada perlantikan beliau yang di cadang Dr Mahathir Mohamad, apakah rancangan Dr. Mahathir sebenarnya?

Tidakkah Dr. Mahathir sebagai seorang yang berpengalaman harus tahu dan faham dengan keadaan semasa serta kehendak rakyat yang majoritinya yang beragama Islam?


Harap Dr. Mahathir sedar dengan apa yang sedang berlaku sekarang...

0 comments:

fda

Archives